Yesss.... akhirnya tercapai juga hajat nak makan kek yang panas2... mencuba resepi kek Cik Mat Gebu yang popular tu.. terima kasih Cik mat kerana berkongsi resepi .. saya suke rasa kek cik mat ni.. rasanya selepas ni akan banyaklah siaran ulangannya...
KEK MARBLE TRIO
(Resepi : Dapur Tanpa Sempadan (CMG)
BAHAN-BAHANNYA :-)
300 gram mentega berkualiti tinggi (anchor, s. c. s )
280 gram tepung halus (tepung gandum pun ok)*
1 camca teh baking powder*
1 camca besar penuh susu tepung*(*disatukan dan diayak)
5 biji telur gred A (kurang lebih 60 gram sebiji)
250 gram gula halas @ kastor
1 camca besar ovallate (pemantap kek)
30 gram gliserin
20 gram air
1 camca teh butter vanilla (atau esen vanilla biasa)
Sedikit pewarna makanan merah jambu
Sedikit pewarna makanan ungu-violet
1 camca teh coklat emulco
Badam cincang secukupnya
CARA MEMBUATNYA :-)
300 gram mentega berkualiti tinggi (anchor, s. c. s )
280 gram tepung halus (tepung gandum pun ok)*
1 camca teh baking powder*
1 camca besar penuh susu tepung*(*disatukan dan diayak)
5 biji telur gred A (kurang lebih 60 gram sebiji)
250 gram gula halas @ kastor
1 camca besar ovallate (pemantap kek)
30 gram gliserin
20 gram air
1 camca teh butter vanilla (atau esen vanilla biasa)
Sedikit pewarna makanan merah jambu
Sedikit pewarna makanan ungu-violet
1 camca teh coklat emulco
Badam cincang secukupnya
CARA MEMBUATNYA :-)
- Panaskan oven pada suhu 170C, lenser tin 4 segi 9 inci x 9 inci x 3 inci dengan mentega dan alas dasar tin dengan kertas minyak atau guna tin bulat 9 inci. Ketpikan.
- Putar mentega hingga putih, gunakan kelajuan sederhana laju. Perlahan kan kelajuan dan masukkan tepung yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit, putar hingga rata. Ketepikan.
- Dalam mangkuk yang bersih dan kering, masukkan gula halus dan ovallate, putar hingga rata. Masukkan telur (semua sekali) dan putar sebati, kemudian tukar pada kelajuan tinggi dan putar hingga pekat dan gebu seperti adunan kueh boulu.
- Perlahankan kelajuaan dan masukkan no. 2 sedikit demi sedikit hingga habis, putar sebati, masukkan gliserin, air dan butter vanilla, putar lagi hingga rata.
- Bagi adunan pada 3 bahagian, 1 + warna pink, kacau rata. 1 + warna ungu-violet, kacau rata dan 1 lagi dengan coklat emulco, kacau rata. Sudukan berselang seli setiap warna secara bertindih dalam tin kek tadi, hingga habis, kemudian lorekkan dengan chop stick 3 - 4 kali. Tabur badam cincang rata2 atas adunan kek tadi. Nanti marble akan menjadi semasa proses memasak.
- Bakar 50 minit hingga 1 jam, ikut oven masing, jika kek masih belum masak, tutup permukaan tin tadi dengan aluminium foil atau tudung periuk, sambung bakar lagi sekejap. Uji kek dengan mencucuk lidi sate di bahagian tengah kek, jika keluar bersih, tanda kek anda telah masak.
testing !!.. pertama kali guna acuan silicon..
9 comments:
alahai sedapnya tngk kek marble trio Dzana ni, mmng sedap makan yg panas2...tak sedar dah 5 potong....
mmmm...wanginya bau kek sampei k sini....lawo plak acuan merah tu...brp hengget satu tu k zana?
Salam kak zana! kek2 gini mmg ler kesukaan kita :D suke betul kek2 butter gini, klu dipilih antara kek cekelat dgn kek butter ni kita pilih kek butter sbb tak muak sgt :D
Salam dzana..sedap nampak kek ni sesuai buat minum petang..akak ambil resipi ya
tgk pun dah terasa2 kat tekak ni
Dah lama tak buat kek marble ni...comel dan cam terasa la pulak nak ngadun tepung... Resepi MAT gebu...mmg selalunya tak emndukacitakan...
Salam Kak Zana,
saya selalu suka kek marble. kalau dulu, bila ada masa cuti nak balik kampung, kek ni salah satu kek kegemaran saya belikan. Memang simple tapi sedap :)
Ijan
Assallamualaikum kak Zana..
Kak, sedapnya kek akak ni. Nak sepotong kak.. Acuan silikon tu tak de lebih2 ke kak? Past kat Naz satu..hehehehee
akkakkkk..
lama tak masuk dapor akak. bizi saya ni mcm akak jugak tau. hehhe..
saya suke kek marble trio ni. lembut moist n sedap kan
Post a Comment