Tuesday, February 7, 2012

SAMBAL TELUR CEPLOK...

 Menu biasa2 aje.. makan bersama nasi tak kira panas @ sejuk, roti, biskut cream kraker pun boleh  .. layannnn...

dalam kuali...
SAMBAL TELUR CEPLOK  my style...
(oleh : Inspirasiku)
Bahan-bahan:
  • 5-6  sb lada kisar
  • 4 ulas bawang putih*
  • 6 ulas bawang kecil merah*
  • 1 biji  bawang besar- potong2..
  • sedikit ikan bilis* / ganti belacan pun boleh...
  • air asam jawa
  • minyak untuk menumis
  • sedikit gula
  • garam secukup rasa
  • 5 biji telur
Cara memasak:
1. Kisar semua bahan bertanda *
2. Panaskan minyak dan masukan bahan kisar dan lada kisar dan bawang besar.
3. Masaklah sehingga berbau harum dan naik minyak
4. Masukkan air asam dan perisakan garam dan gula.. biarkan sebentar
5. Pecahkan telur dan biarkan telur masak, perlahankan api.. balikkan telur supaya masak kedua2 bahagian..  jika kering boleh tambahkan sedikit air.. tak perlu dikacau (utk mengelakkan kuning telur pecah)
6. Apabila kuning telur dah masak.. sedia utk dimakan...


12 comments:

Nur-nba said...

Suka juga masak sambal telur ni.. Simple je.. tapi sedap.

mimie@Sugar 'n' Spice said...

aloaloalooo kakk...peberet sambal ni...peberet juga untuk ank2 dare,,,... simple n marbeles....

tun_telani said...

nmpk sedap!! tp, hehe.. lucu je nama dia.. ceplok tu ape? ;p

geraugebang said...

Aihsyoooo,manyak sedap ma...kita sangat suka, suka telur sambal cam ni...makan ngan nasi panas....adoooi,,,makan berpeluh-peluh oooo

Liza said...

salam kak zana...anak2 liza pun suka telur cmni...sampai bertambah2 nasi diaorg...

cik cek said...

dZana...yg ceplok2 tu la yang best...kan kan..:)

Mamasya said...

Aslmkum k.Dzana. pertama kali jumpa pktn ceplok ni.ada sambal boleh mkn dg apa2kan.tengok entry kat bawah....tentu anak k.Dzana seronok ibu dtg bawa mcm2 makanan...

ummiaisyah said...

salam..kak zana ceplok tu apa? br pes taim dengo..hehehe...x kesah le yg penting sedap..

rahel said...

memang best yang cam ni..gue pun suka banget..layan..

Sue @ Nenie said...

Salam Kak Zana...ringkas dan simple tapi tetap menambat selera..silap boleh bertambah nasi ni...

Amie said...

Sedapnya masak telur begini... makan dengan nasi panas! Dah cukuplah tu tak payah lauk lain lagi...

Nieza said...

sedapnya tgk sambal telur akak ni..nieza suka juga msk gini..simple dan memang menyelerakan:)

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin