Thursday, February 16, 2012

BISKUT FAMOUS AMOS

Tiada rupa.. but rasa mmg kelasssssss..... coklat chip ada di dlm.. malu2 gitu..         hihihi...    tn tanah malas nk mgatur biji2 coklat tu..

Sibuk!!... perkataan yg semua orang tahu maksudnya... dalam kesibukan mencari ilham membina soalan ujian@PK 1.. perasaan ini membuak2 pulak nk merasa biskut famous amos yg telah merata tayangannya.. dah lama jugak sebenarnya mengintai rspi ni dari dapur NAZ (SINI)  yg rajin membiskut tu.. tapi biasalah time sibuk nk buat keje sekolah msti ada jer helah nk menangguhkan kerja2 wajib tu.. keutamaan tekak mendahulu segalanya... hihihi.. Terima kasih  kepada MrNamie yang sudi berkongsi resepi dan NAZ jugak yang telah memanjangkan rasa biskut hingga ke dapur akk.. mcm selalu la..mmg ada sesi puji-pujian bila dah mencuba rspi.. mmg sedap sangat biskut ni walaupun bahan2nya simple shj.. .. pasti akk akan membuatnya lagi..  terima kasih SEMUA!>> dah .. dah zana.. buat soalan ujian tu...

RESEPI BISKUT FAMOUS AMOS
(Sumber : MRNAMIE) 
(Boleh  juga rujuk  di SINI (Naz- Cute Oven, Small Kitchen)
Bahan-bahan ( 70-80 biji )
* 250g mentega
* 280g tepung gandum
* 10g serbuk koko
* 150g gula kastor
* ½ sudu kecil esen vanila
* ½ sudu kecil soda bikarbonat
* 2 sudu besar susu tepung
* 2 sudu besar tepung jagung
* 1 biji kuning telur
* 100g sebarang kekacang (walnut, badam, hazel, gajus, etc, yang dicincang)
* 100g coklat cip
* Secubit garam

Cara-cara
1. Pukul mentega, gula kastor dan esen vanila hingga kembang.
2. Masukkan kuning telur dan pukul rata.
3. Ayakkan tepung gandum, tepung jagung, susu tepung, soda bikarbonat, serbuk koko dan garam ke dalam bahan yang dipukul tadi.Kemudian kacau hingga rata.
4. Masukkan coklat cip dan cincangan kacang. Kacau rata.
5. Sudukan adunan di atas dulang pembakar. Bakar pada suhu 160°C selama 15-20 minit atau sehingga kekuningan.
6. Sejukkan biskut terlebih dahulu sebelum disimpan di dalam balang kuih.

7 comments:

ijayuji said...

Nak gelak bbaca MOTTO akak tuuu, KEUTAMAAN TEKAK MENDAHULUI SEGALA GALANYER akakakaka.... da da g buat kertas ujian sana :D kita pun dah buat, ada lg setupperware kecik, itu cukup2 utk kita melantak sorang :D

cik cek said...

he he...betul cakap Ika. tu..kelako je baca statement Keutamaan Tekak Mendahului Segala2nya...
Apa2 pun la ni memang demam cookies ni dah merebak dengan pantasnya...akak pun dah buat tapi versi lain nya..amik dari dapo Nadz jugak...pun sedapppp....lenkali nak cuba versi famous amos ni pulak...

ummiaisyah said...

salam k dzana..hehehe bz buat ujian ye..sy pon bz gak..dh siap soklan..tetiba ppd bg jsu suh buat soklan baru..ish..ish...maleh nk pikio...
td buat gak sekut camni..tp sekut tak femes tak amos!

hazila said...

Salam kak zana,
Lama tak singgah, akak sihat?

rahel said...

Waa..dah sampai kat sini biskut famous amos ni,bila pulak nak sampai kat dapur Rahel..hehe..harus dicuba ni.

blogresipi.com said...

Salam akak,
Sempat jugak mengukis ye kak sibuk2 pun. Buat peneman buat kerja best jugak kukis ni :)

izan supian said...

nak cuba.tgk versi mana yg sedap

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin