Friday, August 5, 2011

BUAH MELAKA

Semalam punyer... buat separuh dari adunan.. test market.. berebut makan2 coz sikit jer kejadiannya.. klau buat banyak2 mcm tak da org nak layan jer.. rasa bangga bila semua makanan yg ibu masak abis.. hihihi.. lainkali ibu buat versi pulut hitam pulak yer.. resepi copy paste dari dapur kak rose My Kuali.. tq kak n tuan punya resepi

Buah Melaka
(Sumber : MYR oleh SuriHati)
Bahan-bahan ( 20 biji )
  • 10 helai daun pandan -kisar dan ambil airnya
  • 2 ketul gula melaka
  • 2 cawan tepung pulut
  • 1 biji kelapa parut- ambil putihnya sahaja
  • secubit garam- digaulkan bersama kelapa

Cara-cara

  1. Bancuh tepung bersama air daun pandan sehingga boleh diuli serata lembut. Pastikan adunan tidak terlalau lembek dan keras.(agak2 boleh dicubit)
  2. Cubit adunan sebesar guli, masukkan gula melaka yg telah dipotong kecil2 ditengah2 adunan, bulatkan, dan pastikan menutupi keseluruhan gula.
  3. masukkan ke dalam air yg sedang mendidih. Ulang sehingga 5-6 ketul.
  4. Bila bebola timbul, bolehlah diangkat, dan ditapis sebentar sblm di gaul dgn kelapa

8 comments:

Mas said...

mas klu bulan puasa..suka makan buah melaka....
sedappnya...

openid said...

Salam Kak Zana...
teringat dulu bukak puasa dengan adik2, bila yg sikit tu la nak berebut. bila banyak masing2 jual mahal pulak. hehehe...
selamat berpuasa dan berbuka ye kak :)
Ijan

Anawahid said...

mampir mbahyuuuu... alahai kakkkkk... no komen laa, lama x mkn... huhu

Diana @ Melley Mey said...

buah melaka nie mmg sedap... anak2 diana mmg suka makan... malahan kalau ada kuih yg lain mmg nie gak yg d ambil dulu...

Amie said...

Kak Amie suka sangat makan buah melaka yang makan sebiji sekali...sebab apa tau, sebab suka rasa gula di dalamnya... kalau kena gigit separuh-separuh, ada yang tak terkena gula (ini kalau kes belilah)

Yatie said...

waduh menariklah kaler buah melaka ni...lama dah tak buat..selalu buat yg letak keledek je..teringin plk tngk akak punya ni.

Juwita Jamaludin said...

salam kak menu bulan puasa yang belum buat lagi.. kuih yang wajib ni kak.. comel je kuih akak ni

ijayuji said...

Salam kak zana!! mmg kuih ni MESTI adalah bulan pose kan kak kalau tak de mcm ada yg missing jerr ramadhan kita kan kan, nak beli 2 hengget ptg ambik hihihi...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin