Monday, August 22, 2011

BISKUT SEMPERIT

Semperit perisa strawbery dgn hiasan coklat rice.. TQ Naz.. akk CP resepi Naz ..

SEMPERIT PANDAN(Resepi asal)

Bahan A :
  • 200 gm mentega
  • 100 gm gula icing
  • 1 biji kuning telur
  • 1/4 tsp pes pandan (Naz letak 1 tsp pandan emulco)/ saya tukar perisa strwbery
  • 1/2 tsp pewarna hijau/sedikit pewarna merah
Bahan B :
  • 250 gm tepung gandum
  • 50 gm tepung jagung
  • 30 gm tepung kastad
Hiasan :
  • Coklat masakan putih dan gula manik

Cara-cara :
  1. Sebatikan bahan-bahan A.
  2. Masukkan B dan uli rata.
  3. Gunakan acuan dan paipkan adunan. (Naz paip dan potong adunan kepada 1.5 inci setiap satu).
  4. Bakar selama 15 minit dengan suhu 160C.
  5. Sejukkan biskut dan celup hujung biskut dengan coklat putih dan tabur dengan gula manik.



10 comments:

Juwita Jamaludin said...

salam kak dzana. lama tak makan biskut semperit.. sedapnya.. nak buat acuan plak takde..:(

Gee® said...

Suka biskut ni... rasanya ni kukis org dulu2 kan... rasa nk cuba buat lah...

Chik Mimi said...

Assalam kak na wah mengukis kak best2 jangan lupa pos ke penang ye address dah ada kan hhehe

Mas said...

mas suka samperit..
sedapnya tengok kak..

Ezadlieza said...

salam k.zana...sedapnya semperit..lama dah lieza tak makan...rajin akak yer...

Nuridah said...

Assalamualaikum Cikgu,

sihat ke? Lama Nur tk singgah sini...dh byk buat cookies??Kuih semperit all time favourite ya!

Mamasya said...

Aslmkum K.Zana

suka biskut semperit..tapi thn ni tak buat bagi laluan biskut lain...

MS said...

Hi, You have lovely foodie recipes but I canot know what is required from the recipe. Can you please post in English as well dear. Thanks and Ramadhan Kareem.

CatlinaFly said...

hehehe kena bwk tupperware ni kalau g beraya umah akak...nak tapau sekut raya hihi

indahhouse said...

Salam kak zana,
Suka tengok semperit. Tapi acuan dah takde, tinggal kat kmpg. :)
berkenan betul dgn biskut bangkit moden kak besah tu. nampak sedap.. :D

Kesempatan ini saya ingin mengucapkan
Salam Aidilfitri buat kak zana sekeluarga. Mohon maaf zahir dan batin kalu ada terkasar bahasa atau tersalah cara. Moga Syawal ini yg terbaik buat kak zana. :D

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin