Wednesday, January 13, 2010

Rare Cheese Cake

Semalam terpandang kek ni di dapur Hasue.. n semalam juga agenda mengecis pun bermula.... mengunakan bahan2 yang seadanya di peti ais.. hihihi.. ya ampunnnn... kenapa rare cheese ku berwarna purple pulak ni.. hihihi.. bukan derhaka.. kek ni mmg menjadi.. oleh kerana aiskrim yg ada berperisa yam n coconut.. kita kene terimalah seadanyer yer... TQ hasue kerana berjaya mengoda semangat ku... TQ Yani.. tuan tanah MYR... resepi CP dr dapur Hasue..

Bahan-bahan ( 18cm )
100g biskut > sue guna 50g biskut oreo + 5og biskut marie
45g mentega- dicairkan
250g cream cheese
200g vanilla aiskrim .. guna yam n coconut ice cream
40ml lemon jus
30g gula halus
40ml susu segar
10g gelatin + 3 sudu besar air
*2 biji epal merah .. ganti epal hijau..
*50g gula
*3 sudu besar lemon jus
Cara-cara
1. Kupas kulit epal dan potong kecil-kecil. Masukkan semua yang bertanda(*) ke dalam periuk. Masak sehingga epal jadi lembut. Sejukkan dan simpan dalam peti sejuk sehingga nak digunakan.
2. Kisar biskut sehingga hancur dan gaulkan dengan mentega cair. Kemudian masukkan ke dalam springform pan, tekan biar padat-padat. Simpan dalam peti sejuk sehingga nak digunakan.
3. Campurkan gelatin dengan 3 sudu besar air. Panaskan susu dan gula. Kemudian masukkan gelatin tadi. Panaskan sehingga gelatin cair. Tutup api. Kacau-kacau biar haba panas keluar.
4. Pukul cream cheese sehingga jadi bentuk cream. Kemudian masukkan no.3 tadi. Kacau sehingga sebati.
5. Masukkan pula aiskrim dan lemon jus. Kacau biar semuanya bercampur.
6. Lepas tu masukkan pula epal yg telah disejukkan tadi. Kacau biar rata.
7. Akhir sekali curahkan adunan ke dalam springform pan tadi. Sejukkanlah dalam peti sejuk.
Bila kek dah keras tu bolehlah dihias ikut citarasa sendiri.
saya.. kalau bab2 mndeco ni mmg fail.... tak cantik mane pong...

3 comments:

Anonymous said...

Alamak, ice cream cheese cake ke kak? alamak alamak.. cedapppnye!! tak cair ke?

HaSue said...

Ya ammpunn kak..napa nampak lagi sedap kalo guna yam ice cream tuu..huhuu.. mesti bertambah perisa lagi ekk...kecur lagik air liuq. nak merasa ciskek akak ler...

geraugebang said...

Amboi cikgu, sedapnya kek cikgu.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin