Monday, June 29, 2009

Puding Pelangi

Puding pelangi.. tapi ini bukan warna pelangi yer.. lihatlah hasil kerja tangan yg tidak berseni.. resepi dr alma @ MYR (http://www.myresipi.com/top/detail/814)... TQ alma n MYR... rspi CP jer nih ...

Bahan-bahan ( 5-6 orang )
10g serbuk agar2
650ml air
200gm gula pasir (kalau nk kurang manis wat dlm 180gm pun ok)
60gm mentega
1 biji telur
½ tin susu cair
1 sudu makan tepung custard
1 sudu makan serbuk koko
1/2 sudu teh vanilla
pewarna merah dan kuning secukupnya (kalau nak warna2 lain pun boleh)


Cara-cara
Masak agar2, air dan gula hingga mendidih dan ketepikan
Pukul telur sebentar menggunakan whisker kemudian masukkan susu dan tepong custard dan kacau hingga adunan ini rata, kemudian ditapis
Setelah ditapis, satukan adunan telur dan agar2 dan kacau lagi hingga rata, serta masak semula sehingga adunan mendidih kemudian masukkan mentega dan vanilla dan kacau hingga rata. Then pastu tutup api.
Bahagikan adunan kpd 3 mangkuk (sama byk). Then bubuh koko (campurkan sedikit air dulu) ke dalam salah satu adunan di dalam mangkuk dan kacau hingga rata , adunan yang dalam 2 mangkuk lagi masing2 leh letak kuning dan merah.
Sengetkan loyang/pe2 bekas puding sedikit (yg Alma gunakan bekas square 7x7in) - i.e. biar satu hujung tu tinggi (lapik/alaskan dgn pe2 utk tinggikan).
Mula2 tuangkan satu senduk makan adunan warna merah ke dalam loyang/bekas (dihujung yg paling rendah tu ler), kemudian satu senduk makan adunan warna kuning dan las skali satu senduk adunan warna coklat. Ulang buat cam ni sampai semua adunan habis.






Saturday, June 27, 2009

Sekitar Hari Terbuka /Hari Keusahawanan 2009....

Jom tgok gambo.....gerai jualan pelajar di padang.. awas tolong jaga kebersihan....
hasil..hasil...jom kira hasil... mcm tetap dan berpencen kene jual kupon.. kupon..kupon..kupon murah..beli 1 dapat 1... beli 2 dapat 2.. ayat2 yg kadang2 membuatkan anak2 muridku terpedaya...kihkihkih... harga kupon RM 5 jer..dah 4 tahun tak naik2...

kak zie.. tokey gerai ofis...n kaki skodeng blog
kru-kru hebat koperasi diketuai oleh khaliq...pop ice/ ice blended...
lepas ni cikgu belanja ek..hehehe..iye ke...
jualan utk gerai koop... jagung kukus bermadu..or plain

tokey jinn street nih cgu ayub..bos pengakap .. tetap dan berpencen mniaga rumah antu... antara perniagaan yg terlaris n terhangatttt.....

daging bakar....

roti kak zie....

milo ape ntahh...

kuih muih... suke ada wane ijau tuh... semua gerai adalah usaha keras pelajar2.... tahniah...
banyak lagi pic tak larat nak upload..

Sekolahku..dlm pembangunan..

Saja nak berkongsi cerita... dah 2 minggu (semester ke 2 2009) kami warga sekolah menempuh keadaaan ini... bak kata orang bersusah2 dahulu, bersenang2 kemudian.. harap masa senang nanti akan sama2 merasai nikmatnyer...tapak kelas,pusat sumber n mcm2 bilik yg dah tak nmpk bayang... mata tangga yg perlu di lalui untuk menjalankan tugasss.. kelas sementara dan kantin di tempatkan di padang .. level 4... paling atas ..menuju puncakkk..

inilah bilik2 darjah sementara.. aktiviti P&P berlangsung di dalam kabin.. Syukur ..mmg selesa jika tiada gangguan bekalan api...
dah sampai kelas aku rupanyer...

perhimpunan rasmi n harian dahulunya diadakan di dataran bentara kini berubah tempat di pandang...
.......bersambung

Friday, June 26, 2009

Award dpd Mimi n Masz...


Terima Kasihhhhhhhhhhh... Mimi ,Masz n Ika... kecil tapak tangan.. skrin laptop ku tadahkan...

Accept the award, post it on your blog together with the name of the person who has granted the award and his or her blog link.

award pemberian.. Mimi - Aku dan kehidupan , Masz -Aku , dot.dot ampun masz pjg bebenor nak tulis..n Ika - arah untuk katogeri yang suke dapat hadiah...

Pass the award to 15 other blogs that you’ve newly discovered. Remember to contact the bloggers to let them know they have been chosen for this award.
Insan yg terpilih adalah..
1. Farah- Mommy Otai
2. Zainah Senin
3. Nana
4. Kak Long-Diariku
5. Doc Inahar Ali
6. Cikin
7. Nur-Cetusan Rasa
8. Yusleen
9. Azie
10. Catlina
11. AnaWahid
12. Ultra-mama
13.Ummie Eriey
14.Maria
15.sesiapa saja yg singgah sini...

Thursday, June 25, 2009

Green Carpet Cake (Stim)

Projek petang Ahad lepas.. perhatian tuan2 dan puan2.. kek ni dah 'sold out' sebelum dijual..hehehe... walaupun kek ni tak de rupa green carpet .. anda boleh lihat green carpet di SINI ...sesiapa yg belum @ nak mncuba ..dijemput mncuba..bukan tgok jer.. kek dari Teratak Mini Dayang.. kek yang enak,sedapp, lazatt, yummy, mabeles.. n dll yg sewaktu dengannyer... terima kasih dayang kerana sudi berkongsi resepi n minta maaf n minta halal untuk resepi CP di bwh.. tq againnnn...

Bahan-bahan : Loyang 6 inci (kek ni saiz kecil je)
1 1/4 cawan tepung naik sendiri
5 biji telur A
225 gm mentega
3/4 cawan gula halus
4 sudu besar tepung biskut marie (kira2 5 keping biskut marie, dikisar/ditumbuk halus)
3 sudu besar horlicks
1 1/2 sk pandan paste/pandan emulco
1/4 cawan susu pekat manis


Cara-cara :
1. Panaskan pengukus. Sediakan loyang kek. Lengserkan dgn mentega dan lapik dgn baking paper (gris dgn mentega dan taburkan sedikit tepung).
2. Satukan tepung dengan horlick dan tepung biskut marie. Ayakkan sekali dan gaulkan rata2. Ketepikan.
3. Sediakan mixer. Pukul mentega dan gula hingga betul2 kembang, putih dan gebu. (pastikan gula hancur betul2). Gunakan kelajuan maksimum.
4. Masukkan telur satu demi satu hingga habis. Gunakan kelajuan minima shj.
5. Masukkan susu pekat dan kacau lagi.
6. Masukkan tepung tadi sambil dikacau perlahan.
7. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu bahagian dicampurkan dgn pes pandan dan satu lagi dibiarkan kosong (x perlu letak warna, nanti ia jadi warna kuning selepas dikukus).
8. Kemudian tuangkan adunan td di dlm loyang secara berselang seli atau berlapis (ikutlah kreativiti sendiri).
9. Kukuslah selama 1 jam 20 minit.
10. Setelah masak, sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong
.

Singgang Ikan Selar

Makan petang aka makan malam... masak terpaksa.. dah msuk minggu ke 2 layan lauk kedai.. cam dah tak boleh lalu kat tekak.. so dengan ke'buzy'an n kemalasan memanaskan enjin2 yg ada didapur.. ikan goreng, bendi goreng berlada n nasi panazzzz... jom makann.. sedap ni siap hirup2 kuah lagi.. sesuai dengan selera n keadaan cuaca yg panazzz ...

Sunday, June 21, 2009

Moist Chocolate Cake

Laporan sahaja....terpandang di dpur kak ummi.. n cerita lanjut ada di dapur kak ummi..
resepi CP dr dapur kak ummi n rsepi asal oleh k.izan@MYR.. TQ k.izan n k ummi

Bahan:- (loyang 21 x 21 x 3 cm)
2 cawan tepung gandum } diayak
2 sk baking powder } bersama
2 cawan gula halus
4 biji telor gred A
250 gm butter
2 sk esen vanila
Bancuhan koko (Pes Coklat):-
1 cawan serbuk koko
1/2 cawan gula halus
1 cawan air panas
1/2 cawan susu cair (akak guna fresh milk)


Cara Membuat:-
Untuk bancuhan koko, masukkan serbuk koko, gula halus dan air panas dalam periuk. Jerang atas api perlahan, kacau rata sebentar hingga berkilat. Tutup api dan biarkan sejuk dalam suhu bilik sekejap. Tuangkan susu cair, kacau dan ketepikan.
Sementara itu, pukul rata gula dan butter hingga kembang.
Masukkan telor sebiji demi sebiji dan pukul lagi.
Masukkan esen vanila dan gaul rata.
Masukkan tepung yang diayak tadi berselang seli dengan bancuhan koko tadi. Gaul rata dengan spatula.
Masukkan dalam loyang dan bakar selama 1 jam pada suhu 180C. (resepi asal hendaklah dibakar dengan api atas bawah, tapi akak bakar macam kek biasa, api bawah sahaja, ok je)

Wednesday, June 17, 2009

Nasi Goreng Tom Yam

dah stat sekolah..mmg buzy.. msk2 pun agak terbatas n byk yg trbantut.. mencuba rspi dik ina@hana nih utk makan mlm.. anak2 kata sedap.. n nex time boleh buat lagi.. tq hana..akak letak 1 kiub tomyam jer..still sedapp..

Sunday, June 14, 2009

Back to school.......

dah stat...beg ibu, laptop kerajaan n bermcm2 beg anak.. berkawat di tepi pintu...
port mengendap ... guna laptop sdri yer.. laptop kerajaan buat keje2 skool...

marking..marking...marking... sambil2 tuh mengulangkaji buku rspi..
Last entry untuk hari ni..mulai esok yg pastinya aktiviti memasak n mengendap akan berkurangan.. geng2 kaki masak yg lain bolehlah teruskan aktiviti msing2 yer..giliran sy drooling pulak lepas nih...

Poppppp cornnnnn.....

hahahaha... ambik ngko... sekawah .. tak sangka sebanyak ini... ketawa anak branak.. sepetang melantak pop corn ler jawabnyer..
belum digulakan

dah digulakan..
makan.. pas nih mmg tak beli pop corn kat kedai lagi... ye ke...
Resepi pop corn utk kwn2 yg nak mencuba.. CP dr MIMI rspi dr aludra.. tq ke dua2 nyer bkongsi rspi..
Bahan-bahan
1 sudu besar mentega
2 sudu besar minyak masak
jagung kering secukupnya
garam secukup rasa
Tambah Karamel [Optional]
1 sudu mentega/margerin3 -5 sudu besar gula pasir (ikut suka/byk mana pop corn yg ada)
Tambah Coklat [Optional]60 - 80 gram coklat bar (ikut suka/byk mana pop corn yang ada)
Cara-cara:
Panaskan mentega dan minyak dalam periuk.
Api tu pulak, mula2 guna api kuat untuk panas kan minyak& butter dalam 2 minit lepas turun kan api sedikit.
Masukkan jagung menutupi dasar periuk. Tuang jagung rata dan sama paras dgn minyak & butter yg dah cair tadi. Tutup periuk tadi.
Tunggu beberapa minit, anda akan dengar bunyi "pop".."pop" dgn rancak. Bila bunyi dah berhenti, cepat2 keluarkan pop corn. Pop Corn boleh dapat penuh satu periuk..
Taburkan garam secukupnye..(kalau nak buat karamel tak payah tabur garam)
Untuk Karamel [Optional]Cairkan mentega dengan gula hingga cair dan bertukar warna coklat. Matikan api dan masukkan popcorn dan gaul sekata cepat2. Hati2 sebab karamel tu panas boleh melecur kalau kena tangan yea.
Untuk Coklat [Optional]Cairkan coklat guna double boiler. Tutup api dan gaulkan dgn pop corn yg dah disalut karamel. So ni jadi caramel popcorn bersalut coklat.

Saturday, June 13, 2009

Ikan Bakar Portugis

Sedap ikan bakar nih.. rspi dr dapur noreen 'my home cooking blog' , rsp CP dr blog noreen.. TQ noreen..

Bahan-bahan:
4 ekor ikan kembung.. ( sy guna 4 keping ikan tenggiri)
3 helai daun limau purut - dihiris halus
3 sudu besar sos cili thai
3 sudu besar minyak
garam dan gula secukup rasa
daun pisang & aluminium foil
Bahan2 kisar (kisar dengan 100ml air):
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 biji buah keras
batang serai
2cm lengkuas
1cm kunyit
2 biji cili merah - dibuang biji
2-3 biji cili padi
3 sudu besar pes cili (cili kisar)
1cm belacan - dibakar dahulu
jus dari 1 biji limau nipis
cara:
1. lumur ikan dengan garam dan perap selama 20 minit
2. panaskan minyak ,tumis bahan2 kisar sehingga wangi
3. masukkan sos cili thai dan kacau rata ,bila kuah bertambah pekat, bubuh garam dan gula
angkat
4. letak sehelai daun pisang di atas aluminium foil
sudukan sedikit kuah ,letakkan ikan dan bubuh lagi kuah diatasnya
5.taburkan daun limau purut dan bungkus kemas
6. bakar pada suhu 200C selama 30 min atau sehingga masak
7. boleh juga dipanggang di atas bara api atau di masak di atas kuali leper
source: puan norzailina nordin

Kangkung Goreng Belacan

Sayur untuk lunch tadi.. semua org tau msk kangkung kan.. hehehe...

Puding Sagu

Selalu buat puding nih.. mudah n sedappp..

11Jun : Kunjungan Kaksma n Anawahid...

Kaksma n anak2.... candid..cik abe carilah tuh..
post manja2..
dah snap.. QC check pulak.. cun ke tak cun..
pertemuan yg dijanjikan..sempena kaksma balik kg.. mmg best dapat berborak secara live dgn kaksma nih.. mcm dah kenal lama .. anawahid tak yah ceta lah.. sahabat mesra alam..ceria sepanjang masa.. tak sabo2 nak tunggu wahid abis kursus tuh.. lepas nih dapur dia akan kembali berasappp n berapii2...hehehe
hari ni kaksma blik ke Rembau..semga kaksma sekeluarga selamat sampai ke rmh..
Saya seisi keluarga mohon ampun dan maaf klau ada terkasar bahasa n layanan tidak memuaskan, harap2 kaksma juga anawahid tidak serik utk singgah lagi..

Friday, June 12, 2009

Biskut Oat Coklat Cip

Jom makan biskut... Kaksma n Anawahid kata sedap .. n raya nak bisnes biskut nih..hehehe.. dengki jer nih..

Resepi Mummy7857 di MYR.
TQ Mummy n MYR...resepi CP dr MYR

Bahan-bahan ( Dapat dalam 2 balang )
1 cawan butter
2 cawan tepung - tp mummy kurangkan tepung, lebihkan oat
1 sk baking soda
1 cawan gula pasir halus
1 cawan gula perang
2 1/2 cawan oat -diblender halus
12 oz coklat cip
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil baking powder
2 biji telur
9 oz cadburry bar-diparut (kalau takde, gantikan dengan coklat rice/takde pun takpe)
1 cawan badam/gajus/hazel -dibakar dulu,kemudian dicincang kasar
1 susu kecil esen vanilla
Cara-cara
1. Putar butter dan gula hingga kembang
2.Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
3.Satukan tepung, oat, garam, baking soda, baking powder. Gaul hingga sebati. Masukkan ke dalam adunan butter tadi
4.Masukkan coklat cip, cadburry bar dan kacang. Gaul rata
5. Sudukan ke atas dulang pembakar yang dialas dengan kertas minyak. Bakar pada suhu 180'c selama 30 minit @ hingga masak

Popia Basah

Laporan jer nih.. resepi dari koleksi Diana.. TQ diana.. rspi penuh ada di bloq diana.. tak ikut semua pun.. ambik yg wajib2 jer...hehehe

...10 Jun: Sunway Lagoon

Turun bas.. sebelum bersepah-sepah...
ikut jugak berbayo.. tak da sponsor..
ibu basah sekerat jer...
Trip ke Sunway Lagoon bersama AJK/ALP Koperasi Sekolah.. bebudak yg seronok..yg pening kepala sapa lagi... cikgu2 lah.. mandi pun tak basahh.. memastikan keselamatan bebudak walaupun dah beso panjang..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin