Thursday, June 25, 2009

Green Carpet Cake (Stim)

Projek petang Ahad lepas.. perhatian tuan2 dan puan2.. kek ni dah 'sold out' sebelum dijual..hehehe... walaupun kek ni tak de rupa green carpet .. anda boleh lihat green carpet di SINI ...sesiapa yg belum @ nak mncuba ..dijemput mncuba..bukan tgok jer.. kek dari Teratak Mini Dayang.. kek yang enak,sedapp, lazatt, yummy, mabeles.. n dll yg sewaktu dengannyer... terima kasih dayang kerana sudi berkongsi resepi n minta maaf n minta halal untuk resepi CP di bwh.. tq againnnn...

Bahan-bahan : Loyang 6 inci (kek ni saiz kecil je)
1 1/4 cawan tepung naik sendiri
5 biji telur A
225 gm mentega
3/4 cawan gula halus
4 sudu besar tepung biskut marie (kira2 5 keping biskut marie, dikisar/ditumbuk halus)
3 sudu besar horlicks
1 1/2 sk pandan paste/pandan emulco
1/4 cawan susu pekat manis


Cara-cara :
1. Panaskan pengukus. Sediakan loyang kek. Lengserkan dgn mentega dan lapik dgn baking paper (gris dgn mentega dan taburkan sedikit tepung).
2. Satukan tepung dengan horlick dan tepung biskut marie. Ayakkan sekali dan gaulkan rata2. Ketepikan.
3. Sediakan mixer. Pukul mentega dan gula hingga betul2 kembang, putih dan gebu. (pastikan gula hancur betul2). Gunakan kelajuan maksimum.
4. Masukkan telur satu demi satu hingga habis. Gunakan kelajuan minima shj.
5. Masukkan susu pekat dan kacau lagi.
6. Masukkan tepung tadi sambil dikacau perlahan.
7. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu bahagian dicampurkan dgn pes pandan dan satu lagi dibiarkan kosong (x perlu letak warna, nanti ia jadi warna kuning selepas dikukus).
8. Kemudian tuangkan adunan td di dlm loyang secara berselang seli atau berlapis (ikutlah kreativiti sendiri).
9. Kukuslah selama 1 jam 20 minit.
10. Setelah masak, sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong
.

4 comments:

Fiza Nordin said...

sory eh kak zana, tgk akaknye mangkuk kek ni teringat pulak saya punye...mane eh...pehni nak godek lemari...mcm dah lame tak nampak...ade tertinggal mane2 ke...uhuuk!

hana said...

waaahh bestnyer! akak try yg green karpet nih! moist er kak? nnti nk try jugak la! eh! alamak horlick udah abis daaaa... hahahaha

Anonymous said...

Namanya classy gitew kak... green carpet lagi... nampak cam moist je... baru je nak mintak sepotong, dah abes ek Kak.hehe

CatlinaFly said...

'stim' tgk kek nih muekekeke..ngencesss!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin