Sunday, June 21, 2009

Moist Chocolate Cake

Laporan sahaja....terpandang di dpur kak ummi.. n cerita lanjut ada di dapur kak ummi..
resepi CP dr dapur kak ummi n rsepi asal oleh k.izan@MYR.. TQ k.izan n k ummi

Bahan:- (loyang 21 x 21 x 3 cm)
2 cawan tepung gandum } diayak
2 sk baking powder } bersama
2 cawan gula halus
4 biji telor gred A
250 gm butter
2 sk esen vanila
Bancuhan koko (Pes Coklat):-
1 cawan serbuk koko
1/2 cawan gula halus
1 cawan air panas
1/2 cawan susu cair (akak guna fresh milk)


Cara Membuat:-
Untuk bancuhan koko, masukkan serbuk koko, gula halus dan air panas dalam periuk. Jerang atas api perlahan, kacau rata sebentar hingga berkilat. Tutup api dan biarkan sejuk dalam suhu bilik sekejap. Tuangkan susu cair, kacau dan ketepikan.
Sementara itu, pukul rata gula dan butter hingga kembang.
Masukkan telor sebiji demi sebiji dan pukul lagi.
Masukkan esen vanila dan gaul rata.
Masukkan tepung yang diayak tadi berselang seli dengan bancuhan koko tadi. Gaul rata dengan spatula.
Masukkan dalam loyang dan bakar selama 1 jam pada suhu 180C. (resepi asal hendaklah dibakar dengan api atas bawah, tapi akak bakar macam kek biasa, api bawah sahaja, ok je)

4 comments:

MamaFaMi said...

Mama ni dah banyak cuba kek coklat. Tapi ada satu soalan yang mama akan pening nak jawab... bila orang tanya, dalam banyak-banyak kek coklat, yang mana paling sedap? Jawapan mama...NTAH, DAH LUPA! Hehehe...

Naz said...

ini blog masakan yer? wangi dan sungguh menyelerakan... :)

Anonymous said...

Kalau saya lah..kek cokelat lemak berkrim mcm nie la kek yg paling best.hhee

dZana said...

mamafami
sy pun cam tuh gak ..hehehe..mcm2 rspi dah cuba..bila nak buat tetap cari rspi..

Naz
tq naz.. sudi singgah.blog suka2 jer nih..

Ijan
akak suka klau ada ches dgn coklat gitu..hehehe..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin