Saturday, June 13, 2009

Ikan Bakar Portugis

Sedap ikan bakar nih.. rspi dr dapur noreen 'my home cooking blog' , rsp CP dr blog noreen.. TQ noreen..

Bahan-bahan:
4 ekor ikan kembung.. ( sy guna 4 keping ikan tenggiri)
3 helai daun limau purut - dihiris halus
3 sudu besar sos cili thai
3 sudu besar minyak
garam dan gula secukup rasa
daun pisang & aluminium foil
Bahan2 kisar (kisar dengan 100ml air):
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 biji buah keras
batang serai
2cm lengkuas
1cm kunyit
2 biji cili merah - dibuang biji
2-3 biji cili padi
3 sudu besar pes cili (cili kisar)
1cm belacan - dibakar dahulu
jus dari 1 biji limau nipis
cara:
1. lumur ikan dengan garam dan perap selama 20 minit
2. panaskan minyak ,tumis bahan2 kisar sehingga wangi
3. masukkan sos cili thai dan kacau rata ,bila kuah bertambah pekat, bubuh garam dan gula
angkat
4. letak sehelai daun pisang di atas aluminium foil
sudukan sedikit kuah ,letakkan ikan dan bubuh lagi kuah diatasnya
5.taburkan daun limau purut dan bungkus kemas
6. bakar pada suhu 200C selama 30 min atau sehingga masak
7. boleh juga dipanggang di atas bara api atau di masak di atas kuali leper
source: puan norzailina nordin

2 comments:

Tirana said...

Masuk blog kak zana ni mesti perut terasa lapar...macam2 resepi siap dengan gambar yang comel2 lagi...adehhhh

jue mj said...

mesti juicy je rasa ikan tu kan....

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin