Sunday, November 15, 2009

Cheese Cake

Mengecheese lagik... mencuba resepi Biduri di MYR .. simple n sedapp.. cuma tambah base biskut marie biasa n butter.. n mggunakan strawbery yogurt.. plus 3 sb bluebery jem dlm adunan.... minta izin C n P rspi untuk dikongsi dengan rakan2 blogger yg lain.. TQ Biduri n MYR..

Bahan-bahan ( 18 cm )
250g cream cheese
200cc/ml fresh cream/plain yogurt
2 sudu besar jus lemon
3 sudu besar tepung gandum
2 biji telur
90g gula


Cara-cara
Panaskan oven 170 degree. Sapukan loyang dgn butter atau alas dgn kertas minyak pun ok(oven paper)
Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mixer atau blander. Mix biar sampai jadi cream
Masukkan ke dalam loyang dan bakar selama 40-45 minit.
Setelah hampir masak atau selepas 30 minit bolehlah letak aluminium foil untuk mengelakkan permukaan hangus.
Bila sejuk, simpan dalam peti ais semalaman untuk mendapatkan rasa cheese cake yang sedap

Saturday, November 14, 2009

Malam Harmoni Satu Bentara

Makan2.. siam menu..yang tak berapa siam.. kureng sana sini.. apa pun berSyukur atas nikmat yang diberikan...
daftar nama, ambik payong.. musim hujan ni.. hihihi.. ambik goody bag..
2 mak dara plus 2 dara sdbl.. akak tinggi rupanyer ek... mmg kisah benar... hahaha...

pengacara majlis sedang membetulkan skrip.. Ustazah Norazizah.. ada org ngeri tgok muka ni.. takut bocor rahsia muda2... sapa lah tuh ek..
meja santapan.. tema pakaian glemmm... tpi kita org belasah baju raya jer.. mcm salah tema pulak ek.. ala.. cikgu2 tua cam kita ni mane lah sempat nk glemm.. sempat pakai lipstik tu pun dah okey... simple tapi manizzzz.....
Ustazah Rokiah... next yr dah nk pencen.. meja ni brtuah 2 org ustazah dok semeja.. tak putus2 berdoa agar rakan semeja dpt bawa balik TV Sony Bavia 32 in tu .. or ACER laptop or handcam or digital camera... sudahnyer.. kita org dpt makan jer.... ye lah nama nyer pun cabutan brtuah.. malam ni tak myebelahi kami... tunggu nex yr....

hadiah2 biasa... hadiah utama lum letak lagi..

dessert... yg dilayan semasa menunggu cabutan brtuahhh...

Piza at Kabin 6A3

Jumaat 13/11/2009 ... 12.01 pm... suasana di luar kabin.. hujan lebat..
dalam kabin.. jamuan ringkas hujung tahun pelajar 6a3.. smga mdpt kejayaan cemerlang n all 'A' dalam STPM..

piza panazz..

Tuesday, November 10, 2009

huuuuuu..kene lagi.....


penyakit yg membuatkan aku benganggg...rasanya 3 bulan lepas dah kene .. bertempat di lokasi yg hampir sama... masa tuh bisol manja2 jer.. sebab tak serius tanpa segan silu trus ke klinik tapi kali ini.. rasa segan silu n takut pulak nk jumpa doctor.. kwn2 kata mesti kene belahhh... adoiiiiiiii.... misi ... tolong ... dah lah.. tak larat nk duduk lama nih..

Selalu tak pernah kisah pasal bisol.. tapi kali ini kene study la pulak riwayat bisol ni ..hahaha..

Bisul

Walaupun kebanyakan masalah kulit tidak membahayakan nyawa tetapi ia boleh mendatangkan rasa tidak selesa dan mengganggu emosi pesakit. Lebih-lebih lagi jika keadaan itu berinflamasi seperti bisul dan karbunkel – ketulan sakit dan bernanah yang terbentuk di bawah kulit apabila bakteria menjangkiti satu atau lebih folikel rambut anda.
Bisul selalunya bermula dengan ketulan merah yang bengkak, berisi nanah, membesar dan menjadi lebih sakit sehinggalah ia pecah dan nanah mengalir keluar. Walaupun bisul akan hilang selepas beberapa hari, kebanyakannya mengambil masa selama dua minggu untuk benar-benar sembuh.Menurutnya, bisul boleh timbul di mana-mana bahagian tubuh tetapi kerap muncul di muka, leher, ketiak, punggung atau paha – kawasan tubuh yang mempunyai rambut dan kerap berpeluh serta bergesel. Kadangkala, bisul boleh terjadi di dalam kelompok yang dikenali sebagai karbunkel.

Walaupun sesiapa sahaja boleh menghidap jangkitan yang menyakitkan ini, mereka yang mempunyai diabetes, sistem imun tertekan, akne/jerawat atau lain-lain masalah kulit lebih berisiko tinggi. Selalunya, pesakit boleh menjaga seketul bisul di rumah sahaja tetapi anda dinasihatkan tidak memicitnya kerana ia akan merebakkan jangkitan. Antibiotik atau penyaliran surgikal diperlukan untuk membuang jangkitan itu.

Simptom-simptomBisul selalunya timbul seperti ketulan menyakitkan yang berwarna merah jambu atau merah dengan saiz lebih kurang setengah inci diameter. Kulit di sekelilingnya juga akan kelihatan merah dan bengkak. Dalam masa 24 jam, ketulan ini akan berisi nanah. Ia akan membesar dan menjadi lebih sakit selama lima hingga tujuh hari, kadangkala mencecah saiz bola golf sebelum hujung yang berwarna putih kekuningan akhirnya pecah. Bisul selalunya akan hilang dalam masa dua minggu. Bisul kecil selalunya pulih tanpa meninggalkan parut tetapi bisul besar mungkin akan meninggalkan tanda di kulit.

Karbunkel merupakan satu kelompok bisul yang berlaku di bahagian belakang leher, bahu atau paha lebih-lebih lagi di kalangan lelaki dewasa. Ia menyebabkan jangkitan yang lebih dalam dan teruk daripada bisul tunggal. Ia juga berkembang dan sembuh dengan lebih perlahan serta meninggalkan parut. Seseorang itu akan mengalami demam panas apabila karbunkel berlaku.
Punca-PuncaBisul selalunya terjadi apabila satu atau lebih daripada folikel rambut – injap berbentuk tiub dari mana rambut tumbuh – dijangkiti bakteria stafilokokus aureus.Bakteria-bakteria ini selalunya berada pada kulit dan kadangkala laluan kerongkong dan nasal/hidung, yang bertanggungjawab untuk beberapa jenis penyakit serius termasuklah pneumonia, meningitis, jangkitan trek urinari dan infeksi endokartitis di lapisan jantung.
Ia juga merupakan punca utama jangkitan penyakit yang didapati daripada hospital dan makanan. Bakteria stafilokokus yang menyebabkan bisul lazimnya masuk melalui luka, kesan cakaran atau lain-lain pecahan di kulit anda.Sebaik ini terjadi, sel-sel darah putih khas, neutrofil akan ‘meluru’ ke kawasan tersebut untuk melawan jangkitan, menyebabkan inflamasi dan nanah terbentuk – satu campuran sel-sel darah putih lama, bakteria dan sel-sel kulit yang mati.Faktor-Faktor RisikoWalaupun sesiapa sahaja termasuk mereka yang kelihatan sihat boleh dijangkiti bisul atau karbunkel, faktor-faktor berikut boleh meningkatkan risiko anda:

· Jika anda mempunyai kesihatan yang lemah, ia bertambah sukar untuk sistem imun anda melawan jangkitan.
· Diabetes menyukarkan tubuh melawan jangkitan. Malah, bisul yang sering timbul semula kadangkala menunjukkan tanda-tanda diabetes, lebih-lebih lagi di kalangan mereka yang berusia lebih 40 tahun.
· Pakaian yang ketat atau melecetkan. Iritasi yang timbul daripada pakaian yang ketat akan menyebabkan kulit pecah dan bakteria lebih senang memasuki tubuh.
· Keadaan kulit yang lain. Disebabkan ia merosakkan lapisan kulit anda, masalah kulit seperti akne dan dermatitis menjadikan anda lebih senang dijangkiti bisul dan karbunkel.Ubat-ubatan sistem imun yang tertekan. Penggunaan jangka panjang kortikosteroid seperti prednisone atau ubat-ubat lain yang akan menekan sistem imun anda yang boleh meningkatkan risiko terkena jangkitan bisul atau karbunkel ini.

Bila Perlu Mendapatkan Rawatan PerubatanSelalunya, anda boleh menjaga seketul bisul dengan sendiri. Tetapi anda dinasihatkan untuk berjumpa doktor jika bisul itu timbul di muka, tulang belakang atau jika anda mempunyai:
· Bisul yang bertambah teruk dengan cepat atau amat menyakitkan
· Bisul yang besar dan tidak sembuh dalam masa dua minggu atau diiringi demam panas
· Bisul yang kerap timbul
· Terdapat garisan merah daripada bisul anda, yang merupakan tanda jangkitan telah memasuki salur darah anda
· Keadaan yang menekan sistem imun anda, seperti transplan organ atau jangkitan HIV. Kanak-kanak dan orang dewasa yang mempunyai satu atau lebih bisul dinasihatkan untuk mendapatkan penjagaan perubatan.

Penyaringan Dan DiagnosisPara doktor selalunya akan mendiagnosis bisul hanya dengan melihat kulit anda, tetapi kadangkala mereka akan mengambil sampel nanah untuk memeriksa jenis bakteria. Jika mempunyai jangkitan berulang, anda dikehendaki menjalani ujian untuk diabetes atau lain-lain penyakit yang boleh melemahkan sistem imun anda.RawatanDoktor mungkin akan mengeluarkan nanah daripada bisul yang besar atau karbunkel dengan membuat insisi/torehan kecil di hujungnya. Ini akan mengurangkan rasa sakit, mempercepatkan penyembuhan dan membantu mengurangkan parut. Jangkitan yang dalam tidak boleh dihilangkan secara keseluruhannya. Ia akan ditutup dengan kain kasa yang telah disteril agar nanah boleh terus dikeluarkan. Kadangkala, doktor akan menetapkan antibiotik untuk membantu menyembuhkan jangkitan yang teruk atau berulangkali.Pencegahan
· Bersihkan luka-luka dan geseran kecil dengan sabun serta air dan sapukan ubat yang boleh didapati di kaunter farmasi.
· Pakaian ketat mungkin nampak anggun tetapi pastikan ia tidak melecetkan kulit anda.
· Pilihlah bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran serta sejumlah kecil protein tidak berlemak. Elakkan makanan berlemak atau bergula.
Tip Penjagaan Sendiri
· Bubuh satu sudu teh garam ke satu suku gelen air mendidih dan sejukkannya pada suhu bilik. Tuam kain yang direndam ke dalam air suam bergaram tersebut ke kawasan dijangkiti lebih kurang 30 minit, setiap beberapa jam. Ini akan membantu memecahkan bisul dan mengalirkan nanah keluar lebih cepat.
· Basuh perlahan-lahan bisul anda dua kali sehari. Kemudian, sapukan antibiotik yang boleh didapati di kaunter farmasi. Kemudian, tutup dengan pembalut.
· Elakkan memicit atau memecahkan bisul kerana ini boleh merebakkan jangkitan.
· Basuh tangan anda dengan bersih selepas merawat bisul. Basuh pakaian, tuala atau apa-apa kain yang terkena kawasan yang dijangkiti.
Rawatan Alternatif
· Minyak tea-tree. Minyak asas ini telah digunakan untuk berkurun lamanya sebagai antiseptik, antibiotik dan agen antifungi. Sapukan minyak tersebut ke bisul anda beberapa kali sehari. Minyak ini boleh menyebabkan tindakbalas alahan. Berhenti jika masalah timbul.
· Ubat homeopati. Ubat homeopati untuk bisul termasuklah belladonna, hepar sulfuris dan silica.
· Herba. Teh herba seperti dandelion dan red clover dipercayai boleh membantu merawat jangkitan bakteria. Ubat salap lain yang mengandungi marshmallow atau elm yang licin boleh melegakan keradangan.
http://pmr.penerangan.gov/
http://pmr.penerangan.gov.my/
Sumber Maklumat: Mingguan Malaysia (4 Februari 2007)
http://pmr.penerangan.gov.my/

Penawar Bisul Tok Nenek
1. Ambil sedikit kapur makan dan sapukan di tempat yang ditumbuhi bisul. Lakukan selalu, Insya-Allah ia akan hilang dan sembuh
2. Tumbuk bawang putih hingga hancur.Sapukan bawang putih ditempat yang kena bisul dan balutkan supaya bawang putih tidak jatuh. Lakukan beberapa kali hingga bisul itu hilang.
3. Tumbuk beberapa tangkai pucuk daun semalu hingga lumat.Tampalkan pada keliling bisul. Biarkan sehingga ia kering. Amalkan selalu sehingga bisul itu sembuh.
4. Rendam segenggam beras dan beberapa ketul kunyit hidup dengan air sejuk. Kemudian tumbuk hingga hancur. Letakkan pada bisul sehingga ia kering.
5. Asah kulit buah delima yang basah. Campurkan dengan daun lidah buaya. Sapukan pada permukaan bisul.

Saturday, November 7, 2009

Sambal Kentang Hijau

Rspi dr dapur Anawahid... tq ana..

Bahan2nya:-
Segenggam besar ikan bilis - dikopek
3-4 biji kentang - dibelah 4 n hiris
8 biji lada hijau - ditumbuk kasar (tmbh cili padi sikit)
1 biji bawang besar - ditumbuk
3 ulas bawang putih - ditumbuk
sedikit serbuk kunyit
1 sudu besar gula
garam
n pak aji secukup rasa

Cara2nya:-
1. Goreng kentang dn ikan bilis sehingga kekuningan dan garing terlebih dahulu dan ketepikan.
2. Panaskan minyak, tumis bahan2 tumbuk sehingga naik bau dan sedikit garing dan masukkan serbuk kunyit. Masukkan pula gula, garam dan pak aji secukup rasa.
3. Akhir sekali masukkan kentang dan ikan bilis, gaul rata dan siap

Sup Telur

geng menu lunch.. sempoi.. malas nak kuar ke kedai.. masak ikut stok yg ada... ptg ni nk blik kg.. ahad baru nak mnmbah stok di peti ais..

Ikan Terubuk Masin

Sarawak mari... tq my dear fais..

Easier Crispy Waffles

versi waffle plus icecream n chocolate syrup..

Breakfast hari ini... saja nak warm up waffle maker yg terperam lama tuh.. kali ini mencuba rspi dari Sheryl's site..

Credit to Sheryl's site
Easier Crispy Waffles
2 cups flour1-
1/2 tsp instant yeast
1 stick melted butter
2 cups warm milk
2 eggs
2 tsp vanilla extract
1 tbsp sugar
1/2 tsp salt

The night before:
1. Combine and whisk together the dry ingredients in a large bowl: flour, yeast, sugar and salt.
2. Combine the melted butter and milk. Add the mixture to the dry ingredients.
3. Whisk eggs and vanilla together in a separate small bowl. Add the egg-vanilla mixture to the other mixture, and whisk until well-combined.
3. Cover with plastic wrap and stick in the fridge until tomorrow morning.

The next morning:Prepare waffle iron as usual. Stir the batter to deflate it (it should be puffy and frothy). Add to waffle iron the same way you would other batter, keeping in mind that this batter will rise more than batters that use baking powder instead of yeast.

Soto Ayam

Menu petang semalammm... soto sempoi jer.. guna rempah soto made in senggarang.. semua kata sedap.. mmg sedap coz anak branak dalam kelaparan.. mkn time kul 5.00 pm cover dinner sekali...

Sunday, October 25, 2009

Puding Karamel

Dessert hari ini.... yummmmmyyy... angkut dari dapur kzai Teratak Impian.. resepi asal dari dapur Feqah.. TQ Feqah n Kzai memberi inspirasi...

Puding Karamel Feqah
Bahan-bahan :
Untuk gula hangus:-
1 cawan gula pasir1 cawan air panas
Untuk Puding:-
4 biji telur
1 tin susu cair
2 sudu besar esen vanila
2 sudu besar tepung jagung/tepung kastad


Cara Membuatnya :
1. Masak gula hangus hingga cair. Tuangkan air panas.Kacau hingga sebati.
2. Kisar telur hingga kembang dan masukkan susu cair. Kisar lagi hingga sebati.
3. Masukkan esen dan tepung jagung dan kisar sebentar.
4. Tuangkan 1/2 adunan gula hangus dalam loyang 8 inci.Tuangkan adunan puding.
5. Kukus 20 minit hingga masak.



Tips membuat puding karamel:
1. Untuk membuat gula hangus, masukkan gula ke dalam periuk dan panaskan dengan api perlahan.Kacau supaya tidak hangit .Jika ia hangit, rasanya akan pahit.
2. Setelah gula hangus cair dan bewarna keperangan, tuangkan air panas atau air paip.
3. Kacau segera supaya gula tidak berketul. Kacau hingga cair.
4. Telur dan susu dikisar hingga sebati.
5. Tapiskan adunan sebelum dituang ke dalam loyang.
6. Biarkan puding sejuk dalam loyang sebelum diterbalikkan dalam pinggan.

Tenggiri Goreng Asam Jawa

Walau pun tak da rupa.. rasa ikan ni tetap hebat.. rspi asal guna ikan tongkol.. dr Hasue n copy paste dr dapur Knur.. TQ hasue n Knur..

TONGKOL GORENG ASAM JAWA

1 ekor ikan tongkol segar sederhana besar-potong2 dan cuci bersih
1-2 sudu makan asam jawa
1 sudu makan penuh garam-letak lebih sedikit agar senang meresap
Serbuk perasa-tak letak pun takpe
1-2 batang serai-diketuk (utk aroma serai-tak letak pun takpe)
1 cawan minyak untuk menggoreng

Cara2
1. Lumurkan asam jawa pada keseluruhan isi ikan dan gaulkan kesemua bahan lain bersama ikan kecuali minyak masak.
2. Rasa sedikit dengan hujung jari,harus terasa garamnya sebelum diperap.Perap sekurang2nya setengah jam sebelum digoreng
3. Jangan goreng ikan terlalu lama kerana isi ikan tongkol yang garing rasanya agak kering..

Sotong Lemak Berapi.


Untuk makan tengahari hari ini... hari ni lepas buat breakfast simple.. trus masak utk lunch.. sotong lemak berapi... mcm biasa msti ada segala bwg n cili api.. yg lain tu serai, daun limau purut n daun ketumbar.. jgn lupa sotong... kul 10 dah siap... pas ni , bibik nak gosok baju dan siapkan 10 fail SPSK tu.... bosan tul..

Friday, October 23, 2009

Chocolate Lime Cheese Cake..


ngeh..ngeh..ngeh... cheese lagik... resepi dr website nigella recipe.. simple n sangat sedapp.. buat 2/3 dari adunan.. n saya tambah 2 sudu tepung jagung ke dalam adunan..

INGREDIENTS
200g Double Choc Maryland cookies (in the purple packet) ( guna biskut chipmore)
75g unsalted butter
750g Phildelphia cream cheese
200g caster sugar
4 whole eggs
2 yolks
juice of 4 limes
20-21cm springform cake tin
kitchen foil

METHOD

1. Place a large overlapping piece of foil over the bottom of the springform tin, and then insert the pan ring over it. Fold the foil up and around the sides of the tin and place the whole thing on a second piece of foil, also folding it and pressing it securely up around the tin so that you have a water-tight covering. Actually, I sometimes find some water dribbles out from this supposedly secure casing on unwrapping, but it doesn't seem – as long as you unwrap the outer layer straightaway – to cause any sogginess
2. Process the biscuits until they are like crumbs, then add the butter and pulse again. Line the bottom of the springform tin, pressing the biscuits in with your hands or the back of the spoon. Put the tin in the fridge to set, and preheat the oven to 180°C/ gas mark 4.
3. Beat the cream cheese gently until it's smooth, and then add the sugar. Beat in the eggs and egg yolks, then finally the lime juice. Put a full kettle on.
4. Pour the cream cheese filling onto the chilled biscuit base, place the tin in a roasting tray and pour hot water from the recently boiled kettle around the foil-wrapped cheesecake to come about halfway up the sides of the springform; don't overfill as you'll only spill it on the way to the oven. Transfer it as checking after 50 minutes. It should feel set, but not rigidly so. You want to be able to detect, below the skin, the slightest, sexiest hint of a quiver within. steadily as you can to the oven and cook for 1 hour or so,
5. Take the roasting tin out of the oven, then gingerly remove the springform from its water-filled tin, stand it on a rack, peel off the outer layer of foil, tear away the side bits of the first layer of foil and leave it to cool. When the cheesecake's cooled down completely, place it in the fridge and leave it there till 20 minutes or so before you want to eat it.

6. Transfer to the plate you're going to serve it on (it will need to be one without a lip, or a cakestand) and unclip. The underneath bit of the first




Thursday, October 22, 2009

Original Brownies


Jom makan...coklat lagi.... menimbun2 lah kolestrol dlm badan nampaknya... resepi dari SajiOnline...
Bahan2
100 gm coklat
130 gm mentega
250 gm gula
4 biji telur
130 gm tepung
5 gm serbuk penaik
50 gm badam/walnut


CARA MENYEDIAKAN:
1. Masak coklat dengan mentega menggunakan kaedah double-boiler.Sejukkan
2.Pukul gula dan telur sehingga kembang
3.Masukkan coklat yang telah dimasak tadi ke dalam adunan.
4.Masukkan tepung dan serbuk penaik
5.Akhir sekali masukkan badam atau walnut6.Tuangkan adunan ke dalam acuan dan bakar pada suhu 180'C selama 40 minit

Wednesday, October 21, 2009

Chocolate Cheese Muffin

Mimpi tido petangg... tetiba tekak terasa nak mkn muffin yg ada rasa cheese n coklat.. so dgn kudrat n stok yg ada .. n hasil adjust n gabung rspi sifu2 msk maka terjadilah muffin yg memang memenuhi mimpi n selera... dah jadi nih Along.. ambik satu jer ye..


Bahan2 (menghasilkan 10 biji muffin spt di atas)
80 gm mentega*
60 gm gula halus*
150 gm cooking chocolate*
5 keping slice cheese /cheddar cheese*
2 biji telur
esen vanila
2sk baking powder**
100 gm tepung gandum**
**ayak bersama
hirisan badam utk hiasan

Cara-cara
1. Panaskan oven 180 C

2. Satukan bahan * dan cairkan menggunakan kaedah 'double-boiler' sehingga cair n sebati. Angkat dan sejukan sebentar.
3. Kacau telur + esen vanila sekadar meratakan putih n kuning dan masukkan ke dalam 2 dan kacau sebati (guna senduk atau wisk)
4. Masukkan tepung n kacau secara kaup balik.. jangan over kacau ek..
5. Masukkan adunan ke dlm paper cup n hias dgn badam
6. Bakar selama 25 minit 180 C




Monday, October 19, 2009

Sardin Roll

Rollll.......... rspi dr majalah keluarga .. pastri mcm tak mjadi.. rupa pun tak brpa cantik.. klau nak tgok yg cantik boleh pergi ke dapur AlongRoz tuh.. nampaknye kene menuntut ilmu pastri dengan Alongroz .. along cepatlah n3 resepi..

Friday, October 16, 2009

Bread Butter Cheese Puding

yummy..yummy..yummy....

Bahan2
8 -10 kpg roti gardenia sapu butter depan n belakang roti
3 cwn susu sejat/susu segar **
2 keping slice cheese(potong kecil)**
** satukan n panaskan tak perlu mendidih
2 biji telur*
3/4 cwn gula*
esen vanila*
kismis ikut selera
serbuk kayu manis jika suka
sedikit gula utk tabur
Cara@
:1. Roti potong2 4 @ 6 , masukkan dlm loyang bersama kismis..
2. Bahan * satukan n kacau sekadar melarutkan gula.
3. Masukan bahan * ke dalam susu panas, kacau rata n tuang atas roti
4. Taburkan serbuk kayu manis n gula..
5. Bakar puding keadah bainmarie 180 C selama 30 minit

Potluck raya di BG...

sapa ntah nih.. minggu depan guru2 perempuan akan beraya ke port kau orang pulak ....
perunding majlis.. apa lagi yg tak cukup kak kiah ooiii...

sapa yg tak da kelas boleh makan dulu.. ingat sikit untuk org yg ada kelas nih.. hihihi..
makanan... mmg byk... bab2 mkn mmg kita 1Malaysia.. bsatupadu.. potluck ni anjuran guru2 perempuan.. mcm2 kuihmuih, buah2an, pelbagai dessert, roti canai , nasi lemak, nasi impit n ntah apa2 lagi.. kali ni saya bawa puding sago, honey prawn n kerabu tomato ...

jom tengok .. kelainan yg lain2 ..hihihi... nasi kerabu versi BG

tak tau apa nama kuih ni.. rupa karipap.. warna ketayap.. inti kelapa manis...

bukan pulut kuning.. tapi nasi kerabu versi diraja... nasi cgu haslina msk.. akseseri koleksi kak kiah...

nasi impit n ayam msk merah.. pk yg masakk.. sedap hajah...

roti jala... versi pinkk.. mcm2 ada.. sekiannnnnnnnnn....

Thursday, October 15, 2009

Pandan Jelly

Resepi dari dapur AlongRoz... tapi tak cantik mcm along punya ..huuuuu.. yg penting sedapppppp walau rupa tak de..... tq along

INGREDIENTS:
1 packet Jelly Powder (13g packet)
1 liter Water
250g Sugar
6 Pandan Leaves - blended for juice
1 Coconut --> produced 1 cup thick Santan
2 EggsGreen color (optional, without it the bottom will be colorless)
METHOD:
1. Boil jelly & water until dissolved.Add in sugar & stir until dissolved.
2. Slightly beat egg, santan, pandan juice & color.Add into the boiled jelly.Pour into mould & cool at room temperature.Chill to completely set.

Besssttt... cuti.. n happy depavali...

CUTI ke sekolah jer tpi ... kerje2 sekolah kene buat masa cuti.. uwaaaaaaaaaa................

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin