Walau pun tak da rupa.. rasa ikan ni tetap hebat.. rspi asal guna ikan tongkol.. dr Hasue n copy paste dr dapur Knur.. TQ hasue n Knur..
TONGKOL GORENG ASAM JAWA
1 ekor ikan tongkol segar sederhana besar-potong2 dan cuci bersih
1-2 sudu makan asam jawa
1 sudu makan penuh garam-letak lebih sedikit agar senang meresap
Serbuk perasa-tak letak pun takpe
1-2 batang serai-diketuk (utk aroma serai-tak letak pun takpe)
1 cawan minyak untuk menggoreng
Cara2
1. Lumurkan asam jawa pada keseluruhan isi ikan dan gaulkan kesemua bahan lain bersama ikan kecuali minyak masak.
2. Rasa sedikit dengan hujung jari,harus terasa garamnya sebelum diperap.Perap sekurang2nya setengah jam sebelum digoreng
3. Jangan goreng ikan terlalu lama kerana isi ikan tongkol yang garing rasanya agak kering..
1 comment:
Ini kalau makan dengan nasi panas, ulam kacang boto dengan sambal belacan...perghhh... saper lalu pun tak nampak, atau buat tak nampak! Hahahha...
Post a Comment