Sunday, October 25, 2009

Puding Karamel

Dessert hari ini.... yummmmmyyy... angkut dari dapur kzai Teratak Impian.. resepi asal dari dapur Feqah.. TQ Feqah n Kzai memberi inspirasi...

Puding Karamel Feqah
Bahan-bahan :
Untuk gula hangus:-
1 cawan gula pasir1 cawan air panas
Untuk Puding:-
4 biji telur
1 tin susu cair
2 sudu besar esen vanila
2 sudu besar tepung jagung/tepung kastad


Cara Membuatnya :
1. Masak gula hangus hingga cair. Tuangkan air panas.Kacau hingga sebati.
2. Kisar telur hingga kembang dan masukkan susu cair. Kisar lagi hingga sebati.
3. Masukkan esen dan tepung jagung dan kisar sebentar.
4. Tuangkan 1/2 adunan gula hangus dalam loyang 8 inci.Tuangkan adunan puding.
5. Kukus 20 minit hingga masak.



Tips membuat puding karamel:
1. Untuk membuat gula hangus, masukkan gula ke dalam periuk dan panaskan dengan api perlahan.Kacau supaya tidak hangit .Jika ia hangit, rasanya akan pahit.
2. Setelah gula hangus cair dan bewarna keperangan, tuangkan air panas atau air paip.
3. Kacau segera supaya gula tidak berketul. Kacau hingga cair.
4. Telur dan susu dikisar hingga sebati.
5. Tapiskan adunan sebelum dituang ke dalam loyang.
6. Biarkan puding sejuk dalam loyang sebelum diterbalikkan dalam pinggan.

5 comments:

geraugebang said...

best tuuu. Selalu nak buat, tapi tak buat-buat. ka ka ka.

hana said...

eeee geramnyerr geramnyerrrrrrrr!! nak nakkkkk!!

blogresipi said...

Salam Kak Zana...memang sedap puding karamel tu.kite pon baru buat yg lapis lapis cekelat... :)

CatlinaFly said...

kak zana, rasa dia sama tak kalau tak letak tepung castard?sy biasa buat tak aruk tepung..telur,susu,air, esen vanila jek..k lah, nanti try wat versi castard lak :)

~~zAnAfAhMi~~ said...

salam cikgu dzana.....kita trpaksa panggil cikgu sb nama sama..
lama tak dgr kabar? cikgu bz ye? nak dkt cuti sekolah ni kan...tp lepas ni boleh ngadap pc siang mlm!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin