Monday, October 5, 2009

Tart Nenas





Tartttt gedabak..dengan jem yang mewahh.. dah kali ke 3 buat tart nih.. kali ke 3 semalam.. cepat sold out...ada lagi sikit tuh.. sesapa yg nak rasa kene lh dtg braya ke rumah.. resepi angkut dr dapur kak ina kl.. tq kak ina...

Bahan-bahan
120 gm marjerin -akak gunakan mentega semuanya 250gm jadi kena tambah tepung sikit.
120 gm mentega
60 gm gula aising
1 biji kuning telur
1 sudu teh vanila
330-350 gm tepung gandum*
50 gm tepung jagung*
* ayak

Bahan jem nenas
450 gm parutan nenas – tapis
1 camb jus limau nipis
180 gm gula pasir
1 batang kulit kayu manis


Cara membuat:
1. Pukul marjerin, mentega, gula, kuning telur dan vanila hingga sebati.
2. Masukkan bahan ayak. Gaul rata menjadi doh.
3. Canai setebal 4 mm. Terap dengan acuan berbentuk kelopak pecah 6.
4. Angkat dengan hujung pisau dan tekan ke dalam mangkuk kertas yang diletak di dalam tin 'patty' berlubang saiz sama.
5. Tekan jem yang sudah dibentuk bulat di tengahnya.
6. Canai nipis sebahagian doh, potong bentuk jejari dan letak di atas jem.
7. Bakar pada 175 C selama 15-20 minit atau hingga keemasan.
8. Untuk Jem: jerang semua bahan atas api sederhana hingga agak kering. Angkat dan biar sejuk.

5 comments:

Anonymous said...

Salam semua,

Kami ingin mengajak anda menyertai komuniti blogger dari serata tanahair untuk mempromosikan blog mereka di laman web kami. Ia mempunyai fungsi yang sama seperti Digg dan Innit. Pendaftaran adalah PERCUMA!

Daftar sekarang: Blog Malaysia [Blogger's Meeting Point]

Malaysia Boleh!

Anonymous said...

Akak.. kite datang beraya nie... nak makang tart comey tuh!!! :)

Unknown said...

K.Zana Tart tu mmg sedappppppppppppppppppp tak tipuuuuuuuuuu. Bl nk wat lg...Gian ni

Portable Solar Charger For Handphone said...

Salam Cikgu...apa kbr. Rasanya da lwt nk wish slmt hr ry. Huhuhu...sori k. Byk event raya nie smpi lupa. Sori k. Wah....ada blog resepi skrg ek? Masyukla! Leh ajar org umah sy wat kuih. Hehehe...anyway...good luck in whtver u do.

< Shamsulfadzly / Shuhadah / Adam

dZana said...

samsul n family..
tak pe.. tq coz masih ingat pada sy lagi.. suka2 jer nih utk relis tension n menambah kawan2.. Insyallah..resepi n tips disni telah dicuba n utk dikongsi bersama kwn2 yg lain.. tak da secret rspi.. slm utk shuhadah

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin