Friday, May 29, 2009

Slice Cheese Cake


Cheese cake yang sedap.. pas tu low budget pulak... itu yang penting.. TQ utk ros @onigiri yg sudi berkongsi resepi.. dah byk kali buat kek nih.. n mmg puashati... resepi asal ada di MYR.. tpi MYR tak buka pintu ari nih so kene lah angkut dari dapur hana yer..

Bahan-bahan
4-5 keping slice cheese
200 ml susu segar
70 gram butter atau marjerin
70 gram tepung gandum (diayak dahulu)
70 gram gula
4 biji telur saiz M
beberapa titik esen vanila
sesudu kecil perisa pandan@pandan emulco
pewarna hijau..(lupa nak letak...)


Cara-cara
1. potong atau siat slice cheese kecil-kecil dan campurkan dengan susu segar
2. kemudian masukkan dlm periuk, gunakan api perlahan dan biarkan slice cheese tadi cair. kacau sentiasa.*hana masukkan sesudu kecil perisa pandan n pewarna hijau. kacau.
3. masukkan butter dan kacau hingga larut, tutup api dan sejukkan sebentar.
asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula hingga menjadi meringue.
4. didalam bekas lain pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan kedalam adunan cheese tadi, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul
5. akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan berberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata. glis acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. masukkan adunan kek di dalam acuan .
6. bakar pada suhu 170 darjah selama 20 minit dan turunkan suhu 140 darjah selama 40 minit, gunakan acuan kek berukuran 20cm dan letakkan sedikit air di bawah dulang pembakar, cara bain marie, untuk mendapatkan kek yang elok teksturnya.

3 comments:

venty i.p said...

looks delicious...... :-)

blogresipi said...

Sedap dan gebu nampak kek ni.. resipi pun senang macam mudah nak buat ni :)
p/s: saya link blog akak ye.tq :)

assan said...

so surprise...kek nya gebu sangat..guna self-raising flour or baking powder...from brunei:assan4676

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin