Friday, May 8, 2009

Apam Comel Inti Kelapa


Resepi di MYR oleh Lilydvalley.. saja nak mencuba.. bila dah siap mengadun..baru perasan kehabisan paper cup.. so apam comelku nampak seksi tak menutup aurat...hehehe...TQ lily berkongsi rspi.. resepi copy paste dari SINI..

Bahan-bahan ( 15-20 biji ).. guna acuan kuih lompang ..+/- 70 biji..
3 biji telur-dari peti sejuk
275 gm tepung gandum/tpg kek
220 gm gula halus
150gm susu segar/UHT
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovallete
Inti Kelapa:
kelapa parut
gula merah
1 sudu teh tpg jagung-dibancuh dgn 1 sudu besar air
2 helai daun pandan-pintal
Cara-cara
Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk.
Pukul dgn menggunakan mixer pada kelajuan maxima selama 6-8 min.
bahagikan kepada beberapa mangkuk & titiskan pewarna mengikut citarasa.
masukkan setiap warna ke dalam piping bag ( atau beg plastik yg bersih).
Pipe kan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yg telah disusun didalam acuan. masukkan inti kelapa
Pipekan lagi adunan yg berlainan warna sehingga 3/4 penuh.
Kukus didalam kukusan yg telah dipanaskan selama 10-15 min.
Utk Inti Kelapa:
Campurkan semua bahan dan masak diatas api kecil sehingga kering/masak.
Utk memudahkan, inti boleh disediakan terlebih dulu dan bulat2kan.
Notes: Inti kelapa boleh di ganti dgn apa2 perisa filling atau jem.

Untuk bekalan gotong royong di sekolah esok...

2 comments:

Papa-Itam said...

salam ziarah... ....
dah lama saya mencari resepi nie...akhirnya bertemu jua...
sedap kuih ni...
tq yer...selamat menjamu selera...

UMMUAFIQ said...

tak pernah lagi makan apam ada inti. selalunya makan dengan kelapa parut.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin