Ini menu dsrt smlam.. anak2 mmg suka puding roti..gi ngendap umh dik ina ada pulak pding roti..bhan2 asas ikut jer dik ina punya.. tak boh epal coz dah abis dibuat jus 3 hari berturut2.. tak sempat pun nak buat kuah.. dah pun azan so anak2 bedal jer dgn whipping cream.. Rspi ni kopipes dr dpur dik ina, pemilik asal Yani (MYR) TQ ke dua2 krna berkongsi rspi..
Bahan-bahan
[ Apple syrup ] (Tak boh apple.. boh raisin jerrr.. klau ada lain kali nak try..
2 biji epal hijau (small size)
60g raisin
60g butter
30g gula perang
1 sudu kecil serbuk kulit kayu manis
[ Sos puding ]
3 biji telur gred A
125g gula halus
500ml susu segar
sedikit esen vanila
1 bungkus roti sandwich
Cara-cara
Sediakan Apple Syrup:
- Kupas kulit epal dan potong kecil-kecil lebih kurang 1cm.(Tak boh..)
- Kemudian masukkan epal dan semua bhn sirap yang lain ke dalam periuk.
- Panaskan sehingga butter cair. Kemudian padamkan api.
- Biarkan sirap ni sejuk selama 15-20 minit.
Sediakan sos: - Masukkan telur,gula dan esen vanila ke dalam mangkuk. Pukul sehingga gula semua larut.
- Kemudian masukkan susu sikit demi sedikit sambil dikacau perlahan-lahan.
Sediakan puding: - Sapukan loyang dengan sedikit butter.
- Potong roti kepada 4(sekeping roti bahagi 4) Aturkan kepingan roti ke dalam loyang.
- Kemudian letakkan sedikit apple syrup ke atas roti dan juga sosnya.
- Lepas tu letak pula roti di atasnya.Buatlah lapis-lapis sehingga abih. Akhir sekali dgn kepingan roti.
- Letakkan loyang tadi ke dlm dulang oven. Masukkan sedikit air ke dalam dulang tersebut.
- Bakar selama 30 minit dengan suhu 140 degree.
- Bila dah masak biarkan sejuk sebelum dihidangkan.- sos yang lebih panaskan sekejap then curahkan atas pudding.
No comments:
Post a Comment