Thursday, September 4, 2008

Buka hari ini..

Meehoon goreng Lada Putih


Menu ni syamira yg oder, n tambah sedap bila mkn dgn sambal kicap..


Bahan-bahan: ( 6 orang )


400 gm meehoon (direndam 30 min)
sedikit daging lembu dipotong kecil
10ekor/lebih udang
1 btg carot dipotong memajang(3cm)
sedikit sawi
4 ulas bawang kecil*
2-3 ulas bawang putih*
2 cm halia*
sedikit garam, serbuk lada putih
daun bwg / hirisan lada merah/bawang goreng untuk hiasan
sedikit minyak untuk menumis
1 cwn air

Cara-cara:
1. Kisar bahan bertanda* dan tumis sehingga naik bau.
2. Masukkan daging, gaul rata, masukkan 1 cwn air, biarkan hingga daging lembut.
3. Masukkan udang dan gaul rata biarkan 2-3 min kemudian masukkan garam dan lada putih.
4. Masukkan carot dan meehoon, gaul rata, sehingga meehoon masak kemudian masukkan sawi., biarkan 2-3 minit.
5. Semasa menghidang taburkan daun bwg/bwg goreng/hirisan lada merah

Makan dengan sambal kicap yer.. sedappp...

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin