Saturday, September 17, 2011

KEK BATIK CREAM CRACKERS

Projek kecah2 dapur semalam.. mmg dah lama tak buat kek batik ni.. selalu guna biskut mery. kali ni mencuba resepi kek batik CC di dapur cik adik manis kita.. Diana @ Melly Mei.. saya suke mengintai n selongkar2 gobok resepi Diana ni.. selain pic keknya sangat menarik , terdapat pelbagai jenis resepi kek yang tentu sedap2 belaka.. terima kasih Diana kerana sudi berkongsi resepi.. akk minta izin CP resepi di sini..

KEK BATIK CREAM CRAKERS
Sumber : Sky Blue's Kitchen
Bhn²
6 biji telur
250 gm mentega
2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan gula
1 1/2 cawan milo
1 1/2 cawan Nestle nestum original / saya guna 1 cwn oat segera (dikisar)
1 tin kecil susu pekat susu krimer manis cap junjung ( 388 gm )
Cream Crackers Hup Seng secukupnya _ ( Diana guna dalam 34 keping )
Choc Rice secukupnya


Cara²
  1. Pukul gula bersama mentega hingga kembang.
  2. Kemudian.. masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.
  3. Masukkan susu pekat dan pukul lagi.
  4. Tambahkan tepung gandum, milo dan nestum... Pukul adunan sampai ianya betul² sebati.
  5. Masak adunan menggunakan kuali sehingga adunan pekat.
  6. Tutupkan api dan masukkan cream crackers dan gaul perlahan.
  7. Masukkan adunan kek tadi ke dalam loyang yang telah d lapis dengan aluminium foil dan tekan kek sehingga rata dan padat.
  8. Taburkan choc rice d atas kek.
  9. Simpan d dalam peti ais sebelum d potong.
  10. Boleh juga d buat seperti d bawah nie yer...
  11. Sediakan loyang yang telah d lapis dengan aluminium foil dan letakkan sedikit adunan kek tadi.. ratakan.
  12. Kemudian susun cream crackers d atasnya .. Lapiskan berselang seli sehingga adunan habis.
  13. Taburkan atasnya dengan choc rice... Simpan d dalam peti ais sebelum d potong..

8 comments:

izahdaut said...

kak zanaaaa.
sedap ye kak cream kraker buat kek? banyak gak telur tu... canti je potong nyer tu ye

Sue @ Nenie said...

Salam Kak Zana..biasa guna b.marie...yang ni versi crackers...ada nestum plak tu, kalu tukat oat lagi sihat...best best...

Nadz Nazharzan said...

Kak zana, nak..nak...Hehehe..ngada2 kan.. Baru jer buat ari tu..huhuhu...Sedap jugak kan kak...

nOOrsha said...

alahai kek batik..menggugat iman tol la...huhu..naakkk...

Juwita Jamaludin said...

lawa kak.. mesti rasa lemak2 manis ni. nak try la nanti insyaAllah nak habiskan stok biskut

Sheery Dream Cakes said...

Assalamualikum akak..
terima kasih kerana sudi mencuba resipi nie yer akak... :)

K.zai said...

salam lebaran zana..pekabo..lama x jenguk kt dapur zana ni..sibuk ke...

Ayu said...

selamat hari raya buat cikgu & family..wah kek batik gunakan cream crackers, something different kan cikgu..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin