Monday, May 30, 2011

SERIMUKA GULA MERAH

Serimuka yang sedap, lemak2 manis gula melaka.. resepi CP dari dapur Ayu .. Tq Ayu..juga riaputih di MYR
Serimuka Gula Merah
Sumber Asal:-From riaputih@myresipi.com
CopyPaste : Curlybabe's Satisfaction

Bahan2:-
  • BHGN ATAS-(1 loyang kecil)- (Ayu gunakan loyang 8 inci)
  • 1 bj telur-(Ayu gunakan 2 biji telur)
  • 2 camb gula pasir
  • 1 1/4 cwn pati santan-(Ayu gunakan 200ml santan pekat + 200 ml santan cair/air)
  • 1/2 cwn gula merah-(Ayu gunakan 112g gula melaka)
  • 1 1/2 camb tpg. gandum-(Ayu gunakan 9g)
  • 1 1/2 camb tpg. jagung-(Ayu gunakan 9g)
  • 1 camt garam -(Ayu gunakan 1/2 sudu kecil garam)
  • BHGN BAWAH
  • 2 cwn beras pulut (rendam 15 min)-(Ayu gunakan 11/4 cawan-250g)
  • 2 1/2 cwn santan cair-(Ayu gunakan 150ml santan pekat + 150ml air)
  • 1 1/2 camt garam-(Ayu gunakan 1 sudu kecil garam )

Note : Saya guna 250ml santan cair untuk bahagian bawah

Cara-cara

  1. BHGN BWH: Campur semua bhn - kukus selama 20 min. Setelah masak, tekan mampat dgn daun pisang.
  2. BHGN ATAS: Kisar semua bhn dan tapis. Kemudian tuang ke atas BHGN BWH tadi. Kukus lagi 20 minit atau sehingga masak. Sejukkan betul-betul barulah dipotong.-(Kalau nak lebih detail boleh pergi ke Serimuka Pandan dan tengok cara2nya disitu
Note : Saya masak sebentar adunan bhgn atas sehingga naik wap. Kemudian tuang ke atas bhgn bawah.

Petua: Balut dgn towel bersih tudung pengukus supaya air wap tidak menitis ke atas permukaan kuih.
(Cara untuk mengeringkan permukaan kuih : selepas kuih masak.. buka penutup kukus dan biarkan selama 5 -6 minit atas kukusan yang mendidih.. kemudian baru tutup api)

10 comments:

Sheery Dream Cakes said...

sedapnya kuih serimuka gula melaka... x perna mkn lg yg ada gula melaka nie... nmpk sgt sedap...

Chik Mimi said...

kak naaa sedap ni pebret sy ni

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

cukup ke kak satu loyang, harus buat dua loyang ni, nmpk sedap sgt...

HALAMANKU said...

mmmm memang nampak sedap n lembut jek.. kak selalu seri muka yang kaler ijo tu.. pestime jumpa guna gula merah ni.. menarik jugak tu...

Mas said...

akak..nak rasa seketoii..
sedapppnya tengokkk...

Ayu said...

Assalam cikgu..
dah petang baru kita namapk kuih ni dari jauh..hehe..
ada lagi tak tu?..thanks cikgu sudi cuba..harap kena dgn selera cikgu & family ya..

Juwita Jamaludin said...

cantiknya serimuka ni.. lama tak mkn.. kena buat ni

Mama Hawa/Mama Nani said...

Salam rindu Zana...
nmpk sedap jer serimuka gula merah nih..arituh nmpk kat rumah ayu jgk..hehehe nak mintak jauh sgt nmpk2 kena lah buat sendiri :p

aLoY said...

kuih feberet.. tp lom cuba yg mcm nih.. nk skit ad lg x??

Unknown said...

akak, cantiknya rupa kuih akak ni...kemas jer..berseri-seri mcm tuannya..hehe sedap ni nieza suka gak tapi malas bebenor nak buatnya tapi mkn jer rajinnya...:)

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin