Thursday, May 26, 2011

KEK VELVET OMBAK BERALUN(KUKUS)

Dah lama tak buat makan2 utk kwn2.. semalam macam rajin pulak.. bila terpandang Dayang menayang kek ombaknya yg sangat cantik.. terus bersemangat.. dah lama sebenarnya nk mencuba kek macam ni.. rasa2nya kawan2 blogger kaki masak dah berkali2 membuatnya .. tak pe lah lambat2 pun.. akhirnya tercapai juga hasrat.. Terima kasih dayang .. akk ikut versi dayang.. terima kasih juga utk kak fida MYR.. sedap n gebusss gebassss...

KEK VELVET OMBAK BERALUN
(Diubahsuai oleh Dapurku Sayang)

bahan 1/2 adunan : (SAYA BUAT SATU ADUNAN)
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar tepung semolina
  • 1/2 sudu kecil baking powder
  • 90 g gula kastor
  • secubit garam
  • 3 biji telur A
  • 6 sudu besar minyak jagung
  • 1/2 sudu besar ovalette
  • 2 sudu besar serikaya
  • 60 ml susu cair
  • pewarna kuning, pes pandan dan merah jambu
  • serbuk milo untuk melapis

Cara-cara :
  1. Panaskan kukusan.Loyang dialas kertas dan digris sekeliling.
  2. Campurkan kesemua bahan kecuali mentega dan pewarna dan pukul hingga kembang.
  3. Masukkan mentega cair dan kaup-balikkan adunan hingga rata.
  4. Bahagikan adunan kepada empat bahagian dan warnakan.
  5. Ratakan adunan berwarna pertama di dalam loyang.Ayak serbuk koko di atas lapisan pertama rata2 hingga menutupi lapisan pertama tadi.
  6. Tindihkan adunan berwarna kedua di atas lapisan koko dengan kemas.Bagi memudahkan gunakan sudu makan dan tompok2kan adunan hingga rata menutupi lapisan serbuk koko.Tabur lagi serbuk koko rata2.Ulang melapis dan menabur serbuk koko untuklapisan ketiga hingga lapisan terakhir adunan berwarna tanpa ditabur serbuk koko.
  7. Tutup loyang kemas2 dengan aluminium foil yang telah disapu mentega.Kukus selama 45 min.
  8. Apabila masak,buka segera aluminium foil.Ketika ini kek yang dilapis dah kelihatan berombak.Biarkan kek 5 min di dalam loyang.
  9. Tangkupkan loyang dan sejukkan kek di atas redai.
  10. Biar kek benar2 sejuk dan boleh dipotong dan hidangkan.
untuk aktiviti jamah2 di BG.. SELAMAT BERCUTI UNTUK SEMUA RAKAN SEKERJA DIMANA JUA BERADA.. SELAMAT MEMBUAT KELAS TAMBAHAN, SELAMAT MENANDA KERTAS PEPERIKSAAN!!!.......

9 comments:

KakAsma said...

tengok kek nie menawan kalbu,cantik!!!rasa mesti sodap nih..selamat bercuti cuti cikgu cayang....

Sheila Shafeareen said...

salam wah dah buat ye cantik warnatu
akk punya dah habis semlm buat..dtg cina nak rasa lak 3 potong boleh ingat nak bwt lg ni

Anawahid said...

weweeeeiiittttt... cun!!!... berombak2 ati tgk kek akak ni... heeee... past2 la sini sket... ;)

Juwita Jamaludin said...

Cantiknya.. Bila nak buat ni.., geram tgk

Mama Hawa/Mama Nani said...

Salam Rindu Zana!!!
Wah kek velvet DJ dah sampai kat sini lah..Cantik menawan kalbu beta..hehehe Happi holiday!!

Ayu said...

Assalam cikgu..
lamanya tak singgah sini..apasal chocolate rice mufffin tu kita tak perasan ah?..itu menunjukkan kita ni potek..hehe..cantik warna kek ni cikgu..lamabt2 cikgu dah juga buat..kita kek roll alunan kasih, kek velvet omabk pun belum terbuat2 lagi..heheh..nak rasa sikit..

Chik Mimi said...

kak na cantik kaler tu kak,

DjDayang Jack said...

wahai k.zana,

mengapalah cantik dan gebus sgt kek berombakmu iteww...bisa bikin hatiku tergudalah...hehe.

sedap kan kak... nanti dyg nk buat lagi dgn versi bakar lak... :)

Unknown said...

Assalam kak zana, wahhh cun ler kek ni kak...terguda dah ni...dulu dah pernah buat yang versi bakar nanti nak cuba gak yg versi kukus..:)

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin