Friday, April 8, 2011

SERIMUKA DURIAN

Serimuka durian.. yang sangat sedap.. dan sesiapa yang belum membuatnya bolehlah mencuba sebelum musim durian berlalu.. untuk resepi ini .. saya telah mengandakan bahan untuk lapisan atas.. sebab rakyat dalam rumahnya selalunya meninggalkan lapisan pulut terbiar begitu sahaja.. untuk mendapatkan lapisan yang seimbang tebalnya.. lapisan pulut tu bolehlah digandakan jika menggunakan loyang 10" x 10".. terima kasih Rima untuk perkongsian resepi yang sangat sedap.. pasti akan diulang lagi terutamanya bila tiba musim durian!!.. terima kasih juga untuk hana yang telah mengalihbahasa .. akk CP dari dapur Izah jer.. tq Izah.. muaaaahhh..
SERIMUKA DURIAN
sumber asal : Rima

Bahan-bahan
Lapisan Bawah
250g beras pulut - rendam 1jam dan toskan ( saya sukat 1 1/2 cawan.. rendam 30 min)
1/2 sk garam
170ml santan cair ( saya guna 1 1/2 cwn )
Daun pandan simpul
1/2sk gula - rima tambah

Cara-cara
1. Sediakan periuk kukusan dan panaskan air. Satukan semua bahan diatas dan gaul sebati.
2. Kemudian kukus lebih kurang 30-35min atau sehingga pulut masak. Keluarkan daun pandan. Masukkan pulut ke dalam loyang yang di alas dengan daun pisang@plastik wrap supaya mudah dikeluarkan. Tekan padat. Ketepikan sebentar.
(Saya alaskan loyang dengan plastik wrap, kemudian masukkan pulut. santan, daun pandan & garam dalam loyang,kukus 30 min..kemudian keluarkan daun pandan dan tekan pulut supaya padat)

Bahan-bahan
Lapisan Atas (saya gandakan bahan lapisan atas... tetapi bilangan telur saya letak 3 biji juga... )
150g isi durian
125g gula
3 biji telur (anggaran 30g setiap satu)
35g tepung gandum
10g tepung jagung
375ml santan pekat (hana buh 200ml santan pekat + 175ml air)
secubit garam
Sedikit pewarna kuning

Cara-cara
(Saya satukan semua bahan di atas dalam blender n blend hingga sebati dan terus masak sebentar sehingga naik wap kemudian kukus)
Blend isi durian dengan sukatan air sehingga hancur sebati.Ketepikan.
Satukan telur, gula, tepung, santan, garam dan pewarna. Blend semua sebati.Kemudian tapis ke dalam periuk.
Campurkan isi durian tadi. Dan masak sekejap menggunakan api kecil sehingga agak pekat. tak perlu sampai mendidih.Curahkan adunan ke dalam loyang pulut tadi.
Kukus lebih kurang 30-40min atau sehingga masak. Pastikan tutup pengukus dilapik dengan kain agar air tidak menitik atas kuih.
Tunggu benar2 sejuk baru dipotong.

6 comments:

Ayu said...

Alaahai cikgu,
kita makan durian gitu2 aje..kalau dibuat pengat ke, kuih ke tak reti makan..wakakaka...tak apalah kita makan pulut dia aje..tima kasih cikgu kasi kita kuih buat makn petang ni ya..hehe

indahhouse said...

Salam kak zana,
Menggigil saya baca serimuka DURIAN. Telan air lir nih. Mesti sedaaap sangat. Letak dalam peti ais... fuh!

Mas said...

jeles2...
akak pun dah buat yerk.....
kene juga cari doyan...he..he..
nampak sedapp tu..

Sheila Shafeareen said...

Salam yee betul le negok pun dah jeles hahahh ank dra suka kuih ni...same le kira fv jugak..nak nyan letak durian...rasa kat cini dulu bolehhh 3 potong ye akk hehehhe

cik ain | sweet thots said...

ala la la... sedapnya... x pernah mkn serimuka durian .. tp mcm dpt bayangkan kesedapannya

Unknown said...

wahhh sedapnya seri muka doyan ni kak...tgk mcm2 menu doyan dh keluar sekrng ni saya pun nk pi cari doyan gak la hehe
p/s:nanti singgah umah ambil poskad yer kak:)

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin