Wednesday, April 6, 2011

TALAM SUJI

Antara kuih talam yang sejak dulu menjadi kegemaran.. dulu2 selalu beli jer... skrg ni pun kalau setakat nk makan sepotong dua tu kenelah beli jugak .. bila buat sendiri memanglah muai.. tapi faham2 lah selera anak2 kat rumah ni yg tak berapa nak suke kuih2 camni .. menjadi rezeki sarapan pagi kawan2 di bilik guru nampaknya.. potongan kuih talam ni kurang cun pulak kali ni .. gara2 tuan tanah dah tak sabar nak memotong... kalau tunggu sejuk mesti dapat potongan yang kemas dan cantik.. resepi dari Citarasawan.. terima kasih kak wan kerana sudi berkongsi resepi kuih talam yang sedap ini..

Talam Suji Chef Zubaidah
Sumber : Chef Zubaidah
(Copypaste: ResepiCitarasawan)

Bahan Lapisan Bawah
140gm tepung suji
20gm tepung gandum (3Tbsp)
2 biji telur
pewarna lemon yellow ( saya guna pewarna orange egg)
120gm gula pasir
750ml santan cair (3 1/4 cawan)
1/2 tsp garam

Bahan Lapisan Atas
2 biji telur
700ml santan pekat
1 tsp esen vanila
1 1/2 tsp garam
150gm tepung gandum (1 1/4 cawan)
80gm gula pasir (1/4 cawan)
200gm gula melaka
1 tsp coklat emulco ( saya guna 1/2 sudu teh nescafe)

Loyang 10 x 10

Cara-cara :
1. Satukan semua bahan lapisan bawah dan kacau di atas api sederhana hingga kental. Masukkan ke dalam loyang yang telah di alas dengan plastik, ratakan dan kukus selama 20 minit.
2. Cincang gula melaka kemudian kisar bersama bahan lapisan atas. Tapis ke dalam periuk dan masak hingga naik wap.
3. Tuang ke atas lapisan bawah tadi, tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus selama 30 minit atau hingga masak.


10 comments:

Nuridah said...

Assalamualaikum Cikgu,

mmg budak2 zaman skrg kurang sikit pada kuih muih melayu tradisional...kalau kat rumah Nur pun sama juga sebab tu jarang2 nak buat kuih...sekali2 ok lah...nampak sedap talam suji tu...boleh masuk list...hehe.

Ezadlieza said...

Salam Cikgu...

lieza pun suka kuih2 camni...tp tu ler..yg makan lieza sorang..anak2 pun kurang....penyudahnya kalau tingin beli jer la..

Bee said...

kzana, rasa cam cair je talam tu bila masuk mulut..nampak pun sedap tp kalau kat kg baru la best buat kuih2 cam nih, ramai yg makan!!

Mas said...

mas tak buat2 lagi talam suji ni...
sedapnya tengok talam akak tu..

Chik Mimi said...

kak na kuih ni pun kuih fav sy suka dgn tasanya yg kenyal2 tu

Sari Yusa Ibrahim said...

salam, kak dzana, sy peminat talam ni, tepung suji pun ada, kalau ada kerajinan harus mencuba.. & kalau ada kelapangan.. hehehe. Nt bila dah lapang, penyakit M pulak yg dtg... hihi

Ayu said...

Assalam cikgu,
kita terlepas pandang ler ada kuih talam suji kat sini..dah lama nak buat tapi tak terbuat2..beli tepung suji samapi dah kejung dalam plastic yang belum terbuka lagi..kuih2 yang lain jump queue..huhu..nak kena beli lagi tepung suji nampak gaya..

sedap nampak kuih ni cikgu..memang nak cuba lah satu hari nanti..

Nieza said...

sedapnya kuih ni kak...lama tak buat memang my fav ni..:)

norlie said...

terimalah award dari saya yee...

Sue @ Nenie said...

Salam Kak Zana..Wahhhh..kuih talam akak tu nampak sungguh menggoda....nyum nyum nyum..sedap nyaaaaa

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin