AISKRIM GORENG
(Asal: Lina.pg)
Bahan-bahan:
- 10 keping roti putih
- 5 scope aiskrim (apa2 perisa)
- Plastik wrap ( untuk balut roti)
- Minyak untuk mengoreng
- Cara-cara:
- Lembabkan roti dengan air /saya gelek jer roti tu..
- Skopkan aiskrim ke atas roti.
- Tutupkan aiskrim dgn sekeping roti lagi.
- Tekan acuan telur yang bulat tu (hana guna acuan spt di atas) supaya roti terputus (Pastikan roti bercantum supaya aiskrim tidak meleleh keluar)./saya guna cawan plastik .. idea dari catlina..
- Balut dengan plastik pembalut dan simpan dalam frezeer selama 3jam atau semalaman - hana simpan semalaman
- Keluarkan dari tempat pembeku dan goreng dalam minyak yang panas hingga kuning keemasan. Jangan lama, paling kurang 1-2min sahaja tp pastikan minyak sudah betol2 panas.
- Lembabkan roti dengan air /saya gelek jer roti tu..
22 comments:
kita duk kiv rcp ni lama dah tak terbuat2 lagi isk geram je tgk akak punya cantik
sedapnya ice cream goreng ni kak...nieza pun tak pernah buat lGI.. sekrng dh nk masuk musim panas ni boleh la mkn ice cream...kalau tak sejuk beku jer...hehe
Assallamualaikum.
Kak Zana... Dah mula la tu menggoda dgn aiskrim goreng dia tu...
menarik ni... anak2 mesti suka.
Dzana, ni nak tanya sikit soalan keluar tajuk. Ovelet yg selalu guna buat kek/apam tu halal ke ek?
Salam..Sedapppnya eskrem goreng ni...Agak-agak bilalah nak start project ni...
Salam kenal dari kak cek
Malam2 dtg jenjalan kat sini tgk ais krim goreng....cam sedap je tu...amik resepi dululah ya...
Assalamulaikum cikgu zana :D
pernah terbaca satu blog masak2 sikit ari dlu. dia buat gak ais krim grg. teringin nak buat tapi macam tak yakin bole menjadi. Tapi bila lihat zana punya bulat membukit macam gerammmm jer nak mencuba. "tak cuba tak tahu kan " hehehe
Salam Zana, waaah dah buat eskrem goreng tu eh...akak kan tgk terliur..tp x buat2 pun...lupa la kot..hahahaha
Assalam cikgu,
kita dah buat, tapi tergaring sangat rotinya..hhehe..tak cantik ler..
slurpppp...tapi sejak peknen ni mcm tak teringin lak nak mamam eskrem dgn yang seangkatan dgnnye..tapi tau sgt, memang sodapppp
Salam Kak Zana,
Kite dah lama dok berangan nak buat aiskrim goreng ni tak jadi2 lagi. kejap ada roti takde aiskrim. ada aiskrim takde roti pulak.hehehe
Ijan
Salam Kak Zana,
Kite dah lama dok berangan nak buat aiskrim goreng ni tak jadi2 lagi. kejap ada roti takde aiskrim. ada aiskrim takde roti pulak.hehehe
Ijan
pernah sekali mkn ais krim goreng.Teringin nak cuba buat tp bertangguh aje...
dah lama tak makan aiskrim.. aiskrim goreng lagilah dah lama tak makan... nak kena buat ni.. terima kasih krn mmberi inspirasi..
bila lah ita nak buat ni... anak dah dok tanya bila nak buat... dulu masa anak ita belajar kat muazam shah selalu beli kat pasar pagi kat situ.. mmg sedap! nanti ita nak cuba jugak resepi zana ni.. :)
kakkkk..nak ngoder eskrem goreng nihhhh..bila laa nk buat nih haa.
nmpk best jer.
re:tergelak bace komen akk kat n3 shouffle` tuh..yg terguna id anak tuh..hehee..
alahai, last akak makan aiskrim goreng ni masa kat Kelantan, tahun bila tah? sedap sgt! nak cuba la nanti....ish..cmne nak diet ni? geng2 masak menggoda sesangat!
kite bkenan kat meehoon goreng bwh tu...nmpak best sgt2!!
*eskrim tu x cair plak ye,elok molek je :p~
salam kak zana,
geramnya nampak eskrim goreng ni. cantik betul buatannya. tak keluar pun eskrimnya. waduh...sejuk. :))
mmm..sedap!tergoda..:p~
*slmt hr ibu :)
Kak,saya ptong guna tempt goreng telur tuhh,tp tk lekat je ..mcm mana?
Roti tu kena lembabkan dua2 roti ke apa?
Post a Comment