Sunday, April 17, 2011

MEE HOON GORENG LADA PUTIH

Macam dah lama tak goreng mee hoon putih ni.. sesuai utk kanak2.. untuk dewasa mesti digandingkan dengan sambal kicap..


MEEHOON GORENG LADA PUTIH


Bahan-bahan ( 6 orang )

  • 200 gm meehoon (direndam 30 min)
  • sedikit daging lembu dipotong kecil
  • 10ekor/lebih udang
  • 1 btg carot dipotong memajang(3cm)
  • sedikit sawi
  • 4 ulas bawang kecil*
  • 2-3 ulas bawang putih*
  • 1 cm halia*
  • sedikit garam, serbuk lada putih
  • daun bwg / hirisan lada merah/bawang goreng untuk hiasan
  • sedikit minyak untuk menumis
  • 1 cwn air

Cara-cara

  1. Kisar bahan bertanda* dan tumis sehingga naik bau.
  2. Masukkan daging, gaul rata, masukkan 1 cwn air, biarkan hingga daging lembut.
  3. Masukkan udang dan gaul rata biarkan 2-3 min kemudian masukkan garam dan lada putih.
  4. Masukkan carot dan meehoon, gaul rata, sehingga meehoon masak kemudian masukkan sawi., biarkan 2-3 minit.
  5. Semasa menghidang taburkan daun bwg/bwg goreng/hirisan lada merah. Enak dimakan bersama sambal kicap.

5 comments:

Acik Erna said...

assalam ieda..beehoon putih kegemaran akak dulu kini dan selamanya..
nak bnagi pedas akak letak cili api sikit dan lada hitam

Nora Shahaira said...

dah lama tak jenguk akak..tekanan la..tak tempat nak diluah dan minta nasihat..arghh tension..

dah lama tak masak mee hoon..nora suka lagi bihun putih gini, tapi bila masak..hubby akan tanya nape macam ni..itu adalah pertanyaan menandakan dia kurang berminat..

hana said...

salam mbak yuuu... kabare?? cuti pekerja nnti insyaAllah blk kampong medan... klu sempet nak terjah taman megah lah! boley ngak?? ah terjah ajer.. kekekekeke

bungkus satu kak! dua hinggit kan? kekekeke

Anonymous said...

Salam Kak Dzana,
Ni memang, sambal kicap adalah pelengkap.. :)
Tengok sup tulang akak tu, alahai sodapnye! n kena p cari tulang kamben la ni nampaknye. hehe

Ijan

Ayu said...

Assalam cikgu,
ada mee hoon goreng lada putih ni..favourite anak2 kita..sebab tak pedas..tapi maknya kena ada cili jeruk- cili padi ..baru best..hehe..cikgu punya mee ada bubuh daging my mr hubby suka ni..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin