Monday, April 4, 2011

Bluebery Cheese Tart

Cheese tart.. terapy untuk melegakan penat n stress .. bila melihat sana sini sibuk menukang tart .. saya cuba jugak untuk mengambil bahagian .. ampun la cikgu hasue.. seni visual akk macam fail, walaupun langkah2 demi langkah puas di renung n tenung.. untuk resepi cheese tart ini akk ucapkan ribuan terima kasih buat Azita Kitchen yang dengan ikhlasnya telah berkongsi resepi dan tips yang sangat membantu.. semoga rezeki ita terus melimpah ruah .. amin.. kalau akk tidak bekerja tentu cheese tart ni menjadi pilihan akk utk berbisnes.. hahaha.. tunggu pencen la kan... untuk yang lain2.. Hasue, Nieza dan Mas .. juga diucapkan terima kasih yer.. kerana telah berjaya mngoda akk menukang cheese tart yg sgt sedap ini... kalau nak melihat langkah demi langkah bolehlah menjengah ke dapur mereka..

Strawberi Cheese Tart
Resepi asal : Azita Kitchen

Tart Crust / Shell .

Bahan-bahan :
  • 170 gm marjerin
  • 50 gm gula aising
  • 1 biji telur Gred C
  • 290 gm tepung gandum
  • 1 sudu kecil esen vanilla
Cara membuatnya :
  1. Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu. Jangan putar lama sangat.
  2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh yang lembut.Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
  4. Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.
  5. Bakar pada suhu 170oC sehingga masak.
Nota :
Jika guna telur Gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi keras sangat.

Cream Cheese Filling
Bahan :
  • 250gm cream cheese
  • 50gm gula kastor / gula halus
  • 1 biji telur Saiz B
  • ½ sudu teh esen vanilla / esen lemon - Mas letak esen vanila
Cara membuatnya :
  1. Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
  2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
  3. Masukkan filling ke dalam kulit tat.
  4. Tuang cream cheese ke atasnya. Bakar selama 5 minit pada suhu 170c. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.
Tips untuk dapatkan cistat yang gebu dan montok(mengikut pengalaman Kak Azita.) :
  1. Jangan simpan cream cheese di tempat sejukbeku (frozen).
  2. Keluarkan cream cheese 30 ~ 40 minit sebelum digunakan. JANGAN biarkan cream cheese mencapai ke suhu bilik.
  3. Isi adunan cream cheese ke dalam piping bag untuk memudahkan proses mengisi adunan ke dalam crust.
  4. Picitkan adunan hingga penuh...hingga sampai ke bahagian sisi crust.

13 comments:

HaSue said...

fail apanya kak..dah cantik dan berseni ghupanya tu..mcm sekuntum bunga di gurun sahara..hehe. nanti nak wat lg laa..utk adik..akak nyer tart tu gebus tul..suke tengok!sedap kan resepi kak ita nih

Mas said...

betul tu kak..dah cantik cistart akak ni...
sedappkan cistart ni..mas suka...

Chik Mimi said...

kak cayang utk adinda yg jauh dimata ni tak de ka?cantik ler akak buat

MekNa said...

huhuhu...cumil sgt tat tu...dulu kita wuat bisnes tat ni. Mmg best tp x tahan kena berjaga malam...siang dh le keja...so pencen sat dulu

Bee said...

k Zana, saya pun kena siapkan order tart b4 friday...:)

Wanieyra said...

cantiklah lah tu...siapa kata tak cantik, nampaknya kena belajar dengan akak juga ni

Ummuafiq Hashim said...

Suka makan tart tapi belum pernah cuba buat ...he..he..

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

cantik & mungel jer kak... tergelak baca istilah bertukang tu, kak.. terasa lak sy ni yg slalu bertukan cistat... hahaha

Nadz Nazharzan said...

Kak Zana, Naz tak pernah buat cheese tart.. Rasa akak punya dululah..

Nadz Nazharzan said...

Kak Zana, Naz tak pernah buat cheese tart.. Rasa akak punya dululah..

Unknown said...

Assalam kak Zana, sorry lamabt singgah sini..lately ni bz sikit...cantik la cis tart akak ni...memang cun nieza buat juga tak cun nanti kena cuba lagi tapi memang sedap nieza suka..:)

Halida Ramli said...

rindu nyer ngan cikgu punya kuih...

ALPHA LIPID SD2 jaja said...

cantiknye cheese tart awak....saya baru buat egg tart...rasa jadi...tapi rupa lak tak lawa....nice blog....tinggal jejak disini...jemput la ke blog saya...jika berkesempatan....

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin