Saturday, July 3, 2010

Coffee Chiffon Cake

Therapy stress untuk 2 minggu sudahhh... rasanya sana-sini-sinun @ rata2 geng kaki masak dah buat kek ni... ampun lah.. tak dapat nk menyenaraikan nya.. saya sebenarnya tak berapa minat sangat pada kek cipon ni.. tapi bila kwn2 dah mencuba n membuat tayangan amal.. kita pun rasa mcm nk cuba.. balik sekolah (jumaat) terus ke kedai membeli acuan kek ni.. sudahnya memang menjadi betul kek cipon CMG ni.. anak2 suka pulak.. ibu pun ikut jadi suka.. lepas ni memang nak buat lagi.. TQ Cik Mat atas resepi yg mudah n mjadi ni.. rspi CP dari dapur Izah Muffin Lover tuh.. rasanya kat dapur dia masa tayang kek cifon ni.. n terkini kat sini.. hihihi

Blueberry Chiffon Cake
Sumber:
Cik mat Gebu

BAHAN A :-)
4 kuning telur
70 ml susu cair
70 ml minyak jagung (kalau tak de, boleh guna minyak masak)
45 ml air
100 g gula halus
1 camca besar bluberry paste -saya guna 2 sbcoffee paste
2 camca besar blueberry filling - x letak laa...
150 g tepung halus (mat guna tepung gandum je)*
1 camca teh baking powder*
Secubit garam halus *(*disatukan, gaul rata dan ayak)

BAHAN B :-)
4 putih telur
90 g gula halus
Secubit cream of tartar

CARA MEMBUATNYA :-)
Panaskan oven pada suhu 175C. Siapkan tin chiffon berukuran 23cm...JANGAN...lenser dengan apa2, biar macam tu saja. Dalam satu belas, campur semua bahan2 "A" dan kacau dengan whisk hingga semua sebati dan mesra. Ketepikan.
Dalam mangkuk adunan yang bersih dan kering. Masukkan putih telur, putar pada kelajuan sederhana hingga berbuih, masukkan gula halus dan cream of tartar, putar pada kelajuan tinggi hingga menjadi "meringue" seperti gambar no 2.
Kemudian masukkan "meringue" tadi ke dalam adunan no 1 dan gaul rata menggunakan kaedah kaup balik. Tuang dalam tin chiffon tadi. Bakar 40 - 45 minit hingga permukaan kek nampak kuning keemasan, kering dan kek sedikit mengecut di bahagian tepi2nya.
Keluarkan dari oven dan dengan berhati2, terlungkupkan tin tadi dalam posisi terbalik (seperti dalam gambar). Biar kek sejuk sepenuhnya dalam keadaan macam tu. Kemudian sisip tepi kek dengan pisau kecil dan tarik keluar. Sisip juga bahagian bawahnya supaya mudah tanggal. Boleh lah hidangkan......Selamat mencuba...


CATATAN MAT GEBU :- Kalau letak gris pada tin kek, nanti kek tu tak boleh nak "hold" dan mudah jatuh balik. Lagi satu kalau nak buat kek chiffon pandan, ganti susu cair tu dengan santan dan blueberry paste tu pulak dengan pandan paste....blueberyy filling tu tak payah lah letak yeaa...Proses yang lain semua sama seperti di atas, lagi satu..resipi ni mat guna telur gred "B"


3 comments:

Unknown said...

Sempat jugak menchiffon yek?

CatlinaFly said...

kak zana...nak..nak...(menunggu2 kak zana datang umah time cuti sekolah tu hari..)...huhu akak bizi eh..

maz said...

salam kak...amboi..mkn cpon xajak kita ye cikgu ni..hehe..kita pun trasa2 nk buat cpon je...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin