Thursday, July 1, 2010

Rich Marble Choco Cake Sheila Mambo

siaran tertunda.... resepi berantai kali ni di CP dari dapur kak nor...

RICH MARBLE CHOCO CAKE SHEILA MAMBO

sumber dr rumah Ika

Bahan-bahan :-
125 gm dark coklat, dicincang dan dicairkan
125 gm mentega
125 gm gula kastor>>cuma 115g jer
2 bj telur, dipukul ringan
155 gm tepung naik sendiri
80 ml susu cair [saya guna susu segar]>>yg ni pun kita guna fresh milk
1/2 sdt esen vanila

Cara-cara :-
  1. Panaskan oven terlebih dahulu.
  2. Pukul mentega dan gula sehingga kembang.
  3. Masukkan telur sedikit demi sedikit dan esen vanila. Pukul lagi.
  4. Tuang susu dan selang seli dengan tepung. Gaul adunan sehingga sebati. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
  5. Satu bahagian dimasukkan dark coklat yg telah dicairkan. Manakala satu bahagian dibiarkan kosong.
  6. Griskan loyang. Tuang adunan plain diikuti adunan coklat. Lakukan sehingga habis kesemua adunan. Lorekkan dgn garfu atau toothpick untuk menampakkan corak.
  7. Bakar pada suhu 170'C selama 45 minit atau sehingga masak.
  8. Sejukkan dan bolehlah dihias dengan topping.

1 comment:

kakchik said...

salam kak zana. rajin betul akak buat kek. best la keluarga akak asyik dapat makan pelbagai jenis kek. kakchik juga yang kena beli. tak pandai buat sendiri.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin