Sunday, July 11, 2010

Tart Nenas

Mud raya pulakkk... saja nak melayan tekak yang terasa nak makan tart yang baru kuar oven.. inilah hasil kerahan kerja bersama my sis yang balik kg pada hujung minggu lepas... baru sempat nk post N3 hari ini... resepi hasil geladah di dapur kak ina KL .. dah banyak kali menggunakan rspi kak ina ni.. terima kasih kak...
Bahan-bahan
120 gm marjerin -akak gunakan mentega semuanya 250gm jadi kena tambah tepung sikit.
120 gm mentega
60 gm gula aising
1 biji kuning telur
1 sudu teh vanila
330-350 gm tepung gandum*
50 gm tepung jagung*
* ayak

Bahan jem nenas
450 gm parutan nenas – tapis
1 camb jus limau nipis
180 gm gula pasir
1 batang kulit kayu manis


Cara membuat:
1. Pukul marjerin, mentega, gula, kuning telur dan vanila hingga sebati.
2. Masukkan bahan ayak. Gaul rata menjadi doh.
3. Canai setebal 4 mm. Terap dengan acuan berbentuk kelopak pecah 6.
4. Angkat dengan hujung pisau dan tekan ke dalam mangkuk kertas yang diletak di dalam tin 'patty' berlubang saiz sama.
5. Tekan jem yang sudah dibentuk bulat di tengahnya.
6. Canai nipis sebahagian doh, potong bentuk jejari dan letak di atas jem.
7. Bakar pada 175 C selama 15-20 minit atau hingga keemasan.
8. Untuk Jem: jerang semua bahan atas api sederhana hingga agak kering. Angkat dan biar sejuk.

6 comments:

izahdaut said...

salam cikgu..nih boleh tempah nih..comel tul..nanti bleh cikgu tunjuk camne nak gulung tart tu?hehhee...comel sungguh

maz said...

sma la kita kak...dah smbut raya..hehe..kita pun dah 2x buat..lepas kmpunan lama xmkn msa duk jauh dlu...

fmina08 said...

amboi2 akak!!da menge'tart' dah dia...nti blk kg leh tempah kat akk...saya jual kt sini..ok x??? :P

kaklong69 said...

NAK ODER BOLEH TAK CIKGUUU...TRY LA WAT TART APPLE HIJAU LAK

openid said...

Salam Kak Zana,

Wah wah awalnye mood raya... puasa pun sebulan lagi neh. hehe...

Ijan

CatlinaFly said...

nak gi raya rumah akak!!!! hehehe..faveret tau tart nenas nih!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin