Wednesday, March 17, 2010

Steak With Mushroom Sause

Cuti sekolah berbaki 3-4 hari lagi... huuu.. kelas tambahan, SMM, pembinaan item, fail, report n mcm2 lagi nak dibereskan dalam masa cuti ni.. mane mungkin.. nak menjahit , nak masak, nak jalan2.. arggghhhhhhhhhhhhhhhhhh.....

Jom makan2.. steak beli yg dah siap berempah dari care four... Untuk sos cendawan resepi dari dapur Ita nun jauh di bumi jepun.. tq ita .. akak copypaste sahaja..

Bahan-bahan ( 4-6 orang )

  • 2 sb mentega*
  • 1-2 biji bawang besar* - didadu- ita guna 1/2 biji bawang besar je
  • 1 sb mentega
  • 1 sb tepung gandum
  • 100 ml air rebusan daging - guna kiub je
  • 2 sb tomato paste
  • 1/2 sk serbuk lada putih
  • 1 sb kicap masin
  • 2 sb kicap manis
  • 100 ml susu cair/fresh cream
  • 150 g cendawan butang dlm tin - sy guna yang fresh
  • 1 sk hirisan daun basil/selasih - tak letak
  • garam secukup rasa -

Cara-cara

  1. Tumis bahan bertanda * hingga layu dan angkat dan ketepikan.
  2. Di dalam kuali yang sama,panaskan mentega dan masukkan tepung gandum dan kacau.Kecilkan api.
  3. Kemudian masukkan kesemua bahan2 yg lain juga bawang goreng tadi dan kacau hingga sebati.
  4. Siap untuk disajikan.

Kentang rebus kemudian bakar sebentar brsama slice cheese... sedapp anak2 suka .. mak anak pun suke.. kobis plus carot.. mayonis, lada hitam, sedikit kismis..

1 comment:

Anonymous said...

Salam Kak Zana,
Sedapnye makan dengan mushroom sauce!
Ijan

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin