Bahan2.
- 125 g tepung gandum*
- 1 sk baking powder* (*ayak bersama)
- 115 g gula halus
- 1/2 sk penuh ovallete
- 4 1/4 sb susu cair
- 1 biji telur - A
- 1/2 sk esen vanilla
- 1 sk choc. pes (akak guna 1 sb koko dibancuh air jadikan pes)
- Panaskan kukusan.Sediakan papercup beralas mangkuk alum.
- Pukul semua bahan kecuali choc pes hingga sebati dan pekat.
- Adunan dibahagi dua dan bubuh choc pes pd satu bahagian.
- Bubuh adunan berselan-seli dlm papercup yg tersedia hingga habis.
- Kukus hingga mekar selama 10-15 min dgn api kuat.
- Sejukkan kuih dan boleh disajikan.
2 comments:
salam kak zana
ingat berlawan senyum dengan sape. cantik n gebu kuih tuh. posto posto
huuuuuu....gebunye. kita buat xjd la. entah apa silapnye.....
Post a Comment