Sunday, October 11, 2009
Saturday, October 10, 2009
Moist Brownies..
Untuk tayangan sahaja.. kat sini dah abis.. klau nak rasa boleh tumpang makan kat rmh AlongRoz.. hihihi.. promosi ni along... jangan marah... rspi dari dapur k zai kita.. oleh Chef Hanieliza .. tq kak liza n kak zai.. respi copy paste dr dpur kak zai utk dikongsi kepada kwn2 yg lain.. yummmyyy..
Bahan A
1 cawan susu cair
1 cawan butter cair
1 cawan air panas
2 cawan gula perang [brown sugar]
Bahan B [kacau rata]
2 biji telur gred B
1 s/k esen vanilla
Bahan C
[ayakkan]
2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko - sy guna serbuk koko Van Houten
1 s/k baking powder
1 s/k soda bikarbonat - sy guna 1/2 sudu kecil je
Cara
1. Panaskan oven pada suhu 175'C selama 10 minit.
2. Kacau bahan A supaya sebati.
3. Masukkan bahan B.acau rata.
4. Masukkan bahan C dan gaulkan supaya sebati.
5. Lapikkan kertas dalam loyang 10x 10 inci.
6. Bakar selama 45 - 50 minit.
7. Sejukkan kek dan salutkan dengan kerim coklat.
Chocolate Topping
Bahan250 gm cooking coklat [cap tulip]- sy guna Van Houten cooking choc.
1 s/b butter/majerin1 s/k susu cairCara
1. Panaskan coklat dalam periuk/bekas secara double boil.
2. Bila coklat telah cair tutup api dan campurkan butter. Kacau sebati.
3. Masukkan susu cair dan kacau lagi.4. Salutkan pada kek dan hias mengikut kesukaan
Hutan Simpan Banang Minyak Beku..
Thursday, October 8, 2009
Telur Bungkus...
Monday, October 5, 2009
Tart Nenas
Tartttt gedabak..dengan jem yang mewahh.. dah kali ke 3 buat tart nih.. kali ke 3 semalam.. cepat sold out...ada lagi sikit tuh.. sesapa yg nak rasa kene lh dtg braya ke rumah.. resepi angkut dr dapur kak ina kl.. tq kak ina...
Bahan-bahan
120 gm marjerin -akak gunakan mentega semuanya 250gm jadi kena tambah tepung sikit.
120 gm mentega
60 gm gula aising
1 biji kuning telur
1 sudu teh vanila
330-350 gm tepung gandum*
50 gm tepung jagung*
* ayak
Bahan jem nenas
450 gm parutan nenas – tapis
1 camb jus limau nipis
180 gm gula pasir
1 batang kulit kayu manis
Cara membuat:
1. Pukul marjerin, mentega, gula, kuning telur dan vanila hingga sebati.
2. Masukkan bahan ayak. Gaul rata menjadi doh.
3. Canai setebal 4 mm. Terap dengan acuan berbentuk kelopak pecah 6.
4. Angkat dengan hujung pisau dan tekan ke dalam mangkuk kertas yang diletak di dalam tin 'patty' berlubang saiz sama.
5. Tekan jem yang sudah dibentuk bulat di tengahnya.
6. Canai nipis sebahagian doh, potong bentuk jejari dan letak di atas jem.
7. Bakar pada 175 C selama 15-20 minit atau hingga keemasan.
8. Untuk Jem: jerang semua bahan atas api sederhana hingga agak kering. Angkat dan biar sejuk.
Saturday, October 3, 2009
Slice Cheese Cake
Friday, October 2, 2009
Kerabu Tomato Ikan Bilis
Bahan-bahan ( 3-4 org )
2 biji tomato - buang empulurnya n dihiris
segenggam ikan bilis goreng (bilis yg dh dikupas)
1/2 biji bwg besar - dihiris
3-4 biji chili padi (bergantung thp kepedasan) - dihiris
1 btg serai - dihiris
garam
gula
air lemon - optional
pak aji - klu suka
Cara-cara
Ikan bilis goreng tumbuk kasar. Kemudian gaulkan semua bhn2 n perasakan ngan garam n gula. Klu nk lebih masam bleh letak air lemon.
Dah siap!! bleh la dihidang.......
Marhabannn...
Wednesday, September 30, 2009
Rayeeee....
teman tetap mesra .. di pagi rayee..
Tuesday, September 29, 2009
Baby baby Cyber Terkiniiii...
Koleksi anak sedara cyber ku sehingga penghujung september nih.. kihkihkih.. tahniah untuk Hana sekeluarga atas kelahiran anak ke tiga di bumi jepun .. muhammad darwish haidher ..semoga hana@ Ina cepat sihat.. n selamat berpantang...
Baby Mikael anak teruna Ijan di Findland.. Tahniah juga buat Ijan n en hb.. atas kelahiran cahaya mata pertamanyer.. rasanye dah hampir sebulan ijan menempoh alam berpantang.. mikael pun dah nampak semakin tembam n cerdik...kepada ibubapa yang anak2nyer kene kipnap cyber nih.. jgn marah yer.. SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR N BATIN
Saturday, September 19, 2009
Kad Raya Ell...
Wednesday, September 16, 2009
Selera Mangkuk Tingkat...
Kad Rayaaaaa...
kad dpd ijan .. yg masih dalam pantang n beraya di finland...semga bertambah bahagia bersama en hb n baby mikael...Monday, September 14, 2009
SALAM AIDILFITRI ...
Sempena menjelang Syawal tak lama lagi.. kesempatan ini diambil untuk memohon ampun dan maaf kepada semua rakan blogger di tanahair dan diperantauan .. atas kesalahan, kesilapan, usikan, teguran,kenyatan dan macam-macam yang lagi telah terguris atau berbekas dihati.. sepanjang bersahabat di alam nyata atau di alam cyber.. Semoga persahabatan yang terjalin berpanjangan... Rakan Blogger yang berkunjung sudi-sudikan lah mengangkut kad raya tuh sekali..MAAF ZAHIR DAN BATIN ... IKHLAS DPD DZANARIAH SEKELUARGA..
Fruit Triple
Subscribe to:
Posts (Atom)









