4- 5 hr kami sebahagian adik bradik n anak branak berulang alik ke Putra Specialist Hospital Batu Pahat.... n episod berakhir pada hari ini..Thursday, July 16, 2009
Syukur Alhamdullilah....
4- 5 hr kami sebahagian adik bradik n anak branak berulang alik ke Putra Specialist Hospital Batu Pahat.... n episod berakhir pada hari ini..Sunday, July 12, 2009
Meehoon Sup
Menu dinner.. sempoi jer..dah lama tak buat meehoon sup.. sedap juga.. yg penting mesti ada sambal kicapp.. dah utk hari ni.. nak balik kg kejap...selamat berhujung minggu...Strawberry Cake
Klau ada strbry fresh mesti sedap nih.. guna paste.. so kureng lh sikit.. n trpaksa layan jugakk...bahan2
250 gm butter*
200 gm gula kastor*
4 biji telur 'A'
250 gm tepung naik sendiri di ayak
srtawberry paste
cara2
1. pukul * hingga berkrim/kembang/gebu.
2. masuk telur n pukul lagi
3. masuk tepung n paste.. putar sebati
4. bakar 180C 45 min..
Saturday, July 11, 2009
Baby Cyberrrrrrr....
Ni .. anak sedara cyber yg paling dekat.. baby nih dah beso sikit dah gi jln soping2.. baby E-ein anak dara Dr Catlina n Cgfly.. masa dalam pantang sempat mjengok.. jap lagi tentu dapt peluk cium baby cute ni tau..tunggu.. rinduuu e-ein..Pas nih.. on the way.. hana, cik min, farah, ijan.. ada lagi saper2 ..... masz ke.... kihkihkih..
Honey Prawns
Menu semalam jugak.. kebanyakan blogger kaki msk dah mencuba.. mmg class n jempooollllll... rspi oleh dayang.. tq dayang berkongsi rspi..Bahan-bahan
400 gm udang basah (diperap bersama serbuk kunyit, garam dan 1 sudu makan tepung jagung selama 10 minit. Kemudian digoreng sehingga garing) -
1 labu bawang besar*
1 biji cili merah*-
3 ulas bawang putih*
3 sudu makan madu (dibancuh dgn 60 ml air)
2-3 biji cili api (diketuk)-
1 sudu makan sos cili
1 sudu makan jus lemon (kalau xde, boleh guna jus limau kasturi, limau nipis atau jus oren)
sedikit daun ketumbar (dihiris)
1/2 sudu besar kicap pekat
Cara-cara
Kisar bahan2 bertanda *.
Panaskan sedikit minyak di dlm kuali. Tumis bahan2 kisar hingga garing.
Masukkan madu, kicap dan sos cili. Kacau sedikit. Kemudian masukkan cili api dan daun ketumbar.
Setelah kuah agak kering, masukkan udang, jus lemon dan daun ketumbar. Gaul mesra selama 10 saat. Tutupkan api. Hidangkan.
Friday, July 10, 2009
Posto..posto...
yeh yeh posto..yeh yeh posto...dah mcm2 giller.. kali ni giller tudung pulakk.. bukan ikin .. tpi mcm ada saham nama sikit kat brand tudung ni deZahra gitu.. dah 4 helai koleksi tudung ni.. semuanya plain kaler.. kualiti.. mmg puas ati ..n selesa dipakai ..regenyer pulak mmg berbaloi ..yg warna warni pun ada ..cam pengacara Tv3 pakai tuh.. ini mcm promosi tau nannie.. ada komesin ke.. hahaha... kengkwn yg nak cyber soping tu boleh dtg sini atau sini n sini balik untuk oder...ok nannie..tqvm..Sambal Lonteh
Siaran tertunda juga.. rspi yatiechedet20 di MYR.. slalu gak buat sbb rspi ni mmg fames utk kuturunan jawa... tak caya tanya hana jepun tuh.. kebetulan ada di MYR so CP jerk senang kan.. TQ yatie n MYR.. sambl nih boleh jugak digunakan utk buat urep/kerabu.. cuma tambahkan kencur (buah n daun) jer..pucuk ubi, taugeh atau kacang panjang ...confirm jempolll...Bahan-bahan ( 5 orang )
3 biji cili merah
10 biji cili api hijau + merah
1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 biji limau kasturi
1 camb ikan bilis
sedikit gula
sedikit minyak untuk menggoreng
Cara-cara
sediakan bahan2 untuk digoreng sebentar
goreng dahulu ikan bilis dan bawang merah/putih sehingga garing. toskan
goreng pula cili merah, cili api sehingga layu sahaja, jangan lupa tutup kuali takut cili api meletup. ketepikan
tumbuk semua bahan tadi sehingga agak lumat dan curah limau kasturi tadi.
sedap dimakan dengan nasi putih hidangan tengahari atau cicah dengan ubi rebus, tanak pulut dan goreng pisang.
Kari Ikan Merah..
Awas.. ini siaran tertunda.. masak2 hr rabu... dah lama tak msk kari .. mmg best.. kari vs smbl lonteh vs kobis goreng vs telur masin.. jgn lupa nasiiii....Wednesday, July 8, 2009
Gillerrr Perfume....

Tak tau lah ori ke idak.. janji ada bauuuuu.. nak beli di kaunter mmg belum mampu.. so saja layan soping2 online... di bilik guru mmg ada jer promoter sukarelawan.. tukang kutip oder.. tukang segala tukang.. aku punya yg cenonet jer kat depan tuh.. saja nak try beli kecik2 dulu.. dah lama pakai bodyshop..so bila nak btukar ni cam kena ambik masa sikit.. kononnnn.. harap2 kwn semua espc yg dah beli nih..spry lah kat tmpt yg patut2.. hehehe.. Jai selaku pengelola soping2 online nih.. terima kasih bbyk.. jgn marahhhhh....
Serimuka Brown
Tergoda dengan ayat2 are-Ryouri.. mmg sedapp.. komen biasa anak2..ibu ni buat kuih org tua.. syamira belasah yg brown jer.. ibu kene makan puluttt..lain kali kene kurangkan pulut ek..coz semua nak mkn yg brown jer... resepi copy paste dr dapur are.. TQ are brkongsi rspi..Bhn2;
1 3/4 cwn pulut
2 cwn santan cair
secubit garam
bhg atas:
2 cwn santan
1/2 cwn gula merah
1/2 cwn tpg gandum
1 sdb tpg jagung
1sdb tpg beras
1biji telur
secubit garam
Cara2
Kukus pulut dlm loyang hingga masak then kuarkan dan ditekan2 skit dan diratakan.
Untuk lapisan bwh, campur santan, telur, gula, tepung gandum, tpg beras, tpg jagung dan di blender or dikacau sebati. Kemudian masukkan telur dan di kisar sekejap.
keluarkan dan seeloknya cedok buang buih nyer.
Kemudian tuang ke atas pulut tadi dan kukus api sederhana selama 10-15 minit
Jagung Kukus
Kes kempunan nak mkan jagung kukus masa hr kantin hari tuh.. so buat sendiri n mkn anak beranak...puas ati daaaa...Award dari Mimi

Terima kasih banyak Mimi ek... ngeri gak bila ku amati betul2 award nih.. ye lah.. mudah-mudahan.. usia semakin singkat.. angka yg bertambah.. beringat-ingatlah selalu.. TQ again Mimi kerana meningatkan akak yg selalu lupaaaa.....amin...
Sunday, July 5, 2009
Tom Yam Khung
Menu utama main masak2 hujung minggu.. best betul resepi nih.. kalah mega seafood .. resepi ni mmg standart warong thai yg bersepah kat BP... mask sendiri semua nya mmg boleh letak extra.. mudah menyediakannyer ..pas ni no more kiub miub lagi... resepi mama myvi di MYR.. TQ mama n MYR again.. ampun jugak kerana CP rspi... Bahan-bahan ( 4 orang )

6 cawan air
2 inci lengkuas (diketuk)
2 batang serai (diketuk)
1 labu bawang besar
5 helai daun limau purut
300 gram udang
5 biji limau nipis
cendawan tiram (ikut suka)
10 biji cili api (belah dua)
garam dan gula secukup rasa
Cara-cara
Masukkan air, lengkuas, serai, bawang besar & daun limau kedalam periuk. Jerangkan atas api sampai mendidih.
Kemudian masukkan udang dan perahan air limau. Jangan dikacau sehingga udang berubah warna.
Kemudian masukkan pula cendawan dan cili api. Perisakan dengan garam dan sedikit gula.
Sedia dihidang.

Ayam Goreng Pedas
Resepi oleh suka masak di MYR.. n mcm biasa CP jer nih.. mmg crispy.. derhaka sikit kat rspi nih.. pepanadai tukar lada kisar ke serbuk lada.. rasa kurang pedas sikit.. anywy tetap sedap.. TQ suka masak n MYR..Bahan-bahan
2 keping dada ayam (potong-potong memanjang)
4 sudu besar tepung gandum
4 sudu besar tepung beras
1 biji telur (pukul sedikit)
* 10 batang cili kering (kisar kering... tukar sebuk lada
* 3 ulas bawang putih (tumbuk lumat)
* 1 sudu besar sos worchester (optional.. tak letak coz tak tau mende apa nih...
* gula, garam, serbuk lada hitam, serbuk lada putih
2 keping dada ayam (potong-potong memanjang)
4 sudu besar tepung gandum
4 sudu besar tepung beras
1 biji telur (pukul sedikit)
* 10 batang cili kering (kisar kering... tukar sebuk lada
* 3 ulas bawang putih (tumbuk lumat)
* 1 sudu besar sos worchester (optional.. tak letak coz tak tau mende apa nih...
* gula, garam, serbuk lada hitam, serbuk lada putih
Cara-cara
Campurkan bahan-bahan bertanda * kepada potongan ayam. Gaul & perap sekejap. Nak perap lama pun bagus juga.
Panaskan minyak untuk menggoreng. Sementara itu, campur sebati kedua-dua jenis tepung.
Ambil ayam yg telah diperap tadi, celup rata ke dalam telur. Kemudian golek-golekkan pula ke dalam campuran tepung.
Gorenglah ayam yg telah disalut tepung tadi hingga keemasan.
p/s: langkah no.3 boleh diulang 2 kali (telur-tepung-telur-tepung) untuk lebih kerangupan
Kobis Goreng Sos Tiram
Menu hr nih.. kobis goreng dengan udang kering , udang basah n sos tiram , last bubuh tepung jagung yg dibancuh dgn air...Meehoon Goreng lagi....
Sarapan pagiiiii......... dengan penuh keazaman hr ni.. bangun pagi.. n plan nak tunaikan sebahagian hajat yg belum kesampaian.. hajat ape tuh.. hajat makannnnn le.....dimulai dgn sarapan pagi... meehon goreng dgn extra taugeh n daun bawang.. pas ni ada org yg merungut meehoon byk sampahhh... hehehe...Ikan Bawal 3 Rasa
Menu hr sabtu jugak.. berkenan masa mengintai dapur kak ina kl... tuan rspi asal cik mat gebu.. tq CMG ..rspi CP dr rmh kak ina... TQ kak ina juga...Bahan Utama:-
2 ekor ikan bawal hitam sederhana besar
1 camca teh serbuk kunyit
1/2 camca teh garam
3 camca besar tepung jagung (*ni Ummi tambah)
4 batang putik jagung - hiris serong
1/4 ketul bunga kobis - potong kecil
1 batang lada merah - akak potong memanjang
1 batang seleri - hiris serong-tak letak
1 biji tomato - belah 6
1 camca besar gulaAkak tambah ---capsicum dan cili hijau
Bahan Tumis:-
1 biji bawang besar - akak hiris bulat
2 ulas bawang putih - hiris halus
1 inci halia - diketuk
1 camca besar cili kisar
Bahan Sos:-
2 camca besar sos tiram
2 camca besar sos tomato
1 1/2 camca besar sos cili
1 camca besar kicap cair
Cara Memasak:-
Lumur ikan yang telah dicuci bersih dengan serbuk kunyit dan garam dan salutkan dengan tepung jagung. Goreng hingga garing. Angkat dan ketepikan.
Dalam kuali yang sama, ceduk keluar minyak dan tinggalkan kurang lebih 3 camca besar.
Masukkan bahan-bahan tumis dan goreng hingga garing.
Kemudian masukkan bahan sos kecuali kicap cair. Gaul hingga rata.
Masukkan semua jenis sayuran dan masak 2 - 3 minit.
Masukkan kicap cair dan gula. Kacau rata.
Tambah 3 camca besar air, kacau dan masukkan ikan bawal tadi. Gaul dengan sos biar mesra.
Angkat dan hias dengan daun salad sebelum dihidangkan.
Friday, July 3, 2009
Yong Tau Fu
Projek balik sekolah hr ini.. dah lama teringin nak mkn n nak buat sendiri ..sejak terpandang di dapur hana jepun dulu2..resepi oleh minami di MYR... mmg sedapp kuah yong tau fu nih n tak susah untuk myediakannyer.. resepi CP dr MYR .. tTQ minami n MYR...Bahan-bahan ( 5-6 orang )
10 tangkai cili kering
gula melaka atau kurozato
bijan goreng
gula(kalau kurang manis)
1 s.k garam
3 cm belacan
300 ml air
1 sudu besar minyak
1 1/2 s.b tepung jagung dibancuh dgn 50 ml air
sedikit ajinomoto
Cara-cara
1. Masukkan minyak dalam kuali. Goreng cili kering sehingga garing dengan api yang kecil.
setelah garing, angkat dan blend cili kering dgn sedikit air.
2. panaskan air bersama gula melaka. Masukkan cili yang telah dikisar tadi dan juga belacan.
3. setelah mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.
4. masukkan garam, ajinomoto dan gula(jika gula melaka kurang manis).
5. masukkan bijan goreng dan siap untuk dihidang bersama chikuwa, kanikama dan lain-lain.

Puding Milo
Projek syamira..msa ponteng sekolah agama rabu lepass.. serbuk agar2 , 3 paket milo 3 in 1, gula n air...Roti John Malas...
Subscribe to:
Posts (Atom)









Angkut jgn tak angkut... TQ anawahid utk hadiah yg bermakna ini.. TQ atas ingatan....







