Assalamaualaikum dan Selamat Sejahtera.
Menu ringkas sahaja hari ini.. mencuba memanggang sotong dengan pemanggang ajaib.. baru punya.. dah lama berangan nak membelinya, tpi bila memikirkan byk gadget2 yg berabuk di rumah, terus pendamkan sahaja.. tapi bila memandang org berebut2 membelinya semasa melawat Langkawi baru2 ni.. saya pun ikut sama tergoda n TERbeli... murah sahaja saiz besar berharga RM79.90, jenama HIG.. klau tak guna rasanya tak lah menyesal sangat.. hihihi.. gitu pulak niatnya..
Resepi saya olah sendiri, ikut stok yang ada didapur.
SOTONG BAKAR BERSAMBAL
Bahan-bahannya
Sotong (saiz besar).. pemberian jiran hasil mencandat di pantai Mersing.
10 tangkai lada kering - dikisar
4 ulas bawang kecil
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
4 biji buah keras
1 btg serai
2 sudu besar sos tiram
air asam jawa -secukupnya
garam dan gula
Sedikit minyak masak
Cara2:
1. Sotong dibersihkan dan dikelar (tidak putus)
2. Kisar semua bahan (lada, bawang. buah keras dan serai)
3. Masukkan sos tiram dan air asam jawa.
4. Perasakan garam dan gula dan akhir sekali masukkan minyak masak
5. Ratakan sambal ke atas pemanggang letakkan sotong dan tutup permukaan sotong dengan lebihan sambal.
6. Masaklah lebih kurang 5 -6 minit, untuk keringkan air saya buka tutup pemanggang dan teruskan memanggang (balik2kan sotong) sehingga masak. jgn terlalu lama kerana sotong akan menjadi liat.