Wednesday, June 5, 2013

NASI AYAM ISTIMEWA

 Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera..
Nasi Ayam Istimewa yang sangat sedap katanya... woooo.. memang sedap.. terima kasih Azie di Azie Kitchen.. saya CP bulat2 dari dapur Azie.. boleh tgok SINI ada step by step ..

Nasi Ayam Istimewa
Oleh: Azie Kitchen

Bahan-bahan ( 6-8 orang )
Untuk rebus
1 ekor ayam dipotong ikut suka besarnya
2 ulas bawang putih
2 cm halia yg diketuk


Untuk perap
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos tiram
1 cm halia
2 ulas bawang putih
Sedikit kicap cair

Sedikit minyak bijan

Ayam dipotong ikut suka besarnya, bersihkan dan di lumur dengan 2 ulas bawang putih yg ditumbuk dan 2 cm halia yg diketuk. Rebus sehingga empuk.

Toskan ayam dan perap dengan bahan-bahan perap dan tabur sedikit gula dan garam. Simpan dalam peti ais selama 15 - 20 minit. Lumurkan sedikit madu. Goreng hingga keperangan. Angkat ayam dan diketuk sedikit sebelum dihidangkan.
Tips: ayam digoreng sekejap sahaja iaitu secara "Touch N Go", barulah ayam 
 lembut.   

Untuk nasi
5 cawan beras.. saya masak  2 1/2 cwn sahaja..
3 sudu besar butter
1 cm halia - ditumbuk
4 ulas bawang putih – ditumbuk
air rebusan ayam secukupnya
Sedikit garam
1 bunga lawang
2 buah pelaga
1 kayu manis
1 batang serai – ketuk

2 helai daun pandan
Pewarna kuning

Basuh beras dan toskan. Panaskan butter, tumis bahan penumis, daun pandan, serai, halia serta bawang putih hingga garing. 
Masukkan beras dan goreng sekejap sehingga terbit bau. Masukkan air rebusan ayam secukupnya dan garam. Masukkan sedikit pewarna. Masak seperti biasa. 

Untuk sos
5 biji cili merah
5 ulas bawang putih
2 cm halia
1 sudu teh cuka

1 sudu teh garam 
1 sudu teh gula
1/2 cawan air rebusan ayam

Blendkan semua bahan di atas. Boleh ditambah tomato sos/sos cili jika suka. Boleh juga dimasak sebentar (jika suka)

Untuk sup
Air rebusan ayam
1 biji bawang besar kisar
Rempah sup
Garam
Daun sup yg dihiris.

Air rebusan ayam didihkan bersama bawang besar, rempah sup, garam dan daun sup tadi. Tabur bawang goreng sebelum dihidangkan.

Untuk kicap 
Kicap manis cap kipas udang
Gula
3 biji cili api (jangan banyak takut pedas)

Air rebusan ayam

Masukkan kicap manis, gula dan cili api ke dalam blender dan kisar sampai jadi pekat.






6 comments:

Gee® said...

Sedap yer...? nak ckit nasi ayam...

Sue @ Nenie said...

Assalamualaikum..Nasi ayam ni, walau makan berkali2 tak pernah jemuuuuu....sedappppnya

ain sweet thots said...

sedap nampak nasi tu kak. pinggan kita serupa corak, tp sy punya empat segi ... sama citarasa nmpk ;)

Bbwana adienia said...

nasi ayam kegemaranku..memang sedap.

Nadz Nazharzan said...

Assallamualaikum kak Zana..

Kak, nasi ayam ni dah jadi menu kebiasaan di rumah selalunya kan.. Dulu2 masa 1st time buat nasi ayam, rasa cam susah sgt..hihiii..

Rohah said...

Nasi ayam mmg x jemu di mkn..menu lgkap yg ringkas disediakn

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin