Saturday, February 16, 2013

SNOW CHEESE STRAWBERY CAKE

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera... 

Kek Cheese Bersalji
Resepi : Sherry mz@MyR
Sumber: Kzai@Teratakimpian
  • 6 biji telur ayam (buang 2 putihnya)
  • 100 gram gula halus
  • 100 gram tepung hong kong (blue key superfine boleh juga) - akak guna shelf raising flour
  • 60 gram tepung jagung (maizena)
  • 50 gram air sejuk (dr peti ais)
  • 1 sudu teh baking powder- tak letak
  • 2 sudu makan ovelet
  • 75 gram mentega (dicairkan) 
  • Saya tambah perisa strawbery
  • saya letak sedikit esen vanila.
  • UNTUK KRIM
  • 1 kotak cream cheese philadelphia
  • 1/2 tin susu pekat manis- (satukan kedua bahan & putar sehingga tidak berketul2.
  • UTK TOPPING
  • 1/2 kotak kraft cheddar cheese (parutkan) 
Cara-cara:
1. Masukkan semua bahan2 kecuali mentega cair dan putar.
2. Putar dengan kelajuan sederhana sehingga pekat & putih.Akhir sekali masukkan mentega cair.Putar lagi sehingga sebati dan pekat.
3. Sediakan acuan yang telah dialas dgn kertas minyak atau yang telah disapu dgn sedikit butter.
4. Bakar dalam acuan dengan menggunakan api atas dan bawah selama 45 minit ke 1 jam, dengan kepanasan 150C.
5. Bila sudah masak biarkan sejuk. Bila dah sejuk, ambil pisau kek dan potong di tengah-tengah kek supaya menjadi dua bahagian.
6. Sapukan krim cheese di atas separuh kek tadi, kemudian letakkan sebahagian lagi kek di atasnya.
7. Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.
8. Akhir sekali taburkan cheese kraf yang telah diparut tadi keseluruh kek sebagai toppingnya./lainkali kena beli parut yg halus matanya..
9. Masukkan dlm peti ais dlm 1-2 jam. Lepas tu baru potong.

6 comments:

Rohah said...

rasa strawbery pulak ye kak..extra sdap la ni...tapi kek ni mmg gojess..

ummiaisyah said...

salam rindu kak zana...sori lama tak jenguk rmh kzana..rmh sendiri pon tuan tanah tak heran..muahahahah..ada sikit bz la..td pon meting pibg..
kek ni mmg dh lama masuk list..tp nk bli cedar cis tu tak terbeli2 lagi..mesti sedap giler ni dh brp kali ulang kt dapo akak..hehehe

Hanim said...

Saya pon plan nak buat tp kek coklat klu yg lain diorg xnak...

muhammad holil said...

Nice share
Visit me back

KakAsma said...

asyik tengok kek yang jadi tayangan,mesti sangat sedap,tapi bila nak buat pk 2x,hehehehe tu cis mahai benar..
lama tak jenguk ,sihat yer dek?

Fadzillah said...

Salam perkenalan...
Singgah sini dan follow sekali.
Pasti sedap snow cheese strawbery cake tu...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin