Friday, January 18, 2013

KEK KAROT

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....
Sudah 18 hari berada di tahun 2013.. bermakna sudah 78 hari abah meninggalkan kami sekeluarga.. alfatihah buat abah yang dikasihi.. smga rohnya berada dalam kalangan orang yang beriman.. aminn..

Minggu ke 3 persekolahan  hari ini (Jumaat) di isi dengan Majlis Penyampaian Bantuan Persekolahan RM100 oleh YB. Dr Mohd Fuad bin Zarkashi (Timbalan Menteri Pelajaran).. sibuk n sangat meriah.. majlis berjalan dengan lancar sekali.. majlis penyerahan bermula pada jam 1030 pagi dan selesai pada jam 1145 pagi.. hampir 1500 ibu/pada/penjaga berpeluang bersalaman dengan Timb Menteri..   kalau hari terbuka or mesyuarat agong dapat sambutan begini alangkah bertuahnya sekolah, guru n anak2.. zaman skrg  ni memang manusia sudah keliru antara kepentingan pendidikan anak2 atau kepentingan material semata2.. entahlah..

Dah lama teringin nak makan kek ni.. dulu masa cikgu idza ada selalu dapat bekalan.. bila cikgu idza dah pindah ke Perlis.. tak berpeluang nak merasa kek2 nya yg sedap itu..  Resepi saya ambil dari Azie Kitchen... memang sedap n moist.. pasti akan ada siaran ulangan utk kek ini.. Terima kasih tuan tanah Azie Kitchen yer.. minta izin CP resepi di sini..

Moist Carrot Cake sumber: Sleepless In KL terjemahan: Azie Kitchen

Bahan bahan
4 biji telur
1 ¼ cawan vegetable oil
1 cawan gula
2 sk vanilla extract
2 cawan all purpose flour
2 sk baking soda
2 sk baking powder
½ sk garam
1 sk serbuk kayu manis
3 cawan carrot – parut
1 cawan walnut – cincang
Sedikit kismis


Cara cara


Panaskan oven 175C. Lenser 2 loyang bulat yang diletakkan baking paper bawah dan keliling.
Dalam mangkuk besar, putar telur, oil, gula dan vanilla extract.
Satukan tepung, baking soda, baking powder, garam dan serbuk kayu manis. Masukkan ke dalam adunan yang diputar tadi.

Masukkan karot. Kacau rata dan masukkan pula walnut dan kismis. 
Tuang ke dalam loyang. Bakar selama 40-50 minit atau sehingga kek tidak melekat di lidi yang dicucuk di tengah kek.


Frosting
Bahan bahan:
½ cawan butter – suhu bilik
8 oz cream cheese – suhu bilik (1 kotak Philadelphia atau 1 tube Tatura)
2 cawan gula icing / lain kali saya perlu kurangkan sukatan gula..

1 sk vanilla extract


Cara cara:
Di dalam mangkuk sederhana, satukan butter, cream cheese, gula dan vanilla. Putar sehingga sebati dan berkrim. Sapu pada permukaan kek yang telah disejukkan sepenuhnya. Tabur dengan kepingan badam, jika suka.


8 comments:

tun_telani said...

Salam kak zana.. semoga roh arwah ditempatkan dikalangan mereka yg beriman, insyaAllah..
sedap kek carrot, dh lama tun xmakan, nmpk pun moist je tu.

Amie said...

Al-fatihah buat arwah abahnya, moga tenang dalam pengabdiannya kepada Yang Maha Esa,
Kek carrot tu nampak mengancamlah Dzana... terpikat!

Nur-nba said...

Salam Kak Zana.. Lama tak singgah blog akak.. Al-Fatihah untuk arwah ayah akak, Semoga roh arwah ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman.

Sedap nampak kek akak ni.. Bila dah cukup bahan2 ingat nak cuba juga..

Setuju dengan akak.. Senario tu tak akan sama bila tibanya Hari Terbuka..

Rohah said...

salam kak..
al fatihah buat arwah..
dah lama tak buat dan makan kek ni..

hana said...

si nana kat umah tuh dah gila mencarrot kek... ntah apa jd gaknyer anak dara tuh buat..

alfatihah wat arwah abah akak

zila norazila said...

salam kak zana,
cake carrot kak zie nie dah lama masuk list zila..tp tu lakan nk buat x sempat2 lg..asik kena q jew h ehhee nampak lembut jew kak.

Anonymous said...

dapnyeeee!!!!

Marsita Yahya said...

salam...mmg sedap carrot kek..pernah buat www.my-mintroom.blogspot.com

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin