Monday, February 18, 2013

MEATBALL ALA-ALA IKEA


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Menu  sarapan pagi sabtu yang lepas.. tak pernah pun sampai ke Ikea tu.. tapi teringin nak makan Meatball Ala-ala Ikea.. tapi memang tak menyesal punya bila dah mencuba.. aimman tak suka sangat dengan meatball nya.. so dia makan dengan sosej sahaja .. en hb kata sedap.. oppps tak boleh makan banyak2.. tinggi kandungan garamnya.. 2 biji cukup ye.. mcm biasa la.. ibu n adik makan lebihhh.. Terima kasih SARI  di Seri Kandi Tanah jauhar dan Faa Rosli penyumbang resepi..smga pahalanya berpanjangan..

MEATBALL ALA-ALA IKEA
Sumber : FAA ROSLI

*Meatball jenama MARINA secukupnya digoreng tanpa minyak dan api sederhana. pastikan selalu balik-balikkan. jangan sampai hangus. (Seri Kandi sedih, puas cari jadi Seri Kandi guna jenama lain)
*Kentang goreng secukupnya.
*1 sudu jem strawberry/blueberry/mixed fruit

Sosnya :
2 sudu mentega
1 1/2 sudu tepung gandum
1 biji bawang besar kuning - didadu kecil
2 biji tomato sederhana besar - didadu kecil
1 1/2 cwn air sejuk
100 ml susu segar/susu cair
3 sudu sos tomato
3 sudu sos tiram
2 sudu kicap manis
2 sudu sos lada hitam/serbuk lada hitam
1 kiub pati ayam (Seri Kandi tukar dengan 1 sb serbuk Cukup Rasa Maggi)
1 sudu gula
1 kiub pati daging (Seri Kandi tak letak)
Caranya :
1. Cairkan mentega guna api perlahan. Tumis bawang hingga bawang layu dan warna kecoklatan (Jangan sampai garing)
2. Masukkan tepung gandum, kacau hingga berubah warna sedikit coklat. Kemudian masukkan tomato dan biar hingga tomato layu.
3. Masukkan air sejuk, susu segar, sos tomato, sos tiram, kicap manis, sos lada hitam, kiub ayam, gula dan serbuk cukup rasa. Kacau rata dan biar sampai mendidih.
4. Sentiasa kacau supaya tidak berketul. 
5. Kacau sebati. tutup api dan biarkan suam sekejap kemudian masukkan dalam mesin pengisar, kisar sampai halus dan bolehlah dihidangkan bersama meatball, kentang goreng dan jem blueberry.


7 comments:

Jujubabes said...

saya sangat suka ..camane nak makan dengan jem tu?

Ina Mohamed said...

salam. saya tak pernah makan lagi tp mesti sedap kan. ha'ah, nak tanya soalan sama jgk sbb terfikir mcm mana rasanya meatball mkn dengan jem?

dZana said...

Wslm shazrina n ina ku.. akk tak makan pun dengan jem tu.. resepi copy paste .. terlupa nak letak jem bila dah mgadap mknan.. hihihi..

Sue @ Nenie said...

Assalamualaikum..emmm saya pun tak pernah makan meatball kat Ikea tapi tak salahkan mencuba juga resipi ala2 Ikea ni..he he he he he he

Anonymous said...

sedapnya kak...boleh cuba ni..tq!!

Rohah said...

alahai...enaknyer tgk meat ball yang montel2 tu kan..

Ayu said...

Assalam cikgu lamanya tak kesini...
..kalau kat sini kat ikea pernah lah pergi tapi meatballnya tak halal....so bolehlah cuba next time ..recipe dah ada ni kan..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin