Wednesday, August 1, 2012

MEEHOON GORENG TAUCU


Salam Ramadhan yang ke 12.. mengemaskini menu berbuka semalam.. menu biasa2 sahaja.. terima kasih ayu n hana..


MEEHOON GORENG TAUCU
(Sumber : Hana's Family)
(Resepi asal : Curlybabesatisfaction)
Bahan-bahan
  • 400g mee hoon direndam hingga lembut
  • *50g udang kering direndam/ saya guna ikan bilis
  • *3 biji bawang putih
  • *11/2 biji bawang besar - bahan * dikisar
  • 4 sudu besar taucu di tumbuk kasar/halus-(dibilas supaya kurang masin)
  • 5 sudu besar cili kisar
  • udang sederhana besar
  • sawi secukupnya
  • taugeh secukupnya
  • garam (kalau perlu) & perasa secukupnya
Hiasan
  • tauhu goreng dihiris (optional)
  • daun kucai-(optional)
  • telur dadar yang dihiris halus
  • jus limau
  • cili jeruk
  • bawang goreng
Cara-cara
  • Tumis bawang putih & bawang besar kisar hingga naik bau.Masukkan cili kisar kacau rata dan biarkan hingga garing. Masukkan udang kering , udang dan kacau rata. Masukkan taucu , biarkan seketika, masukkan perasa & garam jika perlu.
  • Gaul kan batang sawi hingga agak lembut baru masukkan daunnya, masukkan mee hoon yang telah direndam tadi dan gaul hingga sebati dengan perencah..agak2 sudah sebati masukkan taugeh, gaul hingga rata.Kalau nak gaulkan dengan tauhu pun boleh juga. Matikan api, taburkan daun kucai, hirisan telur dadar, perahan jus limau, cili jeruk dan bawang goreng. Siap untuk dihidang.
  •  
  • saya masukkan sawi kemudian... 

6 comments:

asyifamustaffa said...

1st time nie dgr meehun greng taucu...sedap ke kak?

Rohah said...

sedapnye dapat makan mehoon taucu...mahu bertambah2 kalau saya makan ni kak..

YATZAKIE said...

wah,resepi baru ni..nanti nak try la. =)

zila norazila said...

dah lama x buat..sedap kan kak:)

Chik Mimi said...

Kak na sedapnya meehoon goreng mmg my fave tapi anak yg sulong tak suka so mmg jarang nak buat meehoon ni,kalau akak dekat mau huloq pinggan

ijayuji said...

Salam kak zana! oooowwwhhh.. ank akak nak belajar kat jepun eak? ganbatte kudasai!! lepas ni kalau dpt belajar kat sana lagi jauh yer kak :D mee hoon goreng tuuuuu kita sukeee!!! suke sgt dgn mee hoon berbanding mee kuning :D

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin