Monday, December 6, 2010

Karipap Pusing

Karipap panass... saja2 mencuba bakat membuat/mengelim karipap.. nampak mudah .. tapi utk org yg kurang sabar mcm sy ni mmg tak sesuai.. hari tu semasa membuat kuih tiram pun.. pun rasa .. alamak bila nk siap ni.. senang lagi buat kek or kuih bakar or talam.. bancuh2 msuk loyang terus bakar or kukus n tinggall... kali ni memcuba rspi dari dpur Rinnchan.. pastrynya agak rapuh tetapi sedap n tak boleh mkn byk coz rasa muak(tekak saya lerr)... n semasa mengoreng pun byk yg terburai.. lainkali klau saya rajin..hikhikhik.. nk mencuba rspi karipap pusing di dapur dik hana kita tu..boleh klik di sini... saya baca adunan dohnya berbeza.. Anyway TQ Rinnchan berkongsi ilmu membuat karipap pusing.. saya minta izin CP rspi disini..

KARIPAP PUSING
Sumber : Rinnchan
Bahan-bahan:

1. Doh minyak

300gm tepung gandum
secubit garam
1/4 cawan minyak masak
1/2 cawan air suam
* Campurkan secubit garam ke dalam tepung. Curahkan minyak masak dan gaul mesra tepung dengan hujung jari. Sedikit demi sedikit masukkan air sambil tangan terus menguli sehingga mendapat doh yg tidak melekit di tangan

2. Doh marjerin

150gm tepung gandum
100gm marjerin...sila tambah sedikit demi sedikit sehingga mendapat doh yg tak melekit di tangan.

STEP UNTUK MEMBUAT KARIPAP PUSING SILA KLIK DI SINI

Inti keledek
(saya guna kentang)
2 biji ubi keledek, dipotong kiub
1 biji bawang besar, dipotong halus
2 ulas bawang putih, dipotong halus
Segenggam udang kering, direndam & ditumbuk ( Guna udang basah pun ok )
3 sudu besar serbuk kari
1 pelepah daun kari
Garam dan gula secukup rasa
Daun bawang dan daun sup secukupnya, dimayang halus
* Tumiskan bawang, masukkan serbuk kari dan tambahkan sedikit air utk mengelakkan tumisan hangus. Masukkan udang, tumiskan lagi sebentar dan masukkan ubi keledek. Tambahkan air sehingga secukupnya merendam keledek. Masakkan sehingga keledek lembut. Perasakan dengan garam dan gula. Masukkan daun da
un bawang & daun sup, kacau sebentar dan tutup api.



5 comments:

indahhouse said...

Salam kak zana,
Wah... mesti sayang nak makan coklatku guna gambar sendiri, kan? :D
karipap pusing, tak pernah buat. tapi teringin nak try pula. tapi saya malas nak menggelek... hihihi

Nely's Kitchen said...

salam maal hijrah..kak zana..
sedapnya karipap pusing berintikan keledek tu..masuk dlm list gak..

izahdaut said...

akakk..saya pun duk berangan nak buat karipap pusing ni..hehhee.. hentah la..saya lagi kurang saboo ni

HALAMANKU said...

Kak Zana... suker.. karipap.. xkira pusing ke putarker...mm rajinnyer kak erma yang buat karipap biasapun bercinta ha ha ha.. tapau kak.. nampak sedap n rangup...

dZana said...

Nur.. betul tu nur.. cam bdk2 jer akkk ni.. akk pun mls gak nk buat tu.. tpi teringin nk punya hal la ni.. dpt 20 kpg mkn 2kpg jer..

to lyza
slmt mncuba lyza.. akk tunggu ni

to izah
akk buat entam keromo jer tu.. akk klau kuih yg kene belek2 ni mmg outt.. hihihi

to erma
pi beli jer kt warong tu rm 1 dpt 4.. klau dekt akk anto ni.. ada 16 kpg lagi..manusia dlm rmh ada 3 org jer..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin