Wednesday, December 2, 2009

Kuih Bakar Pandan

Sesuai utk minum petang... request en hb.... mmg dah lama tak buat kuih ni.. rspi ada di MYR @ di SINI

Bahan-bahan
1 cawan tepung gandum
1 cawan gula
1 cawan air pandan
1 cawan santan
1 cawan susu cair (sejat)
3 biji telur
Sedikit pewarna hijau
Sebagai hiasan- sedikit bijan jika suka

Cara-cara
1. Masukkan semua bahan ke dalam blender kecuali bijan
2. Blender hingga sebati
3. Sapukan loyang dengan sedikit minyak dan tuangkan bahan tadi kedalamnya.Taburkan bijan (jika suka)
4. Bakar 40 - 55 minit pada suhu 180c/ hingga masak / berkerak..

ps..kalau nak kurangkan bau 'keteluran' nye boleh boh sikit esen vanila..


1 comment:

Watierman said...

Akak memang suka..tapi budak2 ni semuanya nak cokelat..apa2 nak cokelat..last2 tak payah buat apa langsung..hihihi!!!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin