Friday, November 20, 2009

Kek Coklat 2

kek diebetis.. sana sini ada gula... sekali2 tak pe.. jeles tgok aksi dak danial jepun tuh.. so auntie kene lah buat kek ni... rspi copy dari dapur mak danial... tq hana, KOG n Hasue..

Bahan-bahan
Bahan A:
2 cawan tepung
1 cawan koko
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil serbuk penaik
2 cawan gula halus >ayak sebelum disukat
Bahan B:
4 biji telur
1 cawan marjerin cair - hana gune myk masak jerk!
1 cawan susu pekat


Bahan C:
1 cawan air panas didih

Cara-cara
1. Panaskan pengukus. Pastikan air kukusan sudah mendidih bila kek hendak dikukus
2. Ayak terus bahan2 A ke dalam mixing bowl. Kacau menggunakan whisk
3. Masukkan bahan B dan kacau sekata
4. Masukkan pula bahan C dan kacau sehingga adunan betul2 sebati
5. Gris loyang dan taburkan tepung/alas kertas minyak.
6. Masukkan adunan ke dalam loyang. (untuk menghasilkan tekstur kek yg benar2 sekata dan x berketul2,Sue tapis adunan semasa memasukkannya ke dalam loyang)
7. Kukus sekurang2nya 1 setengah jam (tutup loyang dengan aluminium foil ketika mengukus)

Utk Topping

1/2 cwn serbuk koko van houten
1/2 cwn susu pekat
2 sudu besar air panas
1 sudu besar butter@marjerin

Campurkan semua bahan dan masak secara double boiler hingga agak pekat dan sebati. kemudian curahkan ke atas kek.

yang ni utk kawan kat bilik guru...

4 comments:

Anonymous said...

Aduss...sedappnye. Untuk bilik guru je ke kak? Untuk kite yg mai jauh2 ni tadak ke? huhuhuh

hana said...

mama danial plak yg nk menjilat jari kat sini! hihihi

k.zah blk ganu ker kak?

geraugebang said...

begitu kaya.Kaya dengan coklat. Bestnyeer.Untuk anak murid cam kak gerau tak de? anak murid kelas sarkas (pendekar bujang lapok) he he he

indahhouse said...

Salam kak zana,
ish, nak cuit2 skit bole kak? geram tengok topping nye tu.. ;)

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin