Tuesday, August 18, 2009

Kek Buah Bakar

N3 sebelum nak ke Pelican Hotel malam ni... Resepi kak fida di MYR... saja melayan selera sebelum tiba Ramadhan.. saya mmg suka kek yg ada buah.. espcily kek kukus .. cuma kekdg masa mgukus yg lama tuh mjadi penghalang... tapi rasa nyer hari ini boleh tukar2 pinggan dgn dik Ika bangkok tuh..
TQ kak fida n MYR kerana brkongsi resepi.. minta izin CP rspi di sini..

Bahan-bahan ( loyang 9x6 inc./ 8x8 inc. )
3/4 buku mentega
1 cawan gula hitam/dark brown sugar (akak guna 200g)
1 cawan air
200g buah2an kering campur/mix fruits
1 cawan tepung gandum*
1 cawan tepung naik sendiri*
1 sk bicarbonate of soda*
2 biji telur - dikocok
1 sk esen vanilla/perisa buah2an/esen oren
1/2 sk serbuk kayu manis* (opt)


Cara-cara
1. Campurkan 4 bahan pertama di dalam sebuah periuk besar.Masak hingga gula dan mentega larut atau hingga mendidih.Sejukkan.
2.Ayak bahan2 bertanda dan masukkan ke dalam campuran buah2an yang telah sejuk berselang-seli dengan telur yang dikocok tadi.Kacau hingga sebati dan masukkan pula esen perisa kesukaan masing2.Kacau lagi hingga benar2 sebati.
3. Tuang adunan ke dalam loyang yang telah dialas dan digris.Bakar pada suhu 150C selama 1 jam atau hingga masak.
4. Biarkan kek di dalam loyang 5-10 min. baru dikeluarkan dan disejukkan di atas redai kek
.


panazzz.. bru kuar oven


2 comments:

Chik Mimi said...

kak Na kita pun sukeeee kalau yg kak na punya ni lagiiiiiiii sukeeee

Anonymous said...

Nak itut pegi pelican hotel!!! hehehe

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin