Sunday, September 13, 2009

Kad Lebaran Hana, Doc Inahar n AlongRoz

kad AlongRoz..di bumi kenyalang

kad Dr. Inahar Ali.. di KL


kad Hana di bumi Jepun..

TERIMA KASIH DAUN KELADI........

Saturday, September 12, 2009

Puding Sago..

Manisan untuk bebuka puasa.. selepas melayan nasi lemak vs sambal tumis ikan bilis vs ayam goreng berempah serai..

Ayam Goreng Berempah Serai


Ayam Goreng Berempah Serai kredit to Love.. copy dari dapur Hana....

1 ekor ayam (dibersihkan dan dipotong sederhana)
6 ulas bawang putih ~ ditumbuk
7 ulas bawang merah~ ditumbuk
2 inci halia~ ditumbuk
2 batang serai~ ditumbuk
3 sb cili kering kisar/ cili boh (lebih/ kurang ikut citarasa)
2 sb serbuk kari daging
1/2 sk serbuk jintan putih
1/2 sk serbuk jintan manis
1/2 sk serbuk ketumbar
1/2 sk rempah 5 spices (takde pun takpe)
garam dan aji secukupnye .. tak letak
3 tangkai daun kari
Minyak utk menggoreng

Campurkan semua bahan di atas bersama ngan ayam kecuali daun kari dan minyak. Gaul sebati dan biarkan perap selama 1 jam.
Panaskan minyak dlm kuali. Pastikan minyak berlebihan supaya ayam tenggelam ketika digoreng.
Masukkan ayam satu per satu dan goreng hingga masak. Taburkan daun kari bila dah 1/2 masak.
Dah okey, angkat dan toskan minyak berlebihan. Boleh dimakan begitu sahaja

Kad Lebaran Lagi..

daripada Mimi di P.Pinang
kad kak zai di KL..

kad faraliza.. sg petani kedah


kad zai di Shah alam
Terima kasih kepada Mimi, Kak Zai Faraliza n Zai.. juga rakan2 blogger yg lain.. Selamat menyambut Lebaran...

Friday, September 11, 2009

Bread Butter Pudding

Tiba2 teringin nak makan puding roti.. sejak berpuasa ni.. mmg tak da stok roti dirumah.. blik skool .. singgah kedai beli roti.. sebelah petang godeh2 kat dapur .. rspi entam keromo.. coz males nak tenet2... siapppp...

Bahan2
8 -10 kpg roti gardenia sapu butter depan n belakang roti
2 cwn susu sejat/susu segar - panaskan tak perlu mendidih
2 biji telur*
3/4 cwn gula*
esen vanila*
kismis ikut selera
serbuk kayu manis jika suka
sedikit gula utk tabur

Cara@:
1. Roti potong2 4 @ 6 , masukkan dlm loyang bersama kismis..
2. Bahan * satukan n kacau sekadar melarutkan gula.
3. Masukan bahan * ke dalam susu panas, kacau rata n tuang atas roti
4. Taburkan serbuk kayu manis n gula..
5. Bakar puding keadah bainmarie 180 C selama 30 minit



Daging Blackpeper

Daging... mudah n ringkas.. resepi copy paste dr dapur hana.. tuan resepi asal Knur terengganu kita tuh.. terima kasih K Nur n Hana ek.. sy tambah kentang potong wedges yang telah digoreng terlebih dahulu.. mmg sedappp..

Bahan-bahan
500gm daging batang pinang-
1 sb serbuk lada hitam yg ditumbuk kasar - lebihkan jika ingin lebih pedas
1 biji lada benggala hijau
1 biji lada merah
3 sb kicap manis
2 sb sos tiram
1 cawan air
1 sb tepung jagung yg dibancuh dgn 2 sb air
1/2 sudu garam halus dan 1 sb gula
minyak utk menggoreng

Cara-cara
1. Potong daging nipis2 dengan cara melawan urat supaya daging tidak liat. Bersihkan dan toskan selama 1 jam atau lebih supaya daging tidak mengeluarkan air yg banyak ketika menggoreng.
2. Potong panjang kedua2 lada. Sebelum itu hendaklah dibuang dulu butir2 lada
3. Panaskan minyak. Sebolehnya digunakan minyak yg banyak dan menggunakan api yg kuat spt yg ditunjukajar oleh chef asal supaya daging itu tak perlu digoreng dgn lama. Goreng daging lebih kurang 3 - 4 minit sambil dikacau supaya rata masaknya dan angkat.
4. Keluarkan minyak dan tinggalkan lebih kurang 3 sudu besar shj. Masukkan serbuk lada hitam dan kacau hingga berbau wangi dan masukkan lada merah. Lepas itu masukkan kicap manis, sos tiram, garam dan gula. Kacau sebati. Peringatan: garam tak perlu letak banyak2 kerana dah pun masin - dari kicap dan sos tiram
5. Masukkan daging dan kacau sebati dan masukkan air. Sekiranya ingin lebih berkuah, lebihkan sukatan air. Biarkan mendidih, barulah dimasukkan lada benggala dan bancuhan air tepung jagung. Biarkan mendidih. Bila dah agak pekat boleh lah di padamkan api dan hidangkan panas2 dgn nasi putih.

Kad Lebaran Ika, Maz n Cik Min

dpd Ika yg beraya di bangkok..
dpd Maz yg beraya di Bahrain...

dpd CikMin di Bentong,Pahang...

Terima kasih Ika, Maz n CikMin ... yang jauh diperantauan tuh jgn besedih ek.. sobsobsob.. Ampun.. Maaf Zahir dan Batin dpd akak juga...

Wednesday, September 9, 2009

Harum Manis..



Terpandang di dapur ayu di seberang tambak ... pertama kali mcuba n mjadi n sedapp.. buat 2/3 adunan .. n muaiii...resepi copy paste dr dapur ayu .. terima kasih ayu n bro rozzan berkongsi resepi

Ingredients:- (38 pieces)
200 g gula melaka
240ml water
3 medium eggs
135g suagr
1 tsp vanilla essence
240g plain flour
1/2 tsp baking powder
3/4 tsp bicarbonate of soda


1/4 tsp salt
(sieved together)
40g melted butter
6-7 nos. pisang rajah
Method:-
1. Boil gula melaka together with water till melt. Filtered and put aside.
2. Beat eggs, vanilla essence and sugar till fluffy. Add in flour bit by bit and stir well.
3. Add in melted butter together with gula melaka syrup and stir well.
4. Brush mould with butter. Pour some mixture till half of mould. Add in slices of bananas onto the mixture.
5. Steam for 15-20 minutes. Cool first before take out from mould.
Sources:-Rozzan shared recipes

Mee Hoon Goreng

Mee hoon goreng sempoi jer.. malas nak letak udang.. layan bebola daging.. yg penting taugeh kasi lebeyyyy...

Tuesday, September 8, 2009

Biskut Kacang Mazola

Sambungan.... projek hari Ahad lepas di kg.. selepas sarang semut.. resepi main agak2 je.. kat kg mane lah ada library cyber yg nak dirujuk..
Di bawah ni resepi yg sebenar untuk rujukan .. CP dr dapur Hana.. tq...
Bahan-bahan
200gm tepung gandum
200gm kacang tanah-goreng tanpa minyak dan kisar halus
100 gm gula -kisar halus
1 botol kecil Minyak mazola/secukupnya
Kuning telur


Cara-cara
Di dalam mangkuk besar gaul sebati tepung, gula dah kacang kisar.
Tuangkan minyak mazola sedikit sedikit dan uli adunan hingga menjadi doh yg lembut.
Bentukkan doh mengikut citarasa dan susun didalam loyang yg telah di lengser dgn mentega.
Sapukan atasnya dgn kuning telur dan bakar didalam oven hingga masak kekuningan.*hana bakar suhu 160 selama 15-20min.

Prata Puff Daging/Kentang

Menu semalam lagi.. puff gesenggg.. tapi tetap sedap dengan kerangupan nyer.. guna roti canai segera jenama care four...

Sambal Telur plus Tauhu Lembut...

Menu semalam jugak.. sambal telur untuk anak2 n tauhu lembut utk selera org tua2.. masak sekali.. jimat masa n tenaga...

Kubis Goreng Udang

Menu buka semalam... Ramadhan 17.. tumis bawang segala + anak udang + sos tiram ..last kubis n carot n garam..

Monday, September 7, 2009

Biskut Sarang Semut

Ambik bahagian jugak... sana sini dah sibuk tayang kukis.. saya pun nak join juga nih.. terberkenan resepi dalam majalah keluarga terbitan raya tahun lepas.. projek tengahari Ahad berlokasi di kg..
bahan bukti.. smpi terabur milo atas majalah... hihihi


belum bakar...

Bingka Pisang


Dah pernah buat sebelum nih.. n ada di SINI ..tapi tekak nih tetap teringin bila ada rakan2 blogger yang sudi mencuba n menayang bingka masing2.. hihihi.. semua nyer cam lawan tokey jer.. anyway sesiapa yg dah mencuba tuh saya ucapkan terima kasih n di beri full markkkk..
Bahan2
1 sisir pisang masak ( 10 - 13 biji).. di lenyek kasar .. mmg byk tau
1 cwn tepung*
3/4 cwn gula*
1 cwn santan*
1 cwn susu sejat/cair*
1 biji telur*
2 sudu besar butter*
Cara2
1. Blender semua bahan*
2. Tuang adunan ke dalam mangkuk berisi pisang lenyek dan di gaul rata.
3. Masukkan ke dalam loyang yang telah dilenser dengan butter
4. Bakar 180C selama 1 jam.. or lebih untuk dapatkan kerak yang hebat.
5. Sejukkan.. baru di potong.. masuk peti ais lagi bestt..

Agar-Agar Santan

Dessert berbuka puasa di kg .. dated 6 Sept (Ahad).. santan + air pandan + telur... jgn lupa agar2.. teringin masa jln2 dapur cikwan.. tak da stok gula merah pulak.. so guna air daun pandan fresh... dah abis pun...

Mee Bandung Tulang...

Program masak2 di kg.. ahad 6 Sept 2009... Mee Bandung tulang lembu.. sesuai untuk pengemar tulang2 mcm saya... harga tulang RM 18/kg.. beli se kg jer untuk masak mee bandung.. tak boleh mkn byk2 high kolestrolllll....

Kad Hari Raya dpd Maria Kota Kinabalu Sabah

Terima Kasih Maria!!... Kesempatan ini juga diambil untuk memohon ampun dan maaf pada Maria sekiranya ada kesalahan n kesilapan yg berbekas dihati.. Smga persahabatan kita berkekalan .. n Semoga Maria cepat sembuh.. n dilimpahi rezeki lagi selepas ini..

Friday, September 4, 2009

Ramadhan 14: Badak Berendam..



Terpandang di dapur ita semalam... hehehe.. 1st time membuatnya.. terlebih letak tepung beras pada adunan santan.. so kuah jadi pekat.. tak tau lah mcm mn rasa nyer.. hrp2 memenuhi selera..
jejemput pisang dua hari berturut2.. hari nih tak msk berat2.. lepas berbuka nak smbg berbuka di Idaman Peserai..

Ramadhan 13: Roti Jala vs Kari Ayam


Menu berbuka semalam... roti jala, kari ayam n jejemput pisang.. dah ada kari, mesti ada ikan sepat masin, sambal belacan utk acara mkn2 mlm...

Wednesday, September 2, 2009

Ramadhan 12: Kuih Cara

Favorite Aimman... terpandang di dapur CT Delima semalam..
Bahan2;
2 cwn tpg gandum
2 cwn air
1 cwn santan
1 biji telur

sedikit pandan paste.. kes malas nak blend dn pandan
sedikit pewarna ijau
sedikit garam.
sesudu butter/marjerin.. ini pandai2 sendiri

gula ikut suka

Cara-cara.
1. Blend semua bahan dlm pengisar/blender yer..kecuali gula
2. Panaskan acuan, lenserkan dgn minyak..

3. Tuang batter dlm acuan.. letakan sesudu gula.
4. Tutup acuan.. n tunggu hingga msk..

Ramadhan 12: Pecal Sempoi..

tak tau yg sapa yg nama pecal .. sambal ke... tak kan sayur pulak .. tentulah bila sambal mix dengan sayur.. ntah lah .. tak mcm mak buat.. uwaaaaaaa...
kerabat sayur yg ada...


Ramadhan 12: Meehoon Sup..


tgok pic dulu ek.. mengantuk nyer...

Friday, August 28, 2009

Projek tertangguh....

Projek yg telah lama tertangguh .... kene siapkan sebelum cuti persekolahan tamat.. kalau tak siap.. alamatnyer tertangguh lah lagi... keutamaan ialah baju raya sedondon diikuti baju2 sekolah.. apa mcm kakasma.. bukan nak test market nih.. kalau kakasma tentu byk RM yg masyuk.. jahit untuk kepuasan sendiri aje.. lepas tuh buat bil klim pd en hb.. kihkihkih
lokasi: diruang tamu.. hihihi.. hrp2 tak da tetamu sesat dtg ke rumah.. mcm tongkang pecah dibuatnyer..

Ramadhan7: Bendi Goreng Lada Bertelur..

Bukan bendi yg bertelur yer.. ayam yg bertelur...
Ayam goreng berkunyit.... sekian.. ada projek lain yg mesti dibereskan sebelum cuti sekolah berakhir....

Ramadhan7: Ikan Masin Kurau Masak Lemak Berapi..

Masak sempoi jer hari ini.. ikan masin kurau plus nenas berlemak n berapi.. aimman n syamira mengikut mak ndak nyer ke Pasir Gudang.. so layan tekak sendiri jer.. mmg kurang selera bila anak2 tak da bersama..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin