Friday, October 10, 2014

NASI MANDHI


Assalamualaikum wbt... 
Apa khabar semua sahabat alam maya saya.. rupanya dah 5 bulan saya membiarkan ruang kesayangan ini ditinggalkan..  memang rasa berat hati sebenarnya nak menayang menu2 di sini bila terkenang sibujang yang jauh di sana... dah 7 bulan juga abang di perantauan demi pengajian.. sempat juga abang bertanya ketika pulang bercuti hari raya  baru ni 'kenapa ibu tak updated blog ibu ..' saya hanya senyum shj.. gelodak hati ibu hanya ibu-ibu yg tau kan... 

Saya kongsikan di sini menu nasi mandhi dari ILHAM DAPUR  maz yg juga jauh di Bahrain. Menu yang terus menjadi kegemaran keluarga nampaknya. Terima kasih Maz berkongsi resepi ini. 

Nasi Mandhi 
Bahan-bahan

  • 1 ekor ayam (1kg berat) - cuci bersih dan tak perlu potong
  • 1 biji tomato - belah 4
  • 2 ulas bawang putih - ketuk
  • 1 labu bawang besar purple - belah 6
  • 1 sudu kecil serbuk rempah mix arabic
  • 2 helai daun bay
  • 1 inci halia - ketuk
  • 1 ketul kiub pati ayam
  • sedikit garam - jika perlu
Cara


1. Dalam periuk didikkan 1 liter air bersama semua bahan diatas kecuali ayam. Bila air dah mendidih baru masukkan ayam dan rebus sehingga ayam masak selama 30-35 minit.
 
2. Bila dan masak keluarkan ayam dan ketepikan dulu air rebusan tadi (jangan dibuang).
 
3. Dalam mangkuk kecil masukkan 1/2 sudu besar air rebusan, beberapa titik pewarna kuning, secubit rempah mix arabic dan 1-2 cubit garam, sebatikan dan dengan guna berus (berus utk berus telur atas biskut tu) dan sapu pada seluruh ayam tadi termasuk dicelah kepak dan paha.
 
4. Kemudian masukkan ayam dalam loyang dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan dulu dengan suhu 180C selama 40-45 minit.

Nasi

  • 2 cawan beras basmati - cuci bersih dan rendam 15-20 minit
  • 2 cawan air rebusan ayam @ ikut sukatan air beras masing-masing
  • 2 helai daun bay
  • 1/2 sudu kecil serbuk rempah mix arabic
  • 1 biji buah tomato - belah 6 *
  • 1 labu bawang besar purple - belah 6 *
  • 1 ulas bawang putih - tumbuk lumat
  • 1 inci halia - tumbuk lumat
  • 7 biji buah pelaga *
  • 7 kuntum bunga cengkih *
  • 1 batang kulit kayu manis *
  • 3 sudu besar minyak sapi
  • 3 sudu besar minyak sayur
  • beberapa titik pewarna kuning
  • sedikit garam - jika perlu
Cara


1. Dalam periuk (maz guna rice cooker terus) panaskan minyak sapi dan minyak sayur. Kemudian masukkan bahan tumbuk dan daun bay, tumis hingga wangi. Masukkan pula rempah mix arabic.
 
2. Masukkan semua bahan * dan masak hingga bawang dan tomato layu.
 
3. Kemudian masukkan air rebusan ayam secukupnya (dalam 2 cawan) dan tutup periuk biar mendidih. Bila dan mendidih masukkan beras yang telah ditoskan, kacau sebati dan tambah sedikit garam jika perlu. Tutup periuk nasi dan biar hingga nasi kering.
 
4. Bila nasi dah kering/hampir masak, titikkan beberapa titik pewarna kuning dan biar nasi masak sepenuhnya.
 
5. Bila nasi dan masak gemburkan sikit dengan garfu.
 
6. Sedia untuk dihidang dengan sup (air rebusan ayam) dan sambal tomato/sos

Sambal/Sos Tomato

  • 2 biji tomato ranum
  • 7-8 batang daun ketumbar
  • 1/2 labu bawang besar purple
  • sedikit garam
  • sedikit jus limau
Cara

1. Kisar semua bahan (rasanya tidak masin sangat dan masam sangat, sedap2 je, light gitu)





3 comments:

Mamasya said...

Aslmkum kak Zana...sama kita dah lama tak update blog.ya bila anak jauh mmg sentiasa teringat...sabar ya kak.
sedapnya nasi mandhi...
guna beras pusa....pjg cantik nasinya.

Suriya Majid said...

nampak sedap sangat. nasi arab memang kegemaran family saya...buat sendiri adalah few times, tapi paling best nasi mandi di saba'..salam kenal ya kak

welovesusuibu.blogspot.com/2014/10/3-fakta-menarik-tentang-saya-ya-saya.html

Rose Azadir said...

Salam kenal, saya blogwalking kat sini, jemput singgah ke blog saya http://ibu2ahmad.blogspot.com. Saya follow sini n kalau sudi follow la saya balik yer...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin