Banyak kerjaaaaaa...................... kerja yang ada tak siap-siap, tambah lagi kerja lain, ada juga kerja yg tak pernah siap... hari terus berganti... aaaaaaaarggggggggggggggg.... jap jer dah nak hujung tahun... bila dah sampai hujung tahun maknanya.. tentu ada janji2 manis yg nak kene tunaikan... dlm suasana 'budget negara' yang tak besss ni.. kenalah redha kan.. jomlah pi dapur.. buat teh 'o'..
BLACK PEPPER SAUSAGE PUFF PASTRY
(Sumber : Rinnchan)
BAHAN-BAHAN:
INTINYA :
6 batang sosej
1 biji bawang besar, di mayang kasar
2 ulas bawang putih, dicincang halus
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar cili sos
2 sudu besar serbuk lada hitam kasar
2 sudu besar majerin utk menumis
Secubit garam
Secubit gula
Bijan secukupnya
* 12 keping puff pastry jenama "kawan"
CARA-CARA:
1. Panaskan majerin. Tumiskan bawang besar dan bawang putih.
2. Masukkan sosej yg telah dihiris nipis. Tumis hingga agak garing.
3. Masukkan sos tiram dan sos cili. Kacau rata.
4. Masukkan lada hitam, garam dan gula secukup rasa.
5. Angkat dan ketepikan.
6. Sediakan puff pastry. Isikan inti. Taburkan bijan di atasnya. Tutupkan dengan sekeping lagi. Kelar berbentuk "X".
7. Panaskan oven pada suhu 190 darj cel. Bakar hingga puff kembang dan keperangan.
(Sila ke dapur Rinnchan utk melihat step2] TQ Rinnchan.
1 comment:
kepala serabut rasa tenang dapat jamah ni.....Salam Dik Zana.....ada sepeket...tapi tak rasa lak nak buat...mamam kat ni nak pulak!
Post a Comment