Saturday, August 30, 2008

Bread Rolls Raisin

Bread Rolls Raisin

Projek 2 hri lepas..tak smpt nak upload.. lps skodeng resepi roti kat umh k.ummi.. trus mencuba bakat mbuat roti lak..bila adunan roti tu naik..smgat pun naik mcm roti tu gak..kul 10 pm bru siap..apa lgi anak2 ku trus buat air milo n mkn dgn roti panas .. bertmbh tembam le anak daraku itu.. soknya dpt le bawa bekal ke sekolah..inilah resepi yg di C&P dr umh k ummi tu (sumber:Jun) .. cuma tak letak filling n masukkan raisin semasa menguli adunan roti tu..Terima kasih k Ummi n Jun kerana dpt kongsi rspi ini

Bahan:-
500 gm tepung roti
100 gm tepung serbaguna/tepung gandum
11 gm yis segera
125 gm gula halus
15 gm susu tepung
1 sudu besar bread softner
3 biji kuning telor
250 ml susu segar suam
1/2 sudu teh garam
75 gm margerine

Cara Membuat:-
1. Satukan semua tepung, yis, gula, garam dan kuning telor. Adunkan biar sebati dan tuangkan susu segar sedikit demi sedikit dan terus uli hingga dapat doh yang lembut dan melekit sedikit.
2. Masukkan butter dan uli lagi hingga lembut dan licin. (*tambah air jika perlu).
3. Bulatkan doh dan letak dalam bekas yang telah ditabur dengan sedikit tepung. Tutup dengan clip plastic. Biarkan doh naik 2x ganda.
4. Kemudian tumbuk2 doh untuk keluarkan angin. Buat bulat2 kecil. Leperkan dan letak filling kegemaran, atur dalam loyang yang telah digris dengan butter dan tabur tepung. Buat sampai habis dan tutup dengan cling plastik.
5. Biarkan naik lebihkurang 20 minit. Bakar pada suhu 180C selama 25 - 30 minit. Setelah roti masak, keluarkan dan terus sapu permukaan roti dengan butter supaya roti menjadi lembut dan berkilat

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin