Tuesday, March 18, 2014

TAKOYAKI


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Pray4MH370..

Takoyaki
Sumber : Ilhamusafir

Bahan2 Sos Takoyaki (boleh juga digunakan untuk Okonomiyaki)
1 cawan sos tomato
1 cawan worcestershire sos/tak letak..
2 cm halia ~ diparut halus
1 ulas bawang putih ~ diparut/tumbuk halus
¼ cawan gula

Cara2 Menyediakan Sos
Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan dimasak sehingga sos menjadi agak pekat.
Sejukkan sebelum dimasukkan ke dalam botol sos (yang biasa kita letak mayonis yang senang nak picit tu)
Nota dari Ilhamusafir: Untuk pengetahuan tuan tuan dan puan puan sos ni bertahan selama sebulan jika disimpan di dalam peti ais..

Bahan2 Batter Takoyaki
1 cawan tepung gandum
300 ml air (MaDiHaA tambah lagi 50 ml air) / saya guna 15o ml susu+ 150 air
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil garam..
1 biji telur
4 sb udang geragau (saya tambah )
Bahan2 Isian Takoyaki
Boleh dipelbagaikan isiannya walaupun Takoyaki merujuk kepada Octopus Ball.
Antara bahan2 yang sesuai ialah :
Tuna/Octopus/Isi Udang/Crab fillet (MaDiHaA guna isi udang & Crab fillet)
Daun bawang ~ dipotong halus
kubis - hiris halus

Bahan2 Taburan 
Serbuk ikan bilis (MaDiHaA tak letak)
Serbuk nori (seaweed)
Katsuoboshi.. (hirisan ikan bonito nipis macam kertas )

Cara2 Memasak Takoyaki
1. Bancuh semua bahan2 batter dengan menggunakan whisker sehingga sebati. Tuangkan ke dalam jug plastik yang sesuai. (supaya mudah nak menuang batter ke acuan nanti) Ketepikan sebentar.
2. Panaskan acuan takoyaki dengan api yang sederhana. Sapukan sedikit minyak masak dalam setiap lubang acuan. Bila acuan dah agak panas, tuangkan batter ke setiap lubang acuan sehingga penuh.
3. Masukkan bahan2 isian (samada isi udang/tuna/ octopus yg telah dipotong kecil/crab stick yg dipotong kecil). Kuantiti isian tu ikut suka.. kalau letak lebih lagi sedap! Kemudian taburkan dengan hirisan daun bawang diikuti dengan kobis yang telah dicincang (MaDiHaA suka sayur banyak!).


13 comments:

Sweet red cherry said...

menariknya..nampak sedap tu..

rostina76 said...

sedapnya….lama dah mengidam nak buat tapi xde pan dia laaaa.. huhu!!!camna ni, mengidam ni

Cendana Kasih said...

salam..suka makan tako ni, tp lebih suka beli, sbb tak jumpa lagi serbuk bonito tu..

Cendana Kasih said...
This comment has been removed by the author.
Yana Shaiful said...

sedapnyaa..suka sgt mkn tako ni.. slalu beli je kat aeon..nk bt sndiri rs xberbaloi plak..kt je yg mkn hehee..

maz said...

Assalamaulaikum kakk...dah blik skolah ke tu...smga kak sklrga sntisa dlm rahmatNya...amiin...kat sni xleh nk mentako lgi dh la kak...bhn xdeee...acuan pn maz xbwa...mtak yg kak punye laa 3 bjikk...

Unknown said...

hmmm.. yummy
jadi lapar

musafir ilmi said...

rostina76 bleh guna pan kuih cara..=)

ummiaisyah said...

salam kak zana...cantiknya montok2 takoyaki tu...pernah mkn sekali..ala-ala cekodok tapi x goreng ye tak? hihihi..nak buat takde acu..kot2 dpt hadiah hr guru best gak kan!!! muahahaha

dill said...

menariknya!

dill.

DrCat said...

salam kak dzana

ni saya catlina..hehehe ade umah baru skrg..sila datang ye hihi

jalanjalanpusingpusing.blogspot.com

Zaila HZ said...

takoyaki! sedap dan ketagih.

kalau pi aeon mesti beli :)

Takoyaki Mamy Aimi said...

Takoyaki memang TERBAEKKK!! Tapi kalau susah2 sangat nak cari dapur takoyaki & bahan-bahan kering utk masak Takoyaki,skrg dh ada org jual secara online jenis set macam sushi kit tu.Brand Mamy Aimi.cuba google www.mamyaimi.com.my @ whatsapp 0136012797

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin