Sunday, March 16, 2014

CHEESE BISKUT CRACKER


Asalammualaikum & Salam Sejahtera
Pray4MH370..

Terima kasih Sue Suraya...

CHEESEKUT
Sumber Copy Paste : Citarasa Kehidupan SueJoshua.
Bahan-bahannya:
  • 250 gm cream cheese
  • 100 gm whipping cream (1/2 cawan)
  • 100 gm susu pekat manis (1/2 cawan)
  • 2 s/b susu segar 
  • 1/2 s/t esen vanilla 
  • 15-20 keping biskut cream cracker (saya guna deluxe crackers)
  • 1 cawan susu segar (untuk rendam biskut)
Cara-caranya:
  • Pukul cream cheese bersama whipping cream sehingga kembang, kemudian masukkan susu pekat manis, susu segar dan esen vanilla, pukul lagi sehingga sebati dan berkrim, ketepikan.
  • Ambil 1 cawan susu segar tadi dan tuangkan kedalam mangkuk, kemudian rendamkan biskut cream cracker sehingga lembut sedikit dan susunkan satu lapisan didalam bekas, tuangkan sedikit cream yang telah dipukul tadi dan ratakan.
  • Ulang proses yang sama berlapis-lapis sehingga habis.
  • Simpankan cheesesekut yang telah siap didalam peti sejuk semalaman atau sehingga keras.
  • Apabila cheesekut keras, bolehlah dipotong dan hidangkan.

3 comments:

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Salam.Wah mewahnya dgn cheese!!!Sukerrrrrr....(lama tak singgah ke blog ni..)

Bbwana adienia said...

assalamualaikum..

singgah sini..sedap cracker cheese ni..memang layan abis kalau makan..hihi..^_^

Rohah said...

as salam kak...uiitt..mmg mencuit rasa..ni baru tgk..,lom wat lagi...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin