Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Salam Ramadhan alMubarak buat semua muslimin dan muslimat.. sehari lagi ramadhan pasti berakhir.. smga dipanjangkan umur untuk menemui ramadhan pada tahun hadapan..
Mencuba membuat dodol menggunakan PC Noxxa.. mudah dan cepat.. saya berpuas hati dengan hasilnya seperti dodol tradisi dan dodol komersial di pasaran.. cuma ketahanannya jer yg tidak pasti.. DODOL DURIAN
Bahan-bahannya
500 gm tepung pulut
3 cawan gula melaka*
2 cawan gula pasir*
3 cawan air*
2-3 helai daun pandan *
1 kg santan pekat
2 cwn isi durian
Cara-cara :
1. Masak bahan * hingga gula larut kemudian tapis.
2. Masak bahan yg telah ditapis, santan dan isi durian sebentar sahaja.
3. Masukkan tepung pulut dan bahan yg di masak tadi dlm pengisar (blender) hingga sebati (tidak berketul2)
4. Tuangkan adunan tepung ke dalam periuk,pasang penutup
5. Tekan butang "Steam" 20 minit.
6. Selepas itu , buka penutup , dan tekan butang ' Stir Fry' ..
7. Kacau adunan selalu untuk mengelakkan dodol berkerak (anggaran 20 minit)
8. Adunan akan meletop2 dan pecah spt gambar di bawah. kacaulah sehingga terbit minyak pada dodol trsbt.. siapp.. sejukkan.. sedappp.. tak melekat dijari..
sedia utk set ' Steam"
waahhh... dlm set ' Stir fry.. meletop2 mcm dlm kawah... tidak melekat diperiuk, juga tidak melekat ditangan..
5 comments:
Selamat hari Raya maaf zahir batin kak Na,sedapnya jeranan nakkk pos ke Penang buleh?:)
Wahalaikumsalam Chik mimi sayang.. salam lebaran n maaf zahir batin jugak dari akk.. nnti akk buat lagi lepas raya.. akak pos na..
Selamat hari raya kak zana.. mantap pressure cooker akak, ada function steam lagi. tun nyer pc biasa je.
Selamat Hari Raya Zana cayang! Maaf zahir batin ya!
Wow, senang nya ya.... nnt leh ler Along cuba kalau rajin. Cik Noxxa kita pun lum puas kena tenyeh lagi ni....hehe
…BUKU RESEPI KHUSUS UNTUK PENGGUNA PERIUK TEKANAN NOXXA….
Assalamualaikum..salam sejahtera...sekiranya anda berminat untuk memiliki koleksi resepi periuk noxxa ...boleh dapatkan daripada saya..
Penerangan langkah demi langkah...mmg anda akan puas hati...tak takut lagi guna periuk tekanan noxxa...
Mengandungi 41 resepi.......
-NASI ARAB
-NASI GORENG DAGING
-NASI GORENG CINA
-NASI DAGANG
-NASI TOMATO
-PULUT KUNING
-PULUT LEMAK
-WAJIK
-NASI LEMAK ISTIMEWA
-NASI MASAM MANIS
-PULUT KELAPA
-AYAM PANGGANG
-AYAM PANGGANG ALA TOM YAM
-DAGING PANGGANG NANAS
-SARDIN
-IKAN KUKUS ULAMAN
-DAGING MASAK HITAM
-DAGING JINTAN
-IKAN KUKUS MASAM MANIS
-STEW TULANG
-LEMAK CILI API AYAM DENGAN REBUNG
-KARI KUNING IKAN
-GULAI MINANG NANGKA
-AYAM MASAK BEREMPAH
-DODOL
-DODOL PANDAN
-BINGKA JAGUNG
-APAM PISANG KUKUS
-KOLEH JAGUNG BAKAR
-KASWI LAPIS
-PUDING ROTI BERCOKLAT
-KEK PANDAN
-KEK NANAS
-KEK COKLAT
-KEK OREN
-KEK GULA HANGUS
-SPAGHETTI GORENG
-BIHUN GORENG KAMPUNG
-MI GORENG ALA KAMPUNG
-KUIHTIAW GORENG
-MI SANGGUL GORENG
-BIHUN GORENG PUTIH
PM/call/sms/watsapp sy untuk harga...tima kasih...
Jika berminat boleh hubungi Riz Mohd 0172297107...whatsapp 0197745184...
Post a Comment